Oktober 2007


  • APA ITU PASTURA DAN FODER BERMUTU ?
  • Pastura adalah rumput bermutu tinggi, sesuai untuk ternakan ruminan yang ditanam dengan pengurusan secara diragut. Foder adalah rumput atau lain-lain tumbuhan berdaun yang bermutu tinggi, sesuai untuk ternakan ruminan Vang ditanam dengan pengurusan secara potong dan angkut.

  • APA PENTINGNYA PASTURA DAN FODER BERMUTU ?
  • Pastura dan foder adalah makanan hijauan yang penting baqi ternakan ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya untuk kesihatan, pembesaran, pembiakan dan penghasilan daging atau susu.

  • APA MASALAH PENTERNAK MASA KINI ?
  • Penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan makanan hijauan yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan makanan hijau ini begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir.

  • KENAPA PASTURA/FODER BERMUTU PERLU DITANAM ?
  • Cara tradisi memotong rumput di tepi-tepi jalan, di estet-estet dan sebagainya atau membiarkan ternakan lepas bebas meragut di manamana telah tidak lagi sesuai. Oleh itu pastura/foder bermutu perlu ditanam bagi menyediakan makanan hijauan secukupnya kepada ternakan anda dalam usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengeluaran dari segi mutu dan kuantiti. Secara langsung ia akan meningkatkan pendapatan anda.

  • PASTURA/FODER YANG DIINGINI ?
  • Pastura yang diingini mesti mempunyai ciri-ciri berikut.

    1. Hasil yang tinggi sepanjang masa (Kandungan Bahan Kering).
    2. Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar.
    3. Mempunyai niiai penghadaman yang baik.
    4. Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan.
    5. Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong atau diragut) yang cepat.
    6. Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi.
    7. Mudah bercampur dengan species lain terutama kekacang.
    8. Berekonomik untuk diusahakan.
    9. Lazat, iaitu digemari oleh ternakan.

  • APAKAH JENIS PASTURA/FODER YANG DISYORKAN ?
  • Pastura/Foder dan kekacang berikut adalah dari jenis bermutu yang disyorkan:

    Nama Biasa Nama Saintifik
    Pastura / Foder  
    Rumput Signal Bracharia decumbans
    Rumput Para Bracharia mutica
    Rumput Kuda / Guinea Bracharia humidicola
    Rumput Gajah / Napier Panicaum maximum
    cv. Colonio, Hamil, Typica
    Rumput Kazungula Setaria sphacelata
    cv. kazungula
    Rumput Slendida Setaria sphacelata
    Var. splendida
    Rumput MARDI Digit /
    Pangola daun lebar
    Digitaria setivalva
    Kekacang :  
    Centro Centrosema pubscens
    Stylo Stylosanthes guyanensis
    Puero / Kudzu Topika Pueraria phaseoloides
    Calapo Calapogonium mucunoides
    Petai Belalang / Ipil-ipil Leucaena leucocephala

    Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada:

    1. Jenis ternakan (lembu, kambing/biri-biri).
    2. Keadaan topografi dan jenis tanah.
    3. Kegunaan (untuk diragut atau dipotong).

  • APAKAH LANGKAH PERTAMA JIKA SAYA INGIN MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU ?

  • Yang penting anda mesti mempunyai kawasan tanah untuk tujuan ini. Tanah tersebut boleh sama ada milik anda atau tanah-tanah terbiar seperti rezab-rezab jalan, LLN dan JPT atau kawasan di sekitar kandang ternakan dan sebagainya.

  • BAGAIMANA CARA MENYEDIA TANAH ?
  • Sebelum kerja menyediakan tanah dijalaiikan, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul-tunggul kayu dan sebagainya. Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair.

    Ada 3 peringkat penyediaan tanah, iaitu:

    i. Membajak ii. Menyikat/memecah iii. Memutar.

    Kerja-kerja ini sebaiknya dibuat di awal musim kering dan di setiap peringkat mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan struktur tanah yang sesuai di samping memperbaiki daya pemegangan air bagi perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya.

  • BILA KAPUR PERLU DITABUR DAN APAKAH KADAR PENGGUNAANNYA ?
  • Kapur hanya perlu ditabur apabila kemasaman (pH) tanah rendah dan apabiia kekacang ditanam bersama. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 – 7.0.

    Kadar penggunaan bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. 2-3 tan kapur/hektar atau 1 tan/ekar akan dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Mengapur dibuat sebaik sahaja tanah siap disediakan atau 2 minggu sebelum menanam.

  • BILA MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENANAM ?
  • Menanam elok dilakukan pada awal musim hujan untuk percambahan dan pertumbuhan yang berkesan. Pengairan menggunakan ‘irrigator’ dan ‘sprinkler’ juga membantu tanpa terialu bergantung kepada hujan.

  • BAGAIMANA CARA HENDAK MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU ?
  • Ada 2 cara menanam:

    1. Menggunakaii biji benih.
    2. Menanam secara tampang.

  • BAGAIMANA CARA MENANAM MENGGUNA BIJI BENIH ?
  • Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti ‘seedavator’. Kadar secara umum bagi biji benih rumput adalah 3-6 kg/hektar dan benih kekacang adalah 2-5 kg/hektar. Dalam pastura campuran (rumput dan kekacang), nisbah kekacang harusia tidak melebihi 40%.

  • BAGAIMANA MENANAM SECARA TAMPANG ?
  • laitu menggunakan keratan batang, jalaran/stolon atau anak. Cara ini dilalkukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak boleh bercambah seperti Napier. Keratan boleh ditanam mengikut barisan sama ada secara cucuk atau baring. Keratan boleh juga ditabur rata dan diputar ke dalam tanah dengan meialukan rotovator. Menanarn menggunakan anak dilakukan apabila biji benih tidak diperolehi dan bukan dari jenis menjalar.

  • BILA MASA PALING SESUAI UNTUK DIPOTONG ATAU DIRAGUT ?
  • la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.

    Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

  • PERLUKAH DIBAJA PETAK PASTURA/FODER SAYA ITU ?
  • Pembajaan adalah sangat perlu bagi memastikan hasil dan mutu pastura/foder akan sentiasa tinggi.

  • APAKAH JENIS BAJA DAN PEMBAJAAN YANG DIPERLUKAN ?
  • Baja boleh dijeniskan kepada 2, iaitu:

    1. Baja asli (boleh diperolehi dari najis ternakan dan kompos).
    2. Baja kiinia (baja dagangan yang diproses secara kimia).

    Jenis pembajaan juga terbahagi 2, iaitu:

    1. Pembajaan permulaan iaitu dibuat beberapa hari sebelum atau pada masa menanam.
    2. Pembajaan pengurusan iaitu pembajaan selain dari pembajaan permulaan.

  • APAKAH KADAR PEMBAJAAN PERMULAAN ?
  • Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha.

    Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.

    Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

  • BAGAIMANA PULA KADAR PEMBAJAAN PENGURUSAN ?
  • Berikut adalah kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan untuk beberapa bentuk pengurusan:

    Jenis tanaman dan
    bentuk pengurusan
    Kadar baja (kg/hektar/tahun)
    Rumput tulin
    – pengurusan secara ragutan
    150 – 200 N
    40 – 60 P
    50-100 K
    (326-345 Urea)
    (199-298 TSP)
    (100-200 MP)
    Rumput tulin
    – Pengurusan secara potong dan angkut
    200 – 300 N
    40 – 60 P
    100 – 150 K
    (435-652 Urea)
    (199-248 TSP)
    (200-300 MP)
    Rumput bercampur kekacang
    – Pengurusan secara ragutan
    40 – 50 P
    50 – 100 K
    (199-248 TSP)
    (100-200 MP)
    Rumput becampur kekacang
    – Pengurusan secara potong dan angkut
    50 – 60 P
    150 – 200 K
    (248-298 TSP)
    (300-400 MP)
    Petai Belalang / Ipil-ipil 40 – 60 P
    50 – 100 K
    (199-298 TSP)
    (100-200 MP)

    Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik dan sangat digalakkan.

  • BILA MASA PALING SESUAI UNTUK MEMBAJA ?
    1. Selepas pastura/foder diragut/dipotong.
    2. Selepas hujan.

    Sekiranya anda mempunyai sistem pengairan yang sempurna faktor hujan tidak begitu mendatangkan masalah dalam menentukan masa membaja.

  • BERAPAKAH HASIL PASTURA/FODER BERMUTU BOLEH SAYA PEROLEHI ?
  • Purata hasil bahan kering beberapa jenis pastura/foder yang dipotong pada setiap 6 minggu adalah seperti berikut:

    Pastura / Foder Purata Hasil Bahan Kering
    (tan / hektar / tahun)
    Rumput Signal 25.5
    Rumput Para 12.1
    Rumput Guinea
    – cv. Colonio
    – cv. Hamil

    18.6
    17.6
    Rumput Napier
    – Local
    – Uganda

    23.2
    16.9
    Rumput Slendida 17.6
    Rumput Kazungula 18.2

  • APAKAH RAHSIA SUPAYA PASTURA/FODER SAYA SENTIASA SUBUR ?
  • “MINAT DAN USAHA” adalah kunci untuk anda berjaya.

  • BERAPA BANYAK PASTURA/FODER BERMUTU PERLU DIBERIKAN KEPADA SETIAP EKOR TERNAKAN SAYA ?
  • Setiap hari, ternakan anda meffiedukan pastura/foder segar sebanyak 10% daripada berat badan mereka.

  • BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN FODER ?
  • Sebelum diberi kepada ternakan, foder boleh dipotong-potong pendek menggunakan mesin mencincang foder (forage chopper). Anda akan lihat perbezaan yang menakjubkan.

  • SAYA INGIN MEMULAKAN MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU UNTUK TERNAKAN SAYA, APA YANG SAYA PATUT LAKUKAN ?
  • Anda boleh berhubung terus dengan PEJABAT HAIWAN yang berhampiran atau IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI masing-masing.

    1. APA ITU PERMANIAN BERADAS?

    Permanian beradas adalah satu cara boatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.
    2. KENAPA PERMANIAN BERADAS?

    Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh:
    * CEPAT dan PESAT membesar
    * LEBIH menghasilkan daging
    * LEBIH banyak mengeluarkan susu
    1. melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang
    2. memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi.
    3. menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.
    4. mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.

    3. BILAKAH WAKTU YANG PALING SESUAI LEMBU DIPERMANIKAN?

    Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tandatanda BIANG atau mahu mengawan.
    4. APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT?

    Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:
    1. berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah
    2. sentiasa melenguh-lenguh
    3. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir
    4. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

    5. BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA BERAHI INI WUJUD?

    Jangka masa berahi ini wujud hanya selama 24 jam. Oleh itu, sebagai panduan kasar jika tanda dilihat pada sebelah pagi permanian dibuat di petang hari itu juga dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya.
    6. BERAPA LAMAKAH KEADAAN BIANG ATAU JANGKAMASA BERAHI INI WUJUD?

    Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.
    7. APAKAH KEPERLUAN ASAS YANG PATUT DISEDIAKAN?

    Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian.
    8. BAGAIMANA MENENTUKAN BENIH LEMBU YANG SESUAI BAGI TUJUAN PERMANIAN?

    JENIS LEMBU DIPELIHARA PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN
    LID Friesian
    Kacukan 50% Friesian Kacukan Tenusu Tempatan
    (MAFRIWAL)
    Australian Friesian Sahiwal (AFS)
    Friesian Sahiwal AFS
    MAFRIWAL


    9. PADA UMUR BERAPAKAH LEMBU PATUT MULA DIBIAKKAN?

    Dengan penjagaan yang sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiakkan apabila berumur antara 15-18 bulan.
    10. APAKAH PENGARUH MAKANAN TERHADAP PEMBIAKAN?

    Makanan memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan lembu-lembu membiak dengan sempurnanya. Berikan makanan baik dengan menyediakan secukupnya rumput yang subur dan makanan tambahan seperti dedak air garam serta bata garam. Anda dinasihatkan supaya menentukan makanan yang seimbang diberi setiap hari terutama bagi lembu lembu bunting berat dan juga yang mengeluarkan susu.
    11. BAGAIMANA JIKA LEMBU TIDAK DATANG BERAHI?

    Lembu mungkin tidak datang berahi disebabkan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Jika anda telah memberikan makanan yang secukupnya tetapi masih mempunyai masalah mungkin ternakan anda mempunyai masalah lain. Oleh itu tuan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat dari Pejabat Haiwan yang berdekatan.
    12. PATUTKAH SAYA MENYIMPAN LEMBU JANTAN?

    Anda tidak perlu menyimpan lembu jantan bagi tujuan pembiakan tetapi jika anda telah menghasilkan ternakan jantan anda maka ternakan ini boleh digunakan untuk menolong di dalam pengesanan berahi.
    13. SIAPAKAH YANG BOLEH MELAKUKAN PERMANIAN?

    Permanian Beradas akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Haiwan yang terlatih.
    14. BAGAIMANA DENGAN BAYARAN?

    Pada masa ini perkhidmatan adalah percuma. Bayaran untuk perkhidmatan ini akan dikenakan pada masa hadapan.
    15. SETELAH DIPERMANIKAN APA PERLU SAYA BUAT?

    Setelah lembu dipermanikan anda diminta memastikan yang ternakan anda tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan yang ada di kawasan anda tidak dapat mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku. Setelah tiga minggu anda hendaklah melihat tanda-tanda berahi semula kerana jika ternakan anda tidak bunting tanda-tanda tersebut akan berulang. Pastikan ternakan anda diperiksa setelah tiga bulan bagi menentukan samada ternakan anda bunting atau tidak. Jika ternakan anda bunting keringkan ternakan anda dari mengeluarkan susu enam ke lapan minggu sebelum beranak. Jika ianya tidak bunting lihatlah akan tandatanda berahi.
    16. PATUTKAH MENYIMPAN REKOD?

    Menyimpan rekod adalah amat penting di dalam pembiakan. Ini adalah untuk memastikan yang ternakan dipermanikan pada masa yang tertentu. Tetapi menyimpan rekod sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak kemaskini dan mempunyai data-data yang cukup. Oleh itu dapatkan pandangan dan juga cara-cara yang betul di dalam menyimpan dan mengemaskinian rekod ternakan dari kakitangan Jabatan ini. Ingat! Jika ternakan anda tidak dipermanikan pada waktu yang tepat anda akan mengalami kerugian dari segi pengeluaran susu dan juga kelahiran anak.
    17. SETELAH BERANAK APA PATUT SAYA BUAT?

    Apabila tiba masa lembu anda dijangka beranak kurungkan lembu anda di kandang yang berasingan. Setelah beranak pastikan yang urinya tidak melekat dan kesemuanya telah keluar. Juga pastikan anak lembu mendapat susu awal ibu (kolustrum) secukupnya bagi melindungi anak lembu dari mendapat jangkitan. Kolustrum ini mempunyai antibodi yang tinggi yang diperlukan oleh anak-anak lembu bagi membantu sistem pertahanan anak lembu tersebut yang masih belum sempurna. Kandang di mana anak dan ibu ditempatkan hendaklah sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan yang boleh memudaratkan ternakan.
    18. BAGAIMANA KALAU ANAK ATAU IBU LEMBU SAKIT?

    Jangan biarkan ternakan anda sakit. Berusahalah untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkannya daripada menjadi serius. Dapatkan khidmat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat.
    19. BILA SUSU BOLEH MULA DIPERAH?

    Susu boleh mula diperah setelah lembu melahirkan, tetapi dalam masa empat kelima hari pertama, susu tersebut tidak sesuai untuk diminum oleh manusia. Hanya selepas lima ke enam hari sahaja barulah susu tulen dapat diperolehi.
    20. BOLEHKAH DIPERMANIKAN LEMBU DARI JENIS PEDAGING?

    Sudah tentu boleh, malah ianya amat digalakkan.
    21. BAGAIMANA PULA DENGAN PEMILIHAN BAKA?

    JENIS LEMBU DIPELIHARA PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN
    Kedah Kelantan Brahman
    Droughtmaster
    Hereford
    Charolais
    Simental
    Kacukan Kedah Kelantan
    Brahman
    Baka kacukan pedaging
    Brahman
    Kacukan Tenusu
    Droughtmaster Droughtmaster


    22. BAGAIMANA JIKA LEMBU PEDAGING YANG DILEPASKAN BERSAMA LEMBU JANTAN?

    Jika lembu jantan dilepaskan meragut bersama lembu jantan satu program khas pembiakan lembu pedaging secara berkelompok boleh dibuat di mana ternakan betina diperiksa dan bagi yang tidak bunti ng akan dilakukan permanian dan bagi yang bunting pula akan ditentukan tahap kebuntingannya dan tarikh lahir. Jadi apabila tiba masa berahi yang seterusnya bolehlah dipermanikan.
    23. BILAKAH TERNAKAN PATUT DIBIAKKAN SETELAH BERANAK?

    Ternakan selewat-lewatnya mesti dibiakkan pada jangka masa kurang daripada seratus hari selepas beranak. Oleh itu perhatikan tanda-tanda berahi pada ternakan.
    24. PATUTKAH ANAK ANAK LEMBU DIBIARKAN MENETEK SUSU IBU?

    Sebaik-baiknya hendaklah diceraikan susu apabila anak lembu berumur lima ke enam minggu.
    25. ADAKAH APA.APA PETUA LAIN SUPAYA LEMBU MEMBIAK DENGAN LEBIH CEPAT?

    Bukan petua tetapi USAHA yang patut dipertingkatkan. Berusahalah untuk mengesan lembu anda dalam keadaan berahi. Jangan putus asa jika permanian pertama tidak berjaya menghasilkan kebuntingan.
    26. KALAU BEGITU SAYA INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PERMANIAN BERADAS, APA PATUT SAYA BUAT?

    Anda boleh berhubung terus dengan PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN yang berhampiran atau IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN di negeri masing-masing. Anda juga boleh menghubungi kami di

    UNIT PEMBIAKAN DAN PEMBIAKBAKA
    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN
    KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA
    50630 KUALA LUMPUR.

    No. Tel: 03-2540077 samb. 149 dan 190

    ANAK AYAM SEHARI

    1. Leong Hup Poultry Farm Sdn. Bhd
    Lot 29 & 30
    Gopeng Industrial Park
    Gopeng Perak
    Tel:603-7822818

    2. Dinding Broiler Breeder Farm Sdn. Bhd.
    Batu Undan Segari
    Lumut Perak
    Tel:605-6917532

    3. Evergreen Breeding Farm Sdn. Bhd.
    Lot 2263 Batu 10 Jalan Trong
    34850 Changkat Jering
    Taiping Perak
    Tel: 605-5075613

    4. D.B.E Breeding Farm Sdn. Bhd.
    Lot 5461
    Jalan Ladang Mara
    32010 Simpang Tiga
    Tel: 605-6914650

    5. Linggi Poultry Farm (M) Sdn Bhd
    Lot 658 Kampung Bekut
    Mukim Pulau Kamiri
    31100 Sg Siput(U), Perak
    Tel: 605-5971960/1962


    ANAK ITIK PEDAGING SEHARI

    1. Xoon Hup Poulty Farming Sdn Bhd
    58 Jalan TPP 1/19
    Taman Industries Puchong
    Puchong
    47100 Selangor
    Tel: 603-80614027

    2. Mua Hin Farm Sdn Bhd
    1688 Jalan Batu Sinar
    Taman Bandar Baru,
    31900 Kampar Perak
    Tel: 605-4660817

    ANAK ITIK PENELUR SEHARI

    1. Teoh Choon Leng
    No 21 Taman Assam Kumbang
    34000 Taiping Perak
    Tel : 05-5067787, 012-5011537

    2. Chong Lee Poultry
    Lot 2932 Mk 16
    Jalan Bagan Lallang Satu,
    Kawasan Perusahaan Acku
    13400 Butterworth, Pulau Pinang
    Tel : 04-3314733, 04-3236034, 012-4887303

    3. Yeok Seh
    TBP 2102 Jalan Byram
    14300 Nibong Tebal
    Seberang Prai Selatan
    Tel : 04-5931323

    DAGING & PRODUK ITIK

    1. Perak Duck Food
    3525, Kg Nibung, Temerluh
    34800 Trong, Taiping, Perak
    Tel: 605-8544146

    2. Viatak Enterprise
    Lot 149665 Klebang 2
    Kawasan Perindustrian International IGB
    30010 Ipoh
    Tel:605-2919688

    DAGING & PRODUK AYAM

    1.Ayam A1
    168, Jalan Bendahara
    31650 Ipoh Perak

    2. Ayam Madu
    28, PT 145363 Off Jalan Seramik
    11/1 Pusat Seramik, Fasa 2
    31200 Chepor Perak
    Tel: 605-5485509

    3. Dinding Poultry Processings
    Kg Acheh Industrial Estate
    32000 Sitiawan perak
    Tel: 605-6917211/2/3/

    DAGING AYAM

    1.XDBE (Ding Brother)
    No 20 A Susur Medan Tambun
    31400 Ipoh Perak
    Tel:605-5482633

    2. Ayam Ria
    Pusing Perak
    Tel: 605-2881893

    3. Pronafas Sdn Bhd
    No 82, Kawasan Perindustrian
    Sri Manjung,
    32040 Sri Manjung, Perak
    Tel: 605-6884063

    DAGING BEKU

    1. Bekalan Sri Saga
    32 Lintasan Perajurit Enam
    Ipoh Perak
    Tel: 605-5468284

    2. Hua Lyeong Creameries
    152E Jalan Kota
    34000 Taiping
    Tel: 605-8074620

    3. Wah Seng
    No. 8 Market Terrace
    Ipoh
    Tel: 605-2540267

    4. Pu Sang Frozen Food Co.
    No. 5 Jalan Jelf Ipoh
    Tel: 605-2535098

    5. Ipoh Frozen Food Co.
    86, Jalan Sultan Idris Shah
    Ipoh
    Tel: 605-2532896

    6. Syarikat Perniagaan Intan
    Lot 12643 Jalan Changkat Jong
    36000 Teluk Intan
    Tel: 605-6211442

    7. Rajni Daging Beku
    Perindustrian Menglembu 2
    Menglembu Light Industry
    Tel: 605-5482712
    605-5472561


    ANAK AYAM KAMPONG

    1. Yong Kim Wong
    891 Queen Street
    Pasir Pinji Ipoh Perak
    Tel: 605-3214161

    2. Teng Shoy Kau
    40 Kg. Chengkal
    35600 Sungkai Perak
    Tel: 605-4387330
    6019-5565019

    3. Ng Joo Sang
    37B Jalan Besar
    Simpang Empat Semanggol
    34400 Bagan Serai
    Tel: 605-8901470

    4. Lim Leng Chua
    Syarikat Lean Hong
    48 Batu 5 Jalan Baru
    34200 Parit Buntar
    Tel: 605-7161557

    5. Yu Seng
    Ayer Tawar Perak
    Tel: 05-6725516, 016-5414335

    6. Penternakan & Pembekal Ayam Joo Long
    86, Jalan Raya, Serdang
    09800 Kedah
    Tel:0-604-4077423

    SUSU KAMBING

    1. Pengurus
    Ladang Infoternak
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan
    31100 Sg. Siput(U)
    Tel: 605-5981552

    2. Tang Kiah Choong
    NBF Milk Sdn. Bhd.
    No. 41 Lebuhraya Ipoh Garden South
    31400 Ipoh
    Tel: 605-5468232

    3. Mohd Yasin bin Mohd Wahi
    Perusahaan Tenusu Talang
    No. 86 Kg. Talang Masjid
    33000 Kuala Kangsar
    Tel: 605-7774137/6012-5151251

    4. Ravi Chandran
    Ravi Saanan Goat Enterprise
    No. 20 & 22 Persiaran Murni 7
    Taman Indah Tg. Rambutan
    31250 Ipoh
    Tel: 605-5336843/6016-5324642

    6. Kishlah Farm
    Dairy Goat Farm
    Batu 21 Jalan Kuala Kangsar Ipoh or
    23 Jalan Calcutta Buntong 30100 Ipoh
    Tel: 6012-4574487,6019-5558800,6017-5788391

    KAMBING BOER & JAMNAPARI

    1. MTZ Ventures Sdn Bhd (708876 P)
    No 48, Medan Mahkota,
    Jalan Ah Cheong
    36000 Teluk Intan
    Perak Darul Ridzuan
    Tel No : 05-6223962
    019-4086669 @ 019-2236364


    DAGING RUSA

    1. Pengurus
    Ladang Infoternak
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan
    31100 Sg. Siput(U)
    Tel: 605-5981552

    DAGING BURUNG UNTA

    1. Pengurus
    Ladang Infoternak
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan
    31100 Sg. Siput(U)
    Tel: 605-5981552

    PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

    1. SISTEM PENGELUARAN

    BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?

    Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

    1. Unit pembiakan baka.

    Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
    2. Unit pengeluaran daging.

    Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.

    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

    # BAKA

    APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?

    Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

    1. New Zealand White.
    2. Calfornian.
    3. Carolina.
    4. New Simonare.
    5. Sepanyol.

    # PEMILIHAN BAKA

    APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

    Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

    Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:

    1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
    2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
    3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
    4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.

    # PUSAT JUALAN BAKA

    DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?

    Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.

    Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.

    # SAIZ EKONOMI

    BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING

    1.

    Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
    2.

    Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
    3.

    Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.

    # PEMILIHAN KAWASAN

    APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?

    Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

    1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
    2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
    3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
    4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
    5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.

    # KAWALAN PENYAKIT

    APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?

    Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

    1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
    2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
    3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
    4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
    5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
    6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
    7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

    # MENYIMPAN REKOD

    APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?

    Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

    1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
    2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
    3. Untuk memudahkan program pembiakan.
    4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

    # MAKANAN UTAMA

    DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?

    Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.

    Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.

    Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.

    # CARA PEMBERIAN MAKANAN

    ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?

    Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.

    Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

    # MAKANAN TAMBAHAN

    ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?

    Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

    Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

    Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.

    Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

    Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

    # PEMBIAKAN

    BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?

    Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

    Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

    Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

    # KEKERAPAN MENGAWAN

    BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

    Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

    Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

    # KAHWIN SELANJUTNYA

    BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?

    Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

    Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

    # MENINGGIKAN KEBERNASAN

    BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?

    Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.

    Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.

    # TEMPOH BUNTING

    BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?

    Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

    Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

    Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

    # BUNTING PALSU

    BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?

    Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting paisu”, keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

    # ANAK ARNAB

    BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?

    Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

    S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

    Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

    Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

    # MASA MENYUSU ANAK

    BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?

    lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

    # IBU ANGKAT

    APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?

    Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

    Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.

    Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

    Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

    # CERAI SUSU

    BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?

    Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.

    Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.

    Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

    Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.

    # PENENTUAN JANTINA

    BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?

    Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

    # HASIL SAMPINGAN

    KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?

    Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).

    Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

    1. Glu (gam)
    2. Baja (baja kompos)

    # CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB

    BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?

    Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

    Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.

    Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.

    Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,

    1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
    2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
    3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
    4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
    5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
    6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.

    Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

    # KHIDMAT NASIHAT

    DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?

    Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:

    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
    TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
    WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
    BUKIT DAMANSARA,
    50630 KUALA LUMPUR.

    [u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
    TEL: 03-2540077
    SAMBUNGAN: 144 dan 145

    # MAKLUMAT TAMBAHAN

    BERAPA BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ?

    Sebagai panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran.

    KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.
    PERINGKAT JUMLAH KUANTITI (gm/hari/ekor)
    INDUK (BETINA DEWASA) 120
    PEJANTAN (JANTAN DEWASA) 60
    ANAK ARNAB (1 – 2/3 BULAN) 50-100

    * Daun hijau hendaklah diberi secara bebas sebagai makanan tambahan.

    Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
    by Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh

    Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

    Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk ” Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.

    Bermula dari dunia korporat, Dato’ Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.

    Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

    Ini adalah nasihat beliau:

    • Anda mesti mempunyai sikap rajin
    • Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

    Mengikut Dato’ Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

    • Anda mesti mempunyai keyakinan diri
    • Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

    • Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
    • Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

    • Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
    • Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

    • Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
    • Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

    • Belajar dari kesilapan
    • Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

    • Ambil tindakan berasakan keutamaan
    • Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato’ Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

    • Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
    • Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

    Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-

    - melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
    – mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
    – kreatif dalam membuat keputusan
    – jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

    Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

    Perniagaan Memerlukan Pemasaran
    by Datuk Mohd Nasir Ahmad
     

    Mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi. Tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan.

    Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan. Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan.

    Secara ringkasnya Kitaran Perniagaan boleh ditunjukkan seperti Rajah 1 berikut:

    ac_rajah1.gif

    Rajah di atas menunjukkan bahawa perniagaan memerlukan modal wang untuk pembelian stok barangan atau bahan mentah yang mungkin perlu ditambah nilai melalui proses tertentu bagi menyediakan sesuatu produk atau keluaran. Bagi mendapat balik modal wang yang dibelanjakan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan perlu dijual di pasaran. Jika produk yang terhasil gagal dijual, kitaran perniagaan tidak akan lengkap dan ini menjejaskan aliran tunai perniagaan tersebut. Tanpa aliran tunai yang positif, perniagaan tidak mempunyai peluang untuk terus bertahan.

    Penjualan produk atau perkhidmatan adalah satu perkara penting bagi operasi perniagaan. Untuk memastikan jualan dapat dilaksanakan ditahap paling tinggi, kefahaman tentang pemasaran dikalangan usahawan atau pihak pengurusan amat perlu. Kita telah melihat banyak perniagaan gagal kerana kelemahan dari segi pemasaran. Ramai usahawan mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti tetapi perniagaan mereka masih gagal kerana tidak dapat memasarkan produk seperti diharapkan. Oleh itu, setiap rancangan perniagaan harus memberi penekanan kepada aspek pemasaran.

    Masih ramai yang memahami pemasaran sebagai hanya penjualan dan pengiklanan. Pemasaran sebenarnya adalah lebih dari itu. Kotler & Armstrong dalam Principles of Marketing menulis “Konsep pemasaran mengatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasar dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing”. Konsep jualan berbeza dari konsep pemasaran di mana konsep jualan bermula dari kilang sementara konsep pemasaran bermula dengan pasaran. Perbezaan kedua konsep ini di tunjukkan seperti Rajah 2 berikut:

    rajah 2.jpg

    Konsep jualan tidak sesuai dalam pasaran di mana pelanggan yang berkuasa. Oleh kerana pemasaran berkait dengan kepuasan pelanggan, ia melibatkan produk, pembungkusan, promosi, harga dan pasaran. Maka tumpuan keatas faktor-faktor ini penting untuk menghasilkan pemasaran bersepadu yang boleh meningkatkan jualan. Kombinasi produk yang baik, pembungkusan yang menarik serta harga yang kompetitif hanya akan berkesan sekiranya ia memenuhi kehendak pasaran sasar.

    Dalam keadaan pasaran yang semakin bersaing dan lebih terbuka, adalah wajar kaedah pemasaran memfokus kepada segmen pasaran dan produk diguna pakai. Syarikat perniagaan mungkin perlu mengenalpasti pasaran nich sebagai tumpuan. Memfokus kepada produk juga penting kerana apabila pasaran menjadi semakin besar, pengkhususan produk akan memberi kelebihan. Adalah lebih mudah memberi tumpuan kepada produk yang khusus daripada cuba mempelbagai produk dalam suasana pasaran yang luas. Dari masa kemasa, banyak perniagaan gagal apabila hilang fokus terhadap perniagaan asasnya.

    Pengkhususan produk akan memastikan kualiti yang tinggi. Namun begitu, dalam keadaan di mana teknologi semakin memudahkan proses-proses pembuatan, kualiti produk yang tinggi mudah ditandingi oleh para pesaing. Oleh itu, kualiti yang tinggi harus pula ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pesaing.

    Satu lagi aspek pemasaran yang harus diberi perhatian kini ialah konsep jenama (brand). Ada jenama yang besar dan terkenal diseluruh dunia dan ada juga jenama-jenama kecil yang khusus dan bertumpu kepada pasaran tertentu. Bagi perniagaan yang sukar menandingi jenama besar, strategi yang sesuai ialah membina jenama khusus untuk pasaran tertentu.

    Pemasaran adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan. Perniagaan yang tidak memberi tumpuan kepada pemasaran akan gagal dalam jangka terdekat kerana jualan akan terjejas dan kitaran perniagaan juga akan terjejas. Untuk memastikan pemasaran lebih berkesan, pengurusan tertinggi syarikat hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam proses pemasaran. Pemasaran adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada pengurus pemasaran dan jabatan pemasaran. Ketua-ketua eksekutif syarikat mesti memahami konsep pemasaran secara mendalam di samping memahami bidang kewangan, pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.

    Artikel ‘semua yang anda ingin tahu’ ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai ‘sebelum anda bermula’ yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.

    Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.

    Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

    Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

    1. Baru Bermula
    Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
    · Anda ingin menjadi seorang majikan
    · Anda inginkan kebebesan kewangan
    · Anda inginkan kebebasan kreativiti
    · Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

    2. Menentukan perniagaan yang ‘sesuai untuk anda’. Tanya diri anda :
    · Apa yang saya buat di masa lapang?
    · Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
    · Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
    · Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
    · Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
    · Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

    3. Kenalpasti ‘niche’ perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
    · Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
    · Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
    · Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
    · Siapakah persaing saya?
    · Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
    · Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
    · Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

    4. Buat senarai ‘pra-perniagaan’.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
    · Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
    · Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
    · Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
    · Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
    · Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
    · Apakah imbuhan untuk diri saya?
    · Apakah sumber yang saya perlukan?
    · Di manakah premis perniagaan saya?
    · Apakah nama perniagaan saya?

    Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai ‘blueprint’. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

    Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

    Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato’ Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

    Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;

    * Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
    * Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
    * Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
    * Seseorang usahawan itu mesti ‘hands-on’ dalam mengusahakan perniagaan.
    * Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
    * Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
    * Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.
    * Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
    * Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
    * Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
    * Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
    * Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
    * Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
    * Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
    * Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
    * Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
    * Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
    * Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
    * Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
    * Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
    * Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
    * Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan
    kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

    Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.

    * Ringkasan Eksekutif – Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan.
    * Peluang Perniagaan – Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.
    * Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian -Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk
    * Pelan Pemasaran – Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.
    * Pelan Operasi – Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.
    * Pengurusan dan Kakitangan Utama – Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
    * Unjuran Kewangan – Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.

    10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

    Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

    1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

    Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

    2. Tiada Pelan Pemasaran

    Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

    3. Tidak mengenali pelanggan anda

    Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

    4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

    Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

    5. Tidak peduli tentang kakitangan

    Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

    6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

    Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

    7. Tiada pelan penjualan.

    Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

    8. Penyendiri

    Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

    9. Tiada ‘Mastermind’

    Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

    10. Berputus Asa

    Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

    « Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 183 other followers