Penternakan Puyuh Penelur

Kedudukan ladang Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :

  1. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
  2. Jauh dari ladang unggas yang lain.
  3. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
  4. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
  5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Perumahan

Perumahan bagi penternakan puyuh penelur mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

  1. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
  2. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
  3. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
  4. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
  5. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
  6. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
  7. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
  8. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
  9. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

Pengurusan Penternakan Sistem Pengurusan

Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

Peringkat Perindukan

Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.

Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 – 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.

Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 – 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis ‘corrugated paper’. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan ‘polyethelene sheets’. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Peringkat Pembesaran

Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42 hari.

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.

Peringkat Pengeluaran

Setelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.

Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 – 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.

Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang. Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40 -50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru. Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.

Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan peralatan tersebut.

Pengurusan Alam Sekitar

Pengusaha puyuh penelur dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan peneternakan puyuh penelur. Tentukan najis-najis dibangsal pengeluaran sentiasa dibersihi untuk menggelakan berbau busuk atau pembiakan lalat. Pengurusan najis yang sempurna dapat merendahkan masalah tersebut. Najis-najis dibegkan kedalam guni dan boleh dijual sebagai baja.

Kesihatan

Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan ‘flighty behaviour’ dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

Pengurusan Bahan Buangan Ladang

Ladang puyuh penelur perlu mengamalkan pengurusan yang baik untuk bahan-bahan buangan ladang. Ini adalah penting untuk mengelakkan masalah bau busuk dan lalat. Bahan buangan yang utama adalah sampah sarap dari pemeliharaan semasa pembesaran, najis, dan bangkai puyuh.

Sampah sarap digunakan untuk keselesaan puyuh semasa pemeliharaan dengan mengambil kira keberkesanan menyerap air. Gunakan sampah sarap yang baru setiap kali pemeliharaan puyuh. Ketaman kayu merupakan jenis sarap yang biasa digunakan. Ketaman kayu hendaklah dari kayu yang bersih dan tiada mudarat kepada puyuh. Jangan gunakan ketaman kayu dari kayu yang telah diawet. Tambah ketaman kayu kedalam bangsal apabila diperlukan. Sarap yang basah perlu dikeluarkan dan diganti dengan sarap baru. Setelah tamat pemeliharaan sarap ini hendaklah dimasukkan kedalam guni dan dimusnahkan. Biasanya sarap jenis ini tidak disukai untuk dijadikan baja kerana berkayu.

Najis dari bangsal pengeluaran hendaklah sentiasa dikeluarkan. Najis hendaklah dibegkan dan boleh digunakan sebagai baja. Tentukan penyimpanan yang teratur dan bersih serta kering.

Bangkai puyuh hendaklah dimasukkan kedalam beg dan dimusnahkan samada dibakar atau ditanam. Peraturan alam sekitar perlu dipatuhi.

Penyimpanan Rekod

Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.

Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik
(Good Animal Husbandry Practices – GAHP)

Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.

Pembersihan Bangsal

Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

  1. Keluarkan sampah sarap lama/najis
  2. Keluarkan dan cuci peralatan makanan
  3. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
  4. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
  5. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan ‘High pressure sprayer’ amat digalakan.
  6. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

Persiapan Penerimaan Anak Puyuh

Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan ‘polyethelene sheets’ bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas dari jenis ‘ corrugated paper ‘ untuk dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

Perindukan

Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 – 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubatan.

Pembesaran

Bagi sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, selepas sahaja perindukan, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk sekurangnya 200 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.

Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 100 ekor (satu petak). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

Pengurusan Lain

Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.

Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk ‘withdrawal period’ sebelum puyuh diproses.

Penangkapan Puyuh untuk Dipindahkan.

Apabila puyuh berumur 35 hari, aktiviti memindahkan puyuh kebangsal pengeluaran hendaklah dijalankan. Puyuh-puyuh betina dipilih dan dimasukkan kedalam bakul untuk dipindahkan ke bangsal pengeluaran. Muatkan secukupnya puyuh penelur dan elakkan berlaku kesesakan didalam bakul. Puyuh-puyuh perlu dipindahkan dengan segera ke bangsal pengeluaran. Tentukan penangkapan puyuh dari bangsal kedalam bakul dan dari dalam bakul kedalam sangkar khas dilakukan dengan cermat dan elakkan berlaku kecederaan. Masukkan puyuh kedalam sangkar dengan memasukkan kepala dahulu. Jangan memaksa semasa menempatkan puyuh kedalam sangkar. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku selepas penempatan puyuh ke dalam sangkar. Tentukan air dan makanan disediakan dahulu sebelum kemasukan puyuh.

Kutipan Telur

Telur hendaklah dikutip setiap hari. Gunakan bekas telur khas untuk telur puyuh. Asingkan telur bersih dari telur kotor,retak dan pecah. Kebersihan perlu dijaga untuk kesemua peralatan yang terlibat dengan telur. Pengendalian telur dengan cermat mengelakkan berlakunya kerosakan telur yang merugikan.

Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik khas yang dingin dengan kelembapan yang tinggi. Mutu telur akan berkurangan dengan setiap hari ianya disimpan. Penjualan segera menentukan kualiti telur yang tinggi. Bilik simpanan telur hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. Telur-telur yang pecah,retak dan kotor disimpan dibilik berasingan atau dimusnahkan.

Penjualan Telur

Telur-telur puyuh dijual tanpa gred. Justeru itu tiada pengredan diperlukan dan telur-telur boleh dijual terus. Gunakan ‘packing’ yang sesuai untuk menarik minat pembeli. Semasa penghantaran telur, elakkan dari pengendalian yang kasar untuk mengelakkan berlakunya telur pecah. Jangan ditindih bekas-bekas telur keparas yang tinggi. Jika boleh jangan lebih 12 tray telur.

Pemasaran Telur puyuh banyak dijual di pasar , pasar malam dan pasar tani. Sebahgian pasaraya telah mula menjual komoditi ini. Pengambilan telur puyuh oleh rakyat negara ini masih ditahap yang rendah. Pengguna banyak menganggap bahawa telur puyuh mengandungi kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol didalam 4 biji telur puyuh bersamaan dengan sebiji telur ayam. Jumlah pengambilan telur puyuh berpotensi tinggi kerana pengguna biasanya memakan lebih dari satu biji dalam satu masa. Dengan pendedahan yang luas penggunaan telur puyuh akan mendapat tempat di selera pengguna.

Telur dijual tanpa gred dan kebanyakannya dibungkus biasa dengan satu bungkusan melebihi 10 biji. Harga pasaran amatlah murah bagi sebiji . Rajah 4 menunjukkan pemasaran yang dijalankan mengikut negeri. Dengan harga yang ditawarkan dipasaran boleh dibeli oleh segenap lapisan masyarakat maka potensi industri puyuh penelur akan dapat dikembangkan lagi.

Harga jualan telur puyuh

Negeri Harga Anak puyuh Pedaging
(sen / ekor)
Johor 3-5
Kedah 5-7
Kelantan 5-6
Negeri Sembilan 4
Pahang 6
Perak 6-7
Pulau Pinang 6-7
Terengganu 4-5
Selangor 6-7
Sabah 7-8
Sarawak 6-13
WP Labuan 9-10

Promosi

Promosi penggunaan telur puyuh patut diadakan dengan meluas lagi dengan majlis penerangan kebaikan telur puyuh. Masyarakat perlu dididik akan khasiat telur puyuh dan pelbagaian kegunaan agar setanding dengan telur ayam. Potensi industri ini amatlah luas sekiranya penggunaan telur puyuh per kapita dapat ditingkatkan.

Senarai Penternak Puyuh Penelur Baka / Komersil
List of Breeder/Commercial Layer Quail Farmers

Nama (Name) Alamat (Address)
Toh Thiang Seng 84, Taman Jaya 2,
Batu 3, Jalan Bakri,
Muar, Johor
Koh Kian Soon 6608, Jalan Bakariah,
Muar
Johor
Tan Ley Kuan Batu 8.5, Jalan Bukit Kangkar,
Sungai Mati,
Muar, Johor
Ng Chong Seng 172, Batu 7,
Jalan Senggarang,
Tanjung Laboh,
Batu Pahat, Johor
Lau Ah Soon 36, Kampong Bintang,
Mukim 3,
83000 Batu Pahat
Johor
Hanafiah bin Tukiman Batu 2, Jalan Air Hitam,
Mukim 18, Parit Sulong,
Muar, Johor
Chan Soon Seng 49, Batu 4,
Jalan Besar, Parit Sulong,
83500 Batu Pahat,
Johor
Hj. Daud bin Muhamad Jalan Lubok Rotan,
17500 Tanah Merah,
Kelantan
Wan Zaini bin Wan Mohamad 2314, Kg. Larak, Pendek,
15100 Kota Bahru,
Kelantan

update 18/3/09 : Perniagaan telah ditutup

Sharifah Zaharah bt Syed Omar PLA 235, Jalan Istana Permai,
26600 Pekan,
Pahang
Mohamad / Rozik bin Ismail Kg. Jambu Bongkok,
Marang,
Kelantan
Abdul Kadir bin Samin Kg. Sg. Serai,
Kuang, Gombak,
Selangor

harap maaf: perniagaan beliau telah ditutup.

100 thoughts on “Penternakan Puyuh Penelur

  1. Ci Nazri,

    Saya tidak dapat memberikan contact no lengkap beliau buat masa ini kerana tiada dalam rekod simpanan saya. Bagaimanapun encik boleh lah menghubungi beliau melalui alamat seperti yang tertera.

    Harap maaf.

  2. boleh tak dapatkan nbr tel pengusaha di Kg.Sg.Serai,Kuang .selangor tak?wak nak cuba melawat tempat tu kalau ada rezeki..tq
    waktambeng
    019-6761191

  3. sy nak wat tesis mengenai p’gunaan EM dlm minuman puyuh. so, leh bg info pasal minuman puyuh dan apa2 info berkaitan dengannya. CTH: anggaran bagi 1 hari perlukan brape liter untuk 10 ekor puyuh.

  4. Sila dapatkan maklumat daripada Pegawai Perkhidmatan Haiwan Daerah untuk senarai pengusaha ternakan itik.

    Kawasan Segamat:

    Ruslan Elias
    Pegawai Penjaga
    Pejabat Haiwan Daerah
    Jalan Awang
    85000 Segamat
    Tel: 07-9325596
    Fax: 07-9320848
    email: sgtyet@tm.net.my

    Kawasan Muar

    Borhan Alias
    Pegawai Penjaga
    Pejabat Haiwan Daerah
    Jalan Ismail
    84000 Muar
    Tel: 07-9521058
    Fax: 07-9521058
    email: borhan@jphjohor.gov.my

    Kawasan Gombak

    Shuryani binti Hamzah
    Pegawai Penjaga
    Pusat Perkhidmatan Haiwan
    Daerah Gombak
    KM 16.1, Gombak Setia
    51000 Gombak
    Tel: 03-61897641
    email: phdgom@po.jaring.my

  5. Assalmaualaikum.

    Saya nak tanya, adakah burung puyuh ni ada yang akan bergaduh?
    Saya baru cuba bela 2 ekor dulu.Tapi baru 2 hari sekor dah mati dipercayai dibelasah lagi seekor.
    Tapi saya beli sepasang.Bukan 2-2 jantan atau 2-2- betina.

  6. Bos…

    Tumpang tanya…

    Katne nak dptkan/beli kandang yg brukuran 4×2 tu (tempat letak puyuh)…

    Katne nak dapatkan anak2 puyuh?

    Saya tiggal di damansara.

    10q bos.

  7. En Anuar

    Kandang tu boleh buat sendiri…senang je…contoh leh ambik kat dalam internet..

    pasal baka puyuh tu bleh try cari dekat kedai jual ikan & binatang peliharaan…mungkin ada jual

    kalau nk banyak..kena try cari kat alamat di atas la…try ler ushar kat area sana

  8. PEMBEKAL BURUNG PUYUH DAGING & PENELUR
    893 – 1, Kampung Mak Cili,
    24000 Chukai, Kemaman,
    Terengganu Darul Iman
    Tel : 019 – 967 2789,
    Email : puyuhmaju@yahoo.com

    Membekal : – anak-anak puyuh pedaging & penelur / daging segar / telur / sangkar bertelur / makanan ( permulaan hingga matang )
    Lain-lain : – sedia menerima tempahan
    – khidmat nasihat & perunding bagi yang ingin menceburi dalam bidang ternakan puyuh.

  9. Salam Bos,
    Saya telah ke alamat ni:
    Kg. Sg. Serai,
    Kuang, Gombak,
    Selangor
    Tapi… Ternakn puyuh disini telah ditutup sudah sekian lamanya.
    Harap kengkawan lain tidak ketempat tersebut & harap alamat diatas di delete supaya tiada lg kengkawan yg pergi & pulang dgn tangan kosong.
    Selain dari alamat diatas, ada x tempat lain dikawasan KL/SELANGOR yg mana kita boleh mendapatkan bekalan.
    Kat kedai ada, tp… mahal!!!

    • salam…
      kami baru start bela burung puyuh
      adelah dalam seribu ekor….
      cube2 nak try niaga….
      skang bru nak cari market….
      1 ekor rm2.50 siap proses..
      telur puyuh – sebiji rm15cen…
      anak puyuh – harga ikut umur… minimum 1hari rm60cen…

      lot3482 lorong beringin kuang
      sungai buloh selangor…
      dalam kawasan boleh hantar….

      016-6219995-adeq

  10. Trima kasih atas ke update tan perkara diatas.

    Untuk pengetahuan Bos, Website ini menjadi rujukan saya yg utama.

    Terima kasih kerana menyediakan website ini.

    Jika tidak keberatan, bolehkah Bos mendapatkan alamat pembekal puyuh telur dikawasan selagor/KL, di kedai burung mmg ada, tp… harganya rm2.50/ekor… berbaloikah untuk dibeli?

  11. Salam Bos.

    nak tanya sikit.

    1: camne nak tau puyuh tu benar2 sihat?

    2: Saiz jaring antara mata ke mata brapa inci?

    tu je.

  12. Salam Bos…

    Nak tanya sikit.

    Apakah cara terbaik utk menghalau lalat yg menghurung najis puyuh?

    Harap dpt juga pendapat/petua dr kengkawan.

    tqtqtq

  13. Sy baca penerangan diatas td agk keliru skt…saudara ckp puyuh jantan tidak diperlukan….adakah puyuh jantan tidak diperlukan untuk persenyawaan dengan betina?, klu pk logik mcm mana puyuh betina nak btelor klu takder jantan…

  14. saudara amin,
    ttg puyuh betina bertelur tanpa jantan.
    puyuh betina tersebut telah diberi makan sejenis makanan khas utk si betina bertelur tanpa jantan..
    bukan puyuh sahaja…
    ayam, itik..
    utk pengetahuan saudara, telur ayam,itik & puyuh yg ada di pasaran itu semua telur tanpa jantan, dimana telur itu tidak bernas jika dieramkan.

  15. hye…
    bley saya tau harga untuk puyuh disarawak brp??
    sbb kami dpt bekalan anak puyuh agak mahal,jadi kami terpaksa jual dgn harga yg agak mahal juga…

  16. salam semua
    ana nak bertanya pasal puyuh juga.
    ana kompiusla kedai ana beli puyuh cakap tempoh bertelur 45 hari
    tapi ana g kedai lain plak dorg ckp
    puyuh akan bertelor bila matang dalam usia 2,3 bulan jd mn 1 yg sebetulnya?
    dan cara pemakannan yg mcm mn bg anak puyuh yg berumur 1 bulan? perlukah diberi makan makanan untuk besar sampai usia 2,3 bulan baru bagi makanan untuk ia bertelur???

    harap siapa yang mahir tolong jawap yer
    email: reunion_unic@yahoo.com.my

  17. Saya ternak puyuh kecil2lan, saiz approx. 200 ekor. Puyuh ternak utk telur, jualan utama telur, daging puyuh pencen, sumber anak puyuh dari telur yg dieram sendiri.

    Ada inkubator telur utk approx 70 biji. Kadar penetasan dlm 60%. Pengeluaran anak puyuh dlm 40 ekor. Eram utk 18 hari.

    Pengeluaran telur dlm. 50 biji sehari. Bina reban sendiri, size 2×1 m, ada 2 reban, 80 ekor/reban (agak sesak).

    Start dgn try and error (website ini antara rujukan, Trimas). Suntik modal setiap bulan terutama utk makanan (RM40/bag 25kg). Sebulan perlu lebih kurang 5 bag. Skrg hasil jualan telur dan daging dah boleh pusing modal.

    Selalu sort nisbah jantan:betina. Pakai nisbah 1:5. Jantan lebih kasi sembelih – jual. Sorting penting utk elak pergaduhan (boleh mati) dan jimat makanan puyuh.

  18. Wan Zaini bin Wan Mohamad 2314, Kg. Larak, Pendek,
    15100 Kota Bahru,
    Kelantan

    makluman!!! tempat ini juga telah ditutup admin tolong update!!!

    dan bagi sesiapa yang tahu pembekal puyuh area kelantan sila contc saya
    reunion_unic@yahoo.com.my @ tglkan komen disini

  19. Salam sekalian… saya berminat untuk berkecimpung dalam penternakan puyuh telur dan daging, boleh tak sesiapa yang ada complete guide untuk berkecimpung dalam business ini? salam..

    • slm k.eton..klu minat baik uat cara kecilan dlu..info kt tenet nih x same btul ngan kita praktik kat sangkar nnt..plg penting reban @bgsal
      & jenis puyuh yg nk diternak tu..

  20. Salam, saya ada beli 200ekor anak puyuh 1rm sekor di Lunas ,sampai serendah hidup 18 ekor. akhirnya tinggal 6 betina 2 jantan jadi baka. kini saya dlm proses membiak. sudah ada 25 betina. boleh eram 100biji seminggu. dah berjaya nanti saya hubungi lagi. wasallam

  21. salam, saya badli siswazah dari UTeM, sekarang ada membuat penternakan dan pengedaran daging puyuh sejuk beku. jika ada pertanyaan atau ingin menjadi pengedar daging burung puyuh, sila lah berhubung di laman blog sy di http://puyuh-quail.blogspot.com/ atau sms sy ditalian 0197548012

  22. Hye…kat mana nak dptkan nak puyuh di jb? especially area ulu tiram & yang berdekatan. Sya bela 2 ekor anak puyuh liar. Sekor mati baru 2 hari. Dah cukup panas & makan. Nape Ek???

  23. Salam, saya ada memebekalkan telor puyuh dan juga daging puyuh untuk pasaran di kuantan dan kawasan sekitar. Jika ingin bertanya dan bertukar – tukar pandang mengenai burung puyuh nie boleh la berhubung melalui no hp di bawah. Tahniah kpd admin yang dapat membangunkan web yang bermaklumat seperti ini.

    PEMBEKAL TELUR PUYUH
    285, FELDA BUKIT GOH,
    JALAN SUNGAI LEMBING,
    KUANTAN
    Tel : 013 – 9301139
    Email : reez80@gmail.com

    Membekal : Telur puyuh dalam pelbagai kuantiti. Untuk pasaran di sekitar Kuantan, Kemaman, Pekan, Gambang dan lain – lain tempat.

  24. Salam persahabatan dari saya,
    Saya guru Pengeluaran Ternakan di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Juga melaksanakan projek penternakan puyuh untuk pelajar-pelajar sekolah saya.

  25. Askum…

    1. Saya nak tahu apakah beza antara puyuh pedaging dgn puyuh penelur?

    2. Yang manakah lebih berkualiti antara puyuh pedaging dgn puyuh penelur?

    3. Pasaran yang manakah lebih baik antara puyuh pedaging dgn puyuh penelur?

    4. Dimana saya boleh dapatkan induk2 puyuh pedaging dgn puyuh penelur di terengganu?

    • penelur selain drpd bertelur ,bila dh tua @ kurang telur, puyuh tu akan dijual dipasaran kira mcm puyuh pencen jg..tp saiz nye biasa kita tgk kat pasa mlm tu..yg tu kt muar rm13 utk 10 ekor.

      lg satu puyuh penelur/pedaging saiz sama tp potong dlm umur 6mggu..kira rupa mgkin sama ,tp rasa lobih sodap..yg ni rega kt muar rm18 tuk 10 ekor.

      puyuh yg besa tu mmg jenis pedaging.

  26. KAMI pembekal TELUR puyuh,BAKA puyuh,INKUBATOR,CENDAWAN.. yg betapak d lembah klang.. untk kterngn lanjut kami jmy 013-3363853,, ujang 012-6755539

  27. Pingback: Bincang - Burung Puyuh. - Page 25 - BicaraJutawan.com: Portal Finance, Investment & Business

    • w.salam..tumpang lalu ye..
      byk beno kemuskilan nie..
      1.modal? bergantung pd rega benih kt tempat ambil
      kmpem x sama hrga.
      2.besar reban? ,cara kg 1″persegi tuk sekor dwasa
      3.dedak -kwn kurang pasti..rujukan dgn praktik mcm x sama..burung nih mmg sentiasa mkn..he he..
      x ckup mkn nnt..abes dimakan kwn2 nya..pening tu.
      4.gmbr reban kt goggle image bule dpt..

  28. salam

    boleh tau EM tu apa…..sejenis bahan kimia ke? kat mana nak beli?

    vaksin2 untuk puyoh beli kat mana ya?

    alat2 seperti brooder dan makanan beli kat mana?
    tolong bagi link kalau ada yang tau. berminat na bela puyuh. tengah kumpul info dulu. TQ

    inna142@gmail.com

  29. salam perkenalan..uat kwn2 suma..bznes ni kene rajin ngan cepat..rega ank puyuh x sama..tgk brp umur masa jual..
    kt tempat aku ankpuyuh daging umur dh 3mggu jual
    0.60..bela 2mggu bole potong jual.

    kalo nk uat penelur, jgn uat byk sgt utk permulaan..pastikan burung tu bertelur dlu..
    reban xle besar &luas x betelor nnt..itu burung yg mmg dh bertelor rega dlm 1.70 sekor.

  30. EM 2 bkn sejenis bahan kimia ttp adalah sejenis bakteria baik yng memcepatkan pembesaran ternakan dan mmpu menghilang bau najis binatang..EM juga boleh menghalang lalat atau serangga2 kecil menghurung najis ternakan..EM boleh didapati di jabatan veterinar..TETAPI MST INGAT,cara untuk mengaktif kn EM tersebut mst btl mengikut sukatan yang telah ditetapkan..jika sukatan tidak betul,bakteria didalam EM tersebut tidak akan aktif..sy juga ade menjual em yang telah aktif yang dipanggil EMAS..untuk maklumat lanjut hubungi sy 012-2443394 (abu)..

  31. sy nk tanye kt mane pembekal puyuh di kedah???sy perlukan pembekal & pemborong puyuh di kedah dgn segera.sila kol sy secepat mungkin..urgent…0193696764(amir)

  32. Saya berminat mengkaji potensi projek puyuh telur. Permintaan terhadap telur puyuh dikawasan saya sangat tinggi…boleh saya dapatkan maklumat di mana saya boleh dapatkan baka puyuh telur disekitar kawasan klang,selangor.terima kasih

  33. di mna sya nk dapatkan benih anak puyuh??…sya tinggal di area gelang patah…di mnakah lokasi yg brhmprn dgn tmpt tinggal sya ni??….hrp2 bls…

    • kat johor lagi sng…g institut kemajuan ternakan ayam…HQ dia kat johor…tapi alamat lng kap kne surf kat internet..

  34. saya ada 30 ekor puyuh 28 betina 4 jantan
    yang jantan tu sy nk sembelihkan aje ker,,ty tokey kdai jantan xder guna
    guna utk eram telur jer,,mcm mn sy nk wat ni?

  35. Nak tanya average harga anak puyuh berapa RM seekor harga pasaran? minat juga nak bela tapi bila dok survey2 kat luar tu..mahal sgt la..seekor antara RM2.00 – RM2.50. Berbaloi ka klu beli.. sy tinggal di Kajang.. mana boleh dpt anak2 puyuh tu.. harap dpt bantu.

  36. salam.. Wak da 3bln bela puyuh penelo dlm 100 ekor..alhamdulillah menjadi..sj2 je bela wat ilang bosan.. Kalau nk wat ank puyuh cane ae?tolong bg info ya..makaseh

  37. LCZ Enterprise
    Kampung Tok Salam,
    Mukim Tekai Kanan,
    06350 Alor Setar, Kedah
    Tel : 016 – 4040861, 04-7853195
    Email : skafi_django@yahoo.com

    Membekal : – anak-anak puyuh pedaging & penelur / daging segar / telur / makanan ( permulaan hingga matang )

    Harga anak puyuh serendah RM0.49/ekor.

    Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

    Perternakan adalah perniagaan..masa itu emas..usaha tangga kejayaan..

  38. AIZA FARM
    lot3482 lorong beringin
    bt17 kuang sungai buloh
    selangor darul ehsan
    tel 016-6219995 012-6255664 airul/miza

    anak puyuh-rm60cen umur 1 hari
    daging puyuh segar- rm25 10ekor
    telur sebiji rm15cen

  39. Assalamu’alaikum.

    Di Kuala Terengganu dekat mana boleh dapat puyuh telor? Saya berhajat untuk buat ternakan dlm sekala sederhana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s