Soal Jawab Penternakan Arnab

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

1. SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

1. Unit pembiakan baka.

Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
2. Unit pengeluaran daging.

Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.

Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

# BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

1. New Zealand White.
2. Calfornian.
3. Carolina.
4. New Simonare.
5. Sepanyol.

# PEMILIHAN BAKA

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:

1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.

# PUSAT JUALAN BAKA

DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?

Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.

Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.

# SAIZ EKONOMI

BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING

1.

Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
2.

Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
3.

Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.

# PEMILIHAN KAWASAN

APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?

Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.

# KAWALAN PENYAKIT

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

# MENYIMPAN REKOD

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?

Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
3. Untuk memudahkan program pembiakan.
4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

# MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?

Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.

Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.

Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.

# CARA PEMBERIAN MAKANAN

ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?

Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.

Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

# MAKANAN TAMBAHAN

ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?

Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.

Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

# PEMBIAKAN

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?

Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

# KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

# KAHWIN SELANJUTNYA

BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?

Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

# MENINGGIKAN KEBERNASAN

BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.

Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.

# TEMPOH BUNTING

BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?

Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

# BUNTING PALSU

BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting paisu”, keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

# ANAK ARNAB

BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

# MASA MENYUSU ANAK

BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

# IBU ANGKAT

APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?

Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.

Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

# CERAI SUSU

BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.

Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.

# PENENTUAN JANTINA

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

# HASIL SAMPINGAN

KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?

Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).

Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

1. Glu (gam)
2. Baja (baja kompos)

# CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?

Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.

Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.

Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,

1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.

Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

# KHIDMAT NASIHAT

DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?

Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:

IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.

[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145

# MAKLUMAT TAMBAHAN

BERAPA BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ?

Sebagai panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran.

KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.
PERINGKAT JUMLAH KUANTITI (gm/hari/ekor)
INDUK (BETINA DEWASA) 120
PEJANTAN (JANTAN DEWASA) 60
ANAK ARNAB (1 – 2/3 BULAN) 50-100

* Daun hijau hendaklah diberi secara bebas sebagai makanan tambahan.

158 thoughts on “Soal Jawab Penternakan Arnab

  1. Saya memang berminat sangat tentang komersialkan daging arnab.Saya
    nak tahu dimana boleh saya dapatkan baka-baka pedaging dan harga pasaran semasa.Bagaimana saya nak pasarkan anak {baka} dan daging.Saya pernah mengikuti kursus kambing {Fidlot} semua jenis,bagaimana saya cadangkan Fidlot untuk arnab pula.

  2. Hi, Saya Wong dari East Asia Rabbit Corporation Sdn Bhd. Kami mempunyai sebuah ladang arnab di Semenyih Broga. Kami mempunyai lebih kurang 30,000 ekor arnab di ladang kita seluas 6 hektar. Sekiranya, anda ingin membeli baka atau ingin tahu lebih lajut terhadap perternakan arnab, sila layari laman web kami di http://www.earcsb.com

  3. saya berminat untuk menternak arnab dan saya ingin tahu bagaimana permulaan modal dan langkah2 yang perlu di ambil untuk merternak arnab?

  4. saya berminat tentang arnab tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak membeli arnab kerana di kawasan rumah saya tidak ada kedai yang menjual arnab?? bagaimanakah dan dimanakah
    saya hendak membeli arnab yang baka elok??

  5. Mr. wong..saya berminat nak pelihara arnab.tapi saya dengar kwan saya bagitahu yang u jual induk 600 lebih 3 ekor..Mahal sangat la Mr Wong.

  6. Wat ape beli yg mahal, kalu baru nak belajar, pelihara aje arnab2 yg tak fancy atau bukan baka pedaging pun tak pe. Meh beli kat aku, sekor anak baru RM20, lepas 4 bulan dah buleh jadi induk (aku jual anak usia 5~6 minggu). Kalau betul cara pemakanan dan penjagaan. Baka nih pun boleh capai 3~4Kg dam 4 bulan. Bule buat satay.

  7. jauh la jeo..ingat nk kumpulkan baka2 yang bleh jual mahal puyer…lion head ker,loop ke,anggora ker..tapi baka2 susah nk cari

  8. Baka fancy pun aku ada, lionhead, angora dan baka2 pelik tapi bulu panjang (wooly) pun aku ada…Tapi baka2 yang bulu panjang nih aku jual RM80 sekor. Termurah dipasaran.

    Tauke Petshop berebut2 amik dari aku.. diorang jual RM150~RM180 sekor tuu.
    Yang belum lahir (tgh buntig) pun diorang dah booking.

    Baka ni need more attention ler sket…
    Ala, korang naik bas sampai M’ka Sentral, Aku tunggu kat sana…ok ape.

    Kat Mlaka nih pun banyak tempat bule lawat.

  9. Wat ape nak email, wat penuh inbox jer,

    Ko check gambar2 arnab aku kat URL link nih. http://picasaweb.google.com/MJoe2447

    Hahhhh…RM2000, 7 ekor….Mak..datuk aii,

    Cepat Kaya ler tauke tu…cekik darah.

    Arnab makan baru berapa hinggit sebulan, Sekali beranak 7~8 ekor.

    Aku, Melaka kat Duyung – Perigi Hang Tuah.
    Beli 7 ekor baru baru RM560 jimat RM1440.

    Patut ler tauke berebut2 booking arnab bulu panjang aku. Waiting list dah panjang sangat diaorang booking. Tak tahu bila bule settle.

  10. xpelah..minat puyer pasal..yg saya ada tu bulu lebat smpai tertutup mata dia.ada 2 ekor jer cm tu.yg lain jenis lion head biase jer..yg bulu panjang kat kwsan leher jer..ni tgh buat projek arnab kat kg dato abu bakar baginda kat bangi.skarang ada dalam 34 ekor induk jer

  11. saya ader membeli 4 ekor arnab baru2 ini..masalah nyer sy tak tau jantan atau betina keempat empat eko arnab tersebut.tak menjadi masalah kan menempat kan keempat empat eko tersebut didalam satu tempat kan?
    macam mana nk tgj jantina? dah tgk mcm sama jer..help me..sy baru je ade minat nih ni..dah dua eko mati yg lepas sebb bagi sayur yg tak basuh..mcm mana nk tau arnab dah matang utk di bunting kan?
    kalau la keempat empat eko tuh betina..boleh ka di buntingkan? mcm mana?
    kat klinik bole?

    • asingkan anak2 rabit yang baru lahir tu..dan set kan masa menyusu.untuk bagi susu pegang ibu arnab dan bagi baby arnab menyusu..macm tula saya lakukan ntok arnab saya..iaya senasib mcm arnab en…

  12. Mr joe…
    buleh ko listkan senarai harga arnab yg ko nk jual tu.klo buleh ikut spp la. Snang aku nak budget.hehehe….aku minat giler ngan rabbit ni..

  13. salam geng ….ni nak tanya arnab merah mata jenis apa ek ….aku beli rm 4O je 2 ekor tapi tak tau jenis tempatan ke tau import….

  14. Warna mata sahaja, tak menentukan baka apa… banyak jenis arnab yg bermata merah terutamanya yg berbulu putih.

    Sepasang RM40 tu biasanya yang Baka yang dikenali sebagai Domestic Short Hair (DSH).

    baka tu pada usia dewasa, beratnya hanya setakat 1.8~2.5 KG.

    Tapi kalau exceed 3KG pada usia 3 bulan, itu mungkin baka NZ white.

  15. Hi semua, Saya ni penternak arnab. Nak detail tentang arnab silakan call saya @ 012 312 0702. Semua pangilan akan di layan.

  16. SAYA BARU SEBULAN MEMBELA ARNAG.TETAPI MALANGNYA 2 EKOR ARNAB BETINA TELAH MATI YANG HANYA TINGGAL SEEKOR ARNAB JANTA. PUNCA KEMATIAN TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI . TETAPI MELALUI PEMERHATIAN SAYA KAKI TANGAN ARNAB TERSEBUT SEMACAM HANCUR. TIDAK BERMAYA DENGAN TIBA-TIBA. APA ADAKAH PANTANG LARANG MEMBELA ARNAB. TERIMA KASIH.

  17. Nak bincang pasal arnab, sila masuk thread, arnab dalam forum Bicarajutawan. Banyak otai2 arnab ada disana.

    Nak kenal jantina arnab.
    Jenis2 penyakit.
    Baka2.
    Suma ada.

    • Saya pun minat nat bela rabbit ni nak cari baka tak tahu kat mana, pegi broga harga cina nak sembelih org melayu 3 ekor rm 1000 saya nak join maklumat, kongsi idea pasal rabbit dan yg penting dpt merapatkan silaturrahim sesama kite

  18. askum sume..

    sy baru je berjinak2 dlm dunia pertenakan arnab :)

    sy kini sdg melanjutkan pengajian di negara timur tengah,di tempat saya takde kedai yang menjual pelet arnab,oleh itu,sy bagi dia makan sayur-sayuran seperti kobis dan jarjil.

    soalan sy disini,berapa kali sy mesti bagi dia makan untuk sehari?dan,adakah makanan seperti kobis dan sayuran ini berkhasiat untuk arnab?

    terima kasih.

  19. @ Pali.

    Sebaiknya, jika tiada pellet dapatkan jerami kering sebagai makanan utama.
    Jadi ia tidak basi dan hanya tambah bila ianya berkurangan. Fikirkan jerami yang mudah diperolehi ditempat anda. Jerami Gandum, Oat, barli atau paling koman jerami lalang pun boleh. Hanya berikan sayur segar yg telah dicuci bersih dalam 2 kali sehari pada waktu pagi.

  20. BARU2 INI SAYA BEREMINAT MEMELIHARA ARBAB.SAYA BELI DUA PASANG DI KEDAI.SAYA BUAT KANDANG KECIL 6X3 DAN SETIAP HARI SAYA BERI MAKAN PELET DAN SAYORAN TAMBAHAN SPT CARROT/KANGKUNG/KOBIS.SEKARANG SEEKOR ARNAB SUDAH BERANAK- APA SAYA PERLU LAKUKAN DAN SAYA DAPATI IBU ARNAB TIDAK MENYUSU ANAK2 NYA SEPRTI KUCING ATAU BINATANG LAIN.BAGAIMANA KITA NAK TAHU IBU ARNAB MENYUSU ANAK.SUDAH 3 KALI IBU MELAHIR TAPI SEMUANYA MATI…HARAP SAUDARA/SAUDARI DPT MENUNJUK AJAR CARA2 MEMELIHA ARNAB DAN PERSIAPANNYA.TERIMA KASEH

  21. askum abg joe
    abg joe saya juga ader ternak arnab kecil-kecilan.skang nie sya nk tau cmner ngan pasaran arnab skang sebab saya masih tak dapat market. saya ingat nak jual arnab. tapi saya tak de market la.e2 yang nak ty abg joe.maner la nk tau kot abg joe leh bantu saya
    ok terima kasih

  22. @ harry.

    Mungkin anda telah memegang anaknya tanpa berlapik kot.
    Kalu dah conf. dia tidak menyusukan anaknya, anda terpaksa pegang ibunya..dan biarkan anaknya menyusu selama 5 minit setiap ekor….sehari 2 kali, awal pagi & lewat senja.

  23. Ibu arnab menyusukan anak nya sendiri pada waktu awal pagi dan lewat senja. Ia akan mengabaikan anaknya jika anda memegang2 dan mengubah bau anak itu.

    Guna minyak bayi,dan sapukan pada bahagian yg dijangkiti.
    Utk arnab yg telah mecapai berat >1kg, berikan suntikan ivermec untuk merawat kurap dan kutu.

  24. slm abg joe..
    sy plaja universiti tempatan dan bakal hbis study mei 09 ni…jd dengan eko kt skrg ni yg x elok sgt, sy dn 4 org kwn sy yg lain beminat nak mencebur bidng penternakkan ini..jd kat cni, sy nak minta advise dr abg joe untuk kami bertapak dlm bidang penternakkan arnab ni..kami langsung xde pengalaman lngsung..untuk pengetahuan abg,kami berasal dr sarawak…jd mungkin ada sedikit kesukaran disitu..

  25. Assalamualaikum Wbt

    Saya baru menternak arnab, berumur sebulan. Saya bina reban bersebelahan rumah saya, saya dapati banyak nyamuk yang menghurungi arnab-arnab saya pada waktu mlm. Adakah ini tidak baik untuk arnab?

    Minta sesiapa yang mahir boleh berikan jawapan.

    Jzkk

  26. Salam Pijan,

    Untuk permulaan saya cadngkan anda cepat gi daftar kursus penternakan arnab yg akan diadakan pada 24~27 Mei 09 di IPV Keluang, Johor.
    Borang boleh didapati di mana2 pejabat perkhidmatan veterinar negeri.

    Kita jumpa disana.

  27. @Pijan
    Pasaran ada dimana2, tapi kita kena tahu camana nak wat product presentation.

    @Zulfadhli
    Salam Zul..
    Dalam keadaan apa pun keujudan populasi nyamuk yang banyak adalah tidak baik. Bersihkan persekitaran anda.

  28. @Qzainie

    Anak arnab buleh bercampur dalam satu cage yg besar.
    Tapi bila meningkat dewasa (>14minggu) mereka harus diasingkan pada cell masing2 untuk mengawal permasalahan sepeti bunting sunti, bergaduh, in-breeding dsb.

  29. Askum..

    Saya baru membeli sepasang arnah berumur 40 hari. Semasa dalam perjalanan balik (memakan masa lebih kurang 3 jam), arnab tersebut masih dalam keadaan sihat kecuali seekor yang kelihatan agak sakit (terketar-ketar). Arnab tersebut ditempatkan di dalam kotak (2′ x 2′) buat sementara sebelum dipindahkan ke sangkar yang lebih besar. Namun begitu, keesokkan harinya, kedua-dua arnab tersebut mati. Apakah punca kematian? Mungkinkah akibat perjalanan yang jauh? Terima kasih.

  30. W’salam,

    Arnab tidak tahan pada stress. Travelling lebih dr satu jam boleh membawa kematian pd arnab, lebih2 lagi pada anak arnab yg belum melepasi usia kritikal (8 minggu).
    Amalkan guna carrier yg sempit, ini kerana, sangkar atau kotak yg luas hanya menambahkan stress arnab2 itu..

  31. Saya ada menjual rabbit nipple piping drinking 10biji-50biji rm6.50sebiji. 51 ke 100biji 6.00 sebiji. Call 017-3165406 Ery

    • Saya selalu jual Lop, tapi stock cepat abis….dtg ke kebun sy di Melaka ada macam2 jenis lop. Kalu suka boleh booking, sbb lop nih “hot” market, sekor hanya RM150.

  32. As’kum Joe,

    Saya berada di JB & berminat utk mnceburi bidang ini. Sudah lebihkurang 1 minggu saya berjinak-jinak dgn website2 berkenaan arnab samada dlm bah. malaysia mahupun inggeris..dan mendapati ade berbagai ‘breed’ arnab. (memeningkan juga).
    Soalan 1 – breed yg mane sesuai utk diternak sbgai pedaging & pet dlm masa yg same? (bukan nk instant profit…tp skurang2nye dgn jualan sbagai pet, bley juga menampung kos-kos pembelaan tersebut.
    Soalan 2 – Dimana boleh saya dptkan pembekal2 yg berhampiran dengan saya kerana saya dapati sukar mencari pembekal arnab di Johor Bahru. Klu ade pun..biase la pet shop je…

    Btw, Joe…hrp dt update no tel:
    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN
    WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
    [u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
    TEL: 03-2540077
    SAMBUNGAN: 144 dan 145
    (no tel lame..hanye 7 digit)

    Tq Joe…

    • Mana plak peginya harizamrry nih. Kawan lak yg jadi tukang reply kat sini…huhu.

      OK Roff…replied to you on 88db.

      Geng saya dari Johor yg mengusahakan arnab ialah Sdr Din. Email address dia adalah park_u5941@yahoo.com
      Lokasi-Keluang

  33. Salam, sy berminat nak menternak arnab di kebun bapa sy. sy tinggal di gemencheh n.s. kat mane sy blh dapatkan baka2 arnab tu.

    • Kenalah buat kandang siap2 dulu, Baka nak jenis pedaging atau pet. Kalau setakat baka besar tempatan, saya pun bleh sediakan.

  34. Hai… Mr Joe, nak tanya & minta advise dr anda. Saya baru bermula dlm bidang ni, ada kawan yg sdg mengusahakan arnab tetapi baka tak pasti samada campuran atau NZ ori. Kwn ni sharing dgn saya peluang dlm menternak utk tujuan jual anak arnab pada pet shop / penjaja tamu. Dari segi income tu katanya boleh lah utk cover makanan arnab2 induk dia tiap bulan. Ini membuka hati saya utk mencuba, tetapi saya lebih berminat menternak arnab baka yg pelbagai utk tujuan Pets sahaja. Sebab di Sabah ni masih belum ramai lagi yg ternak arnab secara komersial dan belum ada menjual baka2 tertentu. Pasaran bagi anak arnab juga besar bagi tujuan Pets.
    Buat masa ni saya ada 2 induk (Anggora mix Carpet) dan 1 pejantan (Anggora mix Carpet) yg berusia 6 bulan. Tambahan baru 1 anak arnab (Lion head mix Lop ear…tapi telinga tak lop) berusia 2 bulan dan 2 anak arnab NZ White dan Californian Black yg berusia sebulan. Saya nak cuba & belajar teknik mengahwinkan arnab dan cara nak beranakkannya dulu. Bagi anak2 arnab tu nak besarkan sbg pets & study dulu karakter baka2 yg berlainan dan yg mana lebih digemari ramai.

    Sila beri nasihat atau tips utk usahawan2 spt saya ni yg baru nak bermula.
    Thx…

  35. assalamualaikum,
    hai, saya salah seorang pembela arnab belum lagi berjaya menjadi penternak arnab.
    saya ingin tahu bagaimana proses untuk merancang pengeluaran arnab. maksud saya perancangan menghasilkan anak bagi arnab..
    sebabnye… saya ada mendapat maklumat dari beberapa orang yang membela arnab bagi kawasan saya. maklumat yang di terima ialah

    1) arnab jantan dan betina disatukan dan disenyawakan dalam satu reban untuk tempoh 1 hingga 2 minggu.
    2) berikutnya ibu betina berkenaan perlu di asingkan dari jantan dan di tempatkan didalam sangkar bersendirian untuk tempoh 3 minggu. pada minggu akhir ibu berkenaan akan sampai pada saat kelahiran.
    3) anak yang dilahirkan tidak boleh di sentuh dengan tangan. oleh itu ianya perlu menggunakan sarung tangan.
    selepas genap 21 hari anak berkenaan maka ianya boleh di pashkan dari ibu.
    ibu berkenaan tidak boleh di senyawakan selama 2 minggu bagi mengelakkan tekanan pada arnab berkenaan.

    saya telah pon mencuba kesemua ini tapi masalahnya anak yang di lahirkan semuanya tidak menjadi. saya pohon info proses dari mula arnab berkenaan dirancangkan hingga putusnya susu bagi tiap2 arnab berkenaan.
    pohon tunjuk ajar bagi yang mahir.

    • Berapa usia arnab betina anda tuh, adakah sudah exceed 6bulan.? Pastikan ia telah menunjukkan tanda2 biang (heat cycle).

      Saya matekan arnab saya 5 minit sahaja (reached climax) lepastuh terus diasingkan. (32hari-tempoh bunting)

      Berikan ubat Nopstress pada kadar yg ditetapkan.

      Jika gagal juga, beerti induk anda bermasalah, ia munkin terjadi pada induk yg terhasil dari in-breeding. Atau ianya adalah “peanut” pada peringkat awal keujudannya dahulu.

      Sila lawati kebun saya untuk penerangan lebih lanjut.

      • terima kasih atas maklumat yg di sampaikan.
        oh ye arnab saya telah cukup umur untuk di senyawakan…
        boleh x kalau saya nak tahu apa maksud biang…
        apa yg saya tahu bile di letakkan sama jantan, yg betina akan menjauhkan diri. saya harap saudara dapat membantu saya dah pemeliharaan arnab.
        sebab saya zero pengetahuan mengenai arnab.

  36. Salam Joe,

    Saya mahu minta sedikit pandangan, saya telah membeli sepasang arnab untuk peliharaan kat rumah. Sepasang arnab tersebut dikurung dalam sangkar bersama, seperti biasa arnab jantan seakan mahu mengawan tetapi saya tidak mengentahui yg arnab betina sudah bunting, dalam 2 minggu..arnab betina seakan keguguran, melahirkan anak yg sudah cukup sifat tetapi masih dalam kantung dia..anak tersebut mati…selepas..keluar empat ekor anak arnab ….arnab betina tersebut mati… boleh tolong share mcm mana perlu dilakukan …. sekiranya arnab tersebut bunting ….dari awal sehingga melahirkan anak..Tq …

  37. Arnab matang tidak boleh diletakkan bersama.

    Arnab yg ingin dijadikan induk mestilah dipilih dari yang “best” of the litter untuk mengurangkan masalah dibelakang hari.

    • harga arnab berdasarkan baka dan juga kualiti..harga arnab adalah berbeza dan tidak seragam..so baka apa yg suriani mahukan?boleh la cari di mudah.my dan juga blog2 penternakan arnab.tq

    • Kawan nih hanya penternak kecil jer….yg besar2 tuh macam EARC dan Beh & Yoh…buleh wat bench-marking ngan diaorg.

      Yg lain adalah Herman di Bkt Kapar, Hj Ismail di Ijok, Datuk Affendy di Gombak dan beberapa lagi yg bakal muncul.

  38. Assalammualaikum & salam sejahtera buat semua..

    sy org baru disini. berminat utk tau lbh mcm mana nk ternak arnab utk “pet” dgn “commercial”. sy br je terima 1pasang jenis lion head (anggora kalu xsilap sy, sbb baca2 post kwn2 suma tu yg sy rasa anggora), umo arnab tu yg diberitahu kat sy dh 2bulan time awal dapat dulu..(lbh krg 1minggu sblm syawal 2009). sebagai permulaan terfikir nk buat “bisnes pet” dgn arnab yg de ni kalau de anak2 arnab nnt la… so mcm mana? blh bantu berkenaan cr pelihara, pemakanan, kaw ternak, extra info yg perlu sy tau sebagai org baru.

  39. salam.. saya dan suami pelihara 2ekor arnab jantan, 3 ekor betina. dulu arnab jantan dan betina kami asingkan mengikut sangkar, tapi bila dah makin besar, kami lepaskan kelima2 ekor arnab ni kat kawasan rumput yg agak luas kat belakang rumah. jadi tak boleh nak agak bila arnab2 ni mengawan. lepas lebih kurang 6 bulan, semalam tetiba je seekor arnab betina lahirkan anak, 7 ekor semuanya, tapi seekor mati sebab xsempat diselamatkan. saya dan suami baru balik dari urusan di luar, balik2 je nampak anak2 arnab kat atas rumput, dan terpisah2 antara satu sama lain… kami cepat2 pindahkan anak2 arnab tu dalam sangkar, tapi angkat guna alas. masalahnya nampak macam ibu arnab tu x peduli kat anak2 dia. masuk dlm sangkar pun kami paksa sb dia mcm nak lari2…saya sedih sangat sb x sempat buat persediaan awal utk kelahiran anak arnab:( sekarang kami tengah sediakan tempat beranak utk 2 ekor lagi arnab betina yg nampak macam sarat…

    • Kurung ibu yg bunting itu dalam sebuah sangkar secara individu, masukkan kotak didik, sila juga rujuk pada blog arnabkiut untuk keterangan lanjut,

  40. salam… saya nak tanya, salah seekor arnab jantan kami tu suka sangat mengejar dan cuba nak bergaduh dgn arnab jantan yg lagi seekor tapi biasanya yg seekor lg tu akn lari dan bersembunyi. ada tak cara nak bagi arnab tu jadi baik sikit (selain masukkan dalam sangkar) sebab kesian tgk yg seekor tu asyik dibuli. terima kasih..

    • Arnab tidak boleh bertemu dgn sesama jantina.Dan akan menyebabkan pergaduhan yg teruk dan boleh mengakibatkan kecederaan yg teruk malah boleh mati. Ini kerana arnab mempunyai sifat mengawal kawasan, lebih2 lg aranb betina. Jgn biarkan mereka ditemukan dan sila asingkan arnab mumtaz.

  41. salam….saye ada dua ekor arnab,saye nk tanye blh ke kalau saye beri pellet pastu campur ngan vitamin?.Saye risau sebab arnab saye kurang minum air.So saye nk tanye cmna nk dia memperbanyakkan minum air.Kalau saye bagi vitamin yg sejenis air pun dia tk nk minum.

    • Bagi cecair vitamin gunakan picargari dan pamkan mengikut dos yg disyorkan melalui sisi mulut arnab.

      Ada juga serbuk vitamin yg boleh digaul rata kedalam makanannya…pilih aja yg mana lebih mudah.

  42. salam.saya memelihara sepasang arnab.tanpa diduga dan macam x percaya arnab saya telah melahirkan 5 ekor anak pada 1hb okt 09. alhamdulillah anak2nya semua sihat dan aktif berusia 16 hari.saya memang tiada pengalaman memelihara arnab, secara kebetulan saya terbela.tapi sekarang dah sayang gilalah.
    saya nak tahu laa, macamana jika saya mandulkan arnab jantan adakah ia lansung x nak mengawan?
    jika sijantan mandul , adakah yang betina akan mengaruk coz x dapat mengawan?. memandangkan saya tinggal di flat. susah nak ela banyak2…

  43. Soal mandul nih ada melibatkan hukum….sila rujuk hukum-hakam sebelum bertindak…

    Kalu takut dia mengawan kurung dalam cage lain tapi cage tu diletak sebelah menyebelah agar mereka bo;eh berinteraksi.

    • terima kasih.. lama saya tunggu reply dari awak. nak tanya lagi… sejak saya asingkan mereka, sijantan seolah tunjuk perasaan, dia kerap kencing dalam mangkuk makanannya. kurang makan dan minum. dulu tak pernah macam ni. macam garang. padahal sijantan ni memang manja sangat, cool dan arnab yang sopan. saya boleh tidor dengan dia. sekarang berubah. macam cemburu ke? dulu masa saya mula2 bela betina dia buat perangai juga. macam merajuk, makan nak suap. adakah arnab akan rasa tertekan jika ada arnab lain ditempat nya. sila kongsi jawapan jika ada ….thank you.

  44. saye bagi arnab saya makan 4kali sehari atau lima kali sehari,kenapa bdn dia semakin kurus dan bulunye semakin gugur?.Adakah itu kerana kekurangan makanan atau jangkitan penyakit?.

    • Anda guna dedak jenis apa? Berapa kadar CP nyer.?

      Dedak standard ekonomi yg bagus adalah Cargill, FFM dan Goldcoin. Yg super mahal pun ada tapi tak perlu rasanya…melainkan anda memelihara arnab “Show Quality”.

      Bersalin bulu setiap 4 bulan adalah normal, tapi kalau sampai botak…ada masalah ler tu…berikan makanan serat tinggi.

  45. saye guna dedak biasa..tapi saye beli di kedai haiwan,harganya RM15.Bulunya tk lah botak tapi kalau pegang dia tk selesa sbb blunya selalu melekat kt baju.

  46. saya bercadang untuk buka kembali penternakan arnab daging.. dulu pernah bela secara kecil-kecilan, namun pasaran tidak memuaskan dan kos makanan agak tinggi ketika itu.. ketika ini di manakah pasaran arnab2 ini? kalau ada pembeli arnab daging, email saya di

  47. hi,

    baru-baru ini arnab saya dijangkiti kutu sehingga mengakibatkannya menghidap scabis..apakah rawatan yang paling anda cadangkan kerana lagi 2 ekor arnab saya telah turut dijangkiti kutu..

    untuk info lanjut sila ke blog bunnies saya ye..

    terima kasih

    • Berikan suntikan ivermectin untu membunuh induk parasit2 itu….
      Selepas 2 minggu suntik sekali lagi untuk membunuh hama, kutu atau kurap yg baru menetas pula.

  48. hi joe,
    saya tinggal di baling,kedah.setakat ini saya masih belum jumpa pembekal arnab untuk tujuan penternakan.harap dapat membantu dan harga yg menarik

    • Nak arnab pet ker arnab pedaging…..saya ada ramai pembekal arnab induk di Perak. Tapi kalu di Kedah, hanya ada sorang di Gurun.

  49. saya nak bela arnab untuk hobi dsmping menternak…spesis angora sepasang berapa?ada sesape dr pahang yg ada jual?plez…mmg minta giler

    • Mengikut info yang saya tahu
      ada seorang mamat tu selalu mengimport arnab
      Kalau tak silap saya dia tinggal di Tanjung Karang
      Tapi yang x bestnya tak semua stok dia akan jual, macam newzealand, california, die jual hanya baka2 biasa je
      Cuba try cari mamat tu
      Kalau dapat beli, jangan lupa beritahu saya

  50. Hi,….

    Saya baru berjinak-jinak memelihara arnab, dah beli sepasang, 3 hari lepas tu, terus beranak.
    Jantan dah keseorangan, ada sesiapa yang nak jual betina, jenis angora, disekiatar b.b. bangi
    – Rofi

  51. salam, maaf mengganggu.sy cuma nk tnya satu soalan.sy baru mula berjinak dlm membela arnab.
    bulan lepas arnab saya baru saja melahirkan ank 5 ekor.dari hari ke hari sekor2 hilang.
    and now beranak lagi.so,sy ingin tahu.bagaimana nk menjaga ank2 arnab tersebut?
    apakah langkah – langkah2 yg perlu sya lakukan..tlg la saya..sy sudah kebuntuan..
    si ibu arnab sy lihat seperti endah x endah je kt ank beliau..

  52. salam sumer…sy bru nak join dgn korang utk kongsi apa2 yg patut tentang arnab.arini 3/1/10 arnab sy telah melahirkan 2 ekor anak arnab.sy x sempat nk sediakn kotak sbb ibunya xde tanda2 nk beranak.jd ibu beranak kt luar cm2 tu jer.sian kt anaknya…lps 2 bru sy msukkn ibu n anaknya dlm kotak.mintak2 anak ni dpt membesar dgn sebaik baiknya.

  53. saper2 yg ada ternak arnab area s/kemb or serdang or balakong leh la kita jd member….jauh pun ok gak.x kisah jnji dpt tkr2 pengalaman.

  54. Saja nak kongsi pengalaman….saya ada 2 ekor bapak dan ibu….ibu-ibu dah 2 kali pernah beranak tapi sumer anak mati….barubaru ni beranak lagi dan nampak gayanya sumer hidep…dah keluar kotak cari makanan….sekor lahir 5 ekor dans ekor lagi lahir 2 ekor….dulu mati mungkin sebab tak sempat nak buat kotak…arnab saya ada 11 ekor hampir setahun bela…kalu tak mati anak ank yang dulu mau nya dah 2o ekor lebih….sebenarnya saya berminat untuk bela arnab daging secara komersil….tapak yang sesuai saya ada di pulau pinang….ada sapa sapa boleh tolong ?…incik joe boleh ker?  saya takder masalah nak melawat ke mana mana ladang….sekarang saya tingggal di KL dans setiap minggu balik ke penang untuk tgk arnab…heheh

    • salam zaini.saya joe penang.tinggal di penang.saya ada tempat si seberang perai selatan.sekarang saya ada memelihara lembu dah lama.untuk kenduri,alkikah dan korban.sekaran saya cuba memelihara arnab dari baka angora dan pelbagai baka lagi ada lebih kurang 20ekor lebih.kalau zaini nak datang melawat tempat saya tak ada masalah.boleh hubungi saya di talian 012-4213430 area sungai bakap seberang perai selatan.

  55. Salam. Den pun ada bela arnab gak. Den duk kat area Taman Bangi Indah, Batu 6, Pekan Bangi Lama. Adala sikit2 baka arnab den bela. Kalo ada sesiapa yang nakkan baka arnab especially pedaging, leh la call den 012-9116165

  56. rebit i baru je lepas beranak tday , bfore ni pon rebit i pernah beranak tp rebit jantan i makan :( now i dh asing kan jantan and betina. tp anak rebit ni telinga die kne gigit + ekor die kne gigit sikit , problem now i tktau jantan or betina yg gigit ank rebit tu . i takut kalau i asing kan mama rebit dgn ank die nnti anak rebit tu akan mati sbb anak rebit haus tkdapat susu mama die . at the same time takut pulak kalau mama rebit tk kenal anak die and anggap anak die as musuh . so i terpaksa letak mama rebit and anak die dlm 1 cage . but i still takut kalau mama rebit terpijak anak die , sbb i tgk care mama rebit tu mcm tk amek kesah pasal anak die :( i tanye tauke pet shop , die cakap kalau mama rebit tk bagi anak die susu, i kne keluar kan anak die and bagi anak die minum susu gune picagari. at the same time 3-5 kali bawak anak rebit tu letak dlm cage dgn mama die. tp i kne tgk ank rebit tu takut mama die makan die or whatever. tp i tksure -.- i kne bwt ape now ? TYVM

    • Salam,
      Bila arnab dah beranak, Jantan hendaklah dipisahkan, Kalau tidak, habis dimakannya.Ibu arnab hendaklah dibiarkan bersama-sama arnab, Sikap arnab nie, perangainya macam kaun lelaki juga,Dia tak akan tunjukan di sayang pada anak, tapi bila sampai waktu, dia akan menyusukan anak-anak tersebut.

  57. salam, saya nak kongsi masalah fatin.. sebenarnya ibu arnab x bela anak dia macam kucing. dan dia memang x boleh diletak dengan mak dia, harus mati kena pijak. ini dari pengalaman saya.
    dulu masa arnab saya beranak saya macam tu juga risau. dari apa yang saya belajar tentang arnab, 3 hari pertama lahir, waktu paling penting untuk bantu dia dapatkan susu mak dia. sebagai antibody badan baby. sediakan kotak lain tempat baby. biasanya mak dia bagi susu dalam 1 atau 2kali sahaja.
    saya dapati dia akan beri susu pada awal pagi atau malam hari. a, bila biasakan tempat baby tu, mak dia dengan sendirinya akan datang ke tempat baby untuk beri susu.kena bantu pujuk mak dia, urut badan atau apa2 supaya dia tenang masa beri susu.baby ni agak ganas bila minnum susu.. agak penat lah sikit jika dia beranak.

  58. apa ubat paling berkesan untuk rawat fungus. dang bagaimana cara paling berkesan nak rawat. saya dah spray fungus DR BUNNY tapi x berapa berkesan. ada cadangan. kesian bunny saya ni..

      • kalau bukan dari thailand dari mana? dari indon?

        iya tepat sekali

        dari indon banyak penyakit berjangkit, kat sana ladang dia kotor

        yang orang bawak masuk ada penyakit berjangkit tu orang yg x bertauliah. baru beberapa bulan import dah kata bertahun import

        dah pernah pergi ke tempat org tu amik stok kat indonesia? ada juga stok dari australia. di semua kawasan australia ada penyakit berjangkit tak? dan ladang kotor tak?

        di thailand siap health certificate?

        kepada pembeli yang ingin membeli arnab import
        pastikan penjual ada menunjukkan salinan health certificate

        jika tiada surat itu, kemungkinan arnab yang ingin dibeli itu terdedah dengan pelbagai penyakit dan boleh mati.

  59. macam mane nak rawat arnab yang perutnya bengkak susu yang baru melahirkan anak 6 ekor..?
    dalam masa nie arnab tersebuat tidak dapat menyusukan anak nya.. dan ibunya da xlarat..
    dan susu yang sesuai untuk anak2nya?????
    tlong jawab…thank

    • mastura, saya pernah hadapi masalah ni.. cara yg saya buat adalah bg arnab tu minum minyak gamat disuapkan ke mulut dia guna picagari.. lepas 2 hari dia ok..
      anak dia pula boleh susukan dgn pegang ibu dia kuat2 dan letak anak dia kat badan dia utk menyusu.. kalau nak bg susu lain boleh la bagi susu anak kucing dr kedai pets.. jgn bimbang, susu tu bukan susu dari kucing tp susu lembu jugak..

  60. saya baru memelihara arnab.1 jantan 4 betina.boleh tak saya campurkan 2 ekor betina sekali kerana tak cukup sangkar.

  61. Saya pun baru beli arnab. Yg jantan dah besar, betina tu kecil lagi. Saya masukkan dlm satu kandang. Selang seminggu arnab betina tu mati. Saya beli satu lagi arnab betina dan masukkan dlm kandang yang sama. Bila saya perhatikan arnab jantan tu kacau yg betina. Alahai kesian saya tengok dan selang seminggu arnab betina mati. Macamana nak kenal umur arnab?

  62. Assalamualaikum…
    Hari ni arnab saya mati. Semalam saya asingkan dia sebab dia suka sangat gaduh. Habis cedera arnab yang lain. Bila saya asingkan, dia jadi senyap dan diam saja. Langsung tak bergerak sana sini. Bagi makan pun tak nak makan. Disebabkan risau, saya pun masukkanlah dia balik kat kandang asal dia. Dia still senyap. Pagi ni, dia mati. Saya lihat ada kesan cirit birit pada duburnya. Adakah ini akibat tekanan kerana diasingkan dan mengakibatkan cirit birit. Tolong ye share…Thanks for all answers…

  63. kite dh bela arnab nk dekat 1bln lebih.. tp skrg arnab kite xnk mkan la.. xtau nk uat cam ner.. minum pn xnk gak… ape mslh arnab kite ek.???

  64. slm’kom.saya nak tanya pakar ni,1-agak2 berapa kilo atau gram purata arnab dewasa dan anak mengambil makanan dlm sehari.2-kenapa arnab saya lebih suka dedaun daripada pelet,pellet yg saya beri tak penah pun habis,mcm tak makan pun.3-tahinya saya tengok ok mcm tahi kambing bulat2 tapi badannya tak nak tembun masih kurus apakah ini punya makanan.

  65. salam.. kite nk tny la kt pakar nie.. kite xpnh bg mkn sayur pd arnab kite, xpe ker kalau xbg makan sayur sebab sy tkut la, kwn sy punyer arnab dia bg mkn syur, xlame tu dia mati

  66. Salam , nk tanya eima ade arnab skarang sbyak 10 ekor .hasil dri mmbela 2 ekor arnab . blh ker kalau kite nk mandulkan arnab supaya ia tidak beranak ? atau kite pisah kan diey berlainan tmpt .. tkut ade kesan sampingan sbb arnab tu bersma sejak dri awal beli and nak tahu jnis buah ape y arnab boleh makn?

  67. pada mulanya bela arnab sekadar suka-suka saje..x sangka la plk sekrg dh beranak pinak..sampai x muat kandang…saya x tau la cara nk jual ank rabbit…saya bela jenis anggora..terbaru arnab beranak 7 eko semuanya hidup..jadi sape-sape yg berminat blh la bli dari saya…sekor dlm rm30 saje…

  68. salam nk tanya..arnab baka english anggora bunting 55hari ke?atau 31 hari mcm arnab biasa,konfius..sbb baru beli sepasang english anggora

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s