
Pemeliharaan itik penelur mula diusahakan pada tahun 2006 secara kecil – kecilan dengan permulaan sebanyak 100 ekor. Tidak ramai yang menceburkan diri dalam penternakan ini khususnya penternakan secara komersial. Melalui projek ini, KWG memberi bantuan modal dan sokongan serta dorongan kepada individu OKU ini.
Anak itik dipelihara sehingga berumur 3-4 bulan sebelum dilepaskan ke sawah dan tanah lapang yang dilingkungi pagar. Kebiasaannya pelepasan itik ke sawah adalah pada peringkat selepas menuai padi, permulaan putaran tanah atau sebelum menabur benih padi.
Program ternakan itik penelur secara komersial akan diperluaskan pada tahun 2008. Ternakan ini akan diperluaskan sehingga mencapai diantara 1,000 – 5,000 ekor mengikut keluasan kawasan ternakan.
Selain dari mengusahakan pengeluaran telur itik, itik ini juga disembelih dan dagingnya akan dijual di pasar dan ada juga yang datang ke ladang untuk membeli itik hidup.
Tujuan Perlaksanaan Projek
Perlaksanaan projek ternakan itik untuk mewujudkan lebih ramai usahawantani dari golongan OKU, mempelbagaikan sumber pendapatan melalui ternakan itik penelur secara komersial dan meningkatkan pengeluaran telur itik serta mempergiatkan industri hiliran berasaskan telur itik.

Lokasi projek
Bagi program Kawalan Pengurusan Perosak Secara Bersepadu, tumpuan adalah di kawasan sawah padi yang terdapat serangan Siput Gondang Emas atau terdapat padi angin.
Projek Komersial
Program ternakan secara komersial pula akan diberi tumpuan kepada peladang-peladang yang memiliki keluasan kawasan yang sesuai dan berdekatan sumber air. Pemilihan adalah berdasarkan ciri-ciri ialah mampu menyediakan kemudahan asas seperti reban dan kawasan kandang ternakan yang mencukupi, persekitaran yang sesuai(berdekatan kawasan sawah dan persisiran pantai yang mempunyai sumber air yang baik), melibatkan peladang-peladang dan diberi latihan secukupnya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Status Semasa Projek
Kedudukan kemajuan perlaksanaan projek ternakan itik penelur mulai Januari 2006 hingga 31 Disember 2006, melalui 100 ekor itik telah berhasil menjual sebanyak 20,000 biji bersamaan RM 12,000.00 setahun.
Strategi Pelaksanaan Projek
KWG mempelawa individu yang ingin melabur secara ihsan dengan minima RM5,000.00 bagi menjana modal tambahan untuk memperkemaskan lagi struktur ladang ternakan dan membeli peralatan keperluan tanpa meminjam dengan institusi kewangan yang melibatkan bayaran yang tinggi. KWG akan menguruskan pelaburan yang diterima dan akan mengagihkan keuntungan projek selepas setahun kewangan projek. Agihan adalah bergantung kepada untung / rugi perniagaan ini.
Selain dari itu, KWG akan mewujudkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan, industri hiliran berasakan telur itik, rangkaian pemasaran dengan kerjasama pihak FAMA / swasta, menyertai latihan dan membangunkan sumber manusia di peringkat penternak.
Pengurusan Projek
Aktiviti penternakan ini adalah di bawah bimbingan pegawai bantuan khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Bagi memastikan penternak mendapat manfaat daripada projek ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang sedia ada akan meneruskan pemantauan dan penilaian kemajuan ternakan di samping memberi cadangan-cadangan serta panduan ternakan yang sesuai.
Analisa Keperluan Tenaga Kerja

Berdasarkan kepada amalan biasa keperluan tenaga kerja bagi menjayakan projek ini ialah untuk ternakan komersial kurang 1,000 ekor memerlukan 2 orang tenaga kerja, ternakan 1,000-2,000 ekor memerlukan 3 orang pekerja sementara 2,000-3,000 ekor perlukan tenaga kerja seramai 4 orang.

Pemasaran
Buat masa sekarang, pemasaran hasil ternakan telah dibuat disekitar kawasan ini sehingga ke jajahan terdekat. Kedudukan harga jualan telur itik dan saluran pemasaran masa kini ialah secara borong 0.50 sebiji. Sekiranya ada di kalangan peniaga di luar Kelantan yang inginkan kuantiti telur yang banyak, mereka boleh hubungi Pengurus KWG, En. Mazlan Bin Ab. Rahman di talian 014-8146661 atau email : kitabwaima@kitabwaima.com atau Faks : 09-744 0003
Oktober 28, 2007 at 6:14 am
Kelate.
Kampung ambo!
Tumpe lalu…hehe
November 22, 2007 at 10:16 am
saya ahmad husaini dari kajang selangor.saya berminat utk menternak itik telur dan itik pedaging ini.utk pengetahuan tuan saya mempunyai tanah yg bersebelahan dgn kaw lombong.adakah ianya sesuai atau tidak?bagaimanakah caranya saya ingin memulakannya?adakah saya perlu menghadiri mana2 kursus?saya memang amat berminat utk menjalankan projek ini.
November 23, 2007 at 10:20 am
En Ahmad Husaini,
Lokasi ternakan tu dah kira strategik krn berdekatan denga punca air. Di dalam blog ini ada panduan bagaimana untuk memulakan projek ini…Di kawasan lombong tu, Encik jgn lupa pasangkan jaring utk halang itik2 dari terkeluar dari kawasan…Nanti saya update lagi pasal ternakan itik ni.
Kursus pun ada dijalankan…persendirian mahupun kerajaan. Utk pengetahuan, saya syorkan sdra menghadiri kursus tersebut. Sebagai tambahan, sentiasa berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Haiwan Daerah yg terdekat..
Februari 5, 2008 at 11:58 am
Asalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Azmi. Saya kini sedang menuntut di UPM Bintulu dalam program Diploma Pertanian. Saya mempunyai keinginan dan matlamat untuk menceburi bidang berkaitan dengan ternakan itik. Galakan ini telah diberikan oleh bapa saudara saya yang kini beliau pun baru memulakan projek penternakan itik penelur, pedaging dan baka. saya ingin mengetahui maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penternakan itik ini dengan lebih lanjut. Saya memohon sumbangan jasa dari pihak tuan dalam membantu saya untuk mencapai matlamat. sumbangan idea tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. wasalam.
Februari 6, 2008 at 9:30 am
Asalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya hatta.Sekarang saya bekerja sebagai
juruteknik di Melaka.Saya amat berminat dengan penternakan itik ini setelah melihat sendiri bagaimana seorang kawan saya yang telah mengusahakannya selama setahun lebih.Beliau sekarang telah mengutip hasil yang agak lumayan dan berhasrat menambah lagi ternakkan beliau dari 100+ kepada 500 ekor.Dengan ini membuat saya rasa amat berminat dengan penternakkan itik penelur ini.Saya bercadang untuk mengusahakan penternakkan ini di Kuala Trengganu.Saya memohon jasa baik dari pihak tuan untuk membantu saya menjayakan projek penternak itik ini,sekian ribuan terima kasih .
Mac 30, 2008 at 6:30 pm
Assalamualaikum..
»
» Bekalan anak itik diperolehi dari luar negeri seperti Perak, Penang, Johor.
- Di Terengganu – Kedai juaalan burung dan makanan ayam telah mengimport anak itik berkenaan.Harga saya x tahu.
- Jabatan juga berikan perkhidmatan tolong beli dari Negeri Perak. Harga anak itik penelur umor sehari RM 3.00 seekor. Jika berminat boleh hubungi Unit Unggas Negeri atau JPH Daerah yang berdekatan.
- Sumber anak itik yang jabatan tolong beli ialah dari Negeri Perak iaitu Teoh Choon Leng, No. 21, Taman Assam Kumbang Jaya, 34000 Taiping, Perak. Tel: 05-8067787.
Sekian, terima kasih.
April 8, 2008 at 10:46 am
assalammualaikum….
saya seorang juruteknik di salah sebauah jabatan kerajaan…
saya sangat berminat untuk menceburi bidang ternakan itik telur ini.. soalan saya ialah:-
a) dimanakan saya boleh mendapatkan bekalan anak itik di kawasan pahang (pekan@kuantan)
b) bagaimanakah dengan pasaran telur itik?
c) berapa lamakah Itik akan mula bertelur?
d) berapa lamakah tempoh itit yang sedang bertelur sehinnga digantikan dengan anak itik yang baru?
dii harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan…
sekian terima kasih
April 9, 2008 at 10:28 pm
1. Penglibatan bumiputra dalam itik penelur amat menggalakkan jika dibanding dengan itik pedaging. Ini bukan bermakna tidak ada kaum bumiputra yang pelihara itik pedaging, tetapi hanya terdapat segelintir sahaja di pantai timur.
Permintaan telur itik masin adalah sepanjang tahun tetapi harga pasaran adalah mengikut musim. Bulan ramadhan permintaan telur itik masin adalah lebih tinggi daripada bulan yang lain dengan itu harganya mahal sehingga RM0.80 sebiji. Kos pengeluaran telur itik masin ~RM0.25sebiji dan harga pasaran borong ~RM0.35. Pada keadaan biasa (bukan bulan ramadhan) harga pasaran ~RM0.50-0.60 sebiji.
Bekalan Baka itik , sila hubungi Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras, Sg. Buluh, Selangor: 03-61568105 dan 03-61568372
2. Pasaran dan permintaan bergantung kepada kualiti telur dan harga yang ditawarkan dan juga perkhidmatan yang di beri kepada pelanggan. Ini adalah tanggungjawab seseorang pengusaha. Jika ia ingin kekal dalam bidang ini secara berterusan, ia akan mempastikan kualiti telur dan harga jualan adalah terjamin dan perkhidmatan pelanggannya memuaskan. Tidak ada halangan bagi kaum wanita untuk menceburi bidang ini, malah adalah digalakkan. Telur itik boleh dijadikan bidang industri asas tani seperti pembuatan telur masin dan kuih-muih seperti buah hulu dan lln.
Risiko mengikut keadaan. Kalau berlaku penyakit itik, ia akan menjejaskan prestasi pengeluaran telur. Kebanyakan berlakunya penyakit adalah disebabkan pengurusan ladang yang lemah (man-made disease). Kos makanan itik adalah mahal ~RM75.00 /50kg beg. Kalau nak rumus makanan sendiri boleh, tetapi kena tahu bahan-bahan yang perlu digunakan, dimana sumber bahan tersebut dan kaedah percampurannya. Bab ini sila rujuk Bhg. Ternakan, MARDI, Serdang.
anda boleh juga rujuk di link berikut: http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/panduan-ternakan-itik/
Jun 16, 2008 at 10:40 am
assalam..
sy telah mula menternak itik sebanyok 50 ekor jer…
mcm mana nak kurangkan bau busuk najis itik nie? utk makluman sy ternak di kawasan kejiranan…
Julai 31, 2008 at 10:30 am
hai………….
untuk maklumat saudara… saya telah memulakan menternak itik di kawasan kg Ramuan cina di Melaka. Sekarang ini ade lebih kurang 300 ekor. Justeru itu.. minta tolong tok guru macam mana peringkat permulaah untuk memasarkan… ternakan tersebut…
siapa yang memerlukannya di itik di kawasan melaka boleh menghubungi 0176098327 … shah.
Ogos 21, 2008 at 2:11 pm
saya berminta dalam bidang penternakan sejak alam persekelohan lagi. saya dalam proses untuk membeli tanah 1 atau 2 ekar. saya ingin mencuba bidang penternakan itik secara kormersil. adakah tuan mengetahui mana-mana syarikat yang menyediakan perladangan secara kontrak. ia bertujuan memudahkan saya menjual pasaran.bolehkah tuan memberi maklumat
Ogos 21, 2008 at 2:15 pm
saya berminat dalam bidang penternakan sejak kecil lagi. saya ada terdengar tentang perladangan itik secara kontrak. saya ingin menceburi bidang ini secara kormersil. bolehkah tuan memberi maklumat bagaimana jika saya mahu terlibat dalam perladangan itik secara kontrak
September 20, 2008 at 9:49 am
Saya ingin mencari rakan kongsi yang berpengalaman untuk menternak itik di Kelantan. Sesiapa berminat sila hubungi saya. Kalau dapat hendak mulakan projek ini dalam jangkamasa sebelum akhir tahun ini atau selewat2 awal tahun 09
September 22, 2008 at 11:49 am
Saya berminat tetapi tidak mempunyai kawasan yang bersesuai.
Oktober 11, 2008 at 11:13 pm
Salam En Omar, anda tinggal di mana? Saya telah memulakan projek itik telur ni di Kelantan dengan jumlah permulaan 2000 ekor itik.
Julai 15, 2010 at 3:48 am
SAlam
kami memebekal anak itik,anak ayam dedak ayam dan hampas soaya sesuai utk itik kalu berminat cll saya 0169704360
dedak ayam juga ada serta dedak lembu dan kambing
Ogos 24, 2010 at 9:09 am
encik dkt kawasan mane.sbb sy berminat nk beli anak itik
November 4, 2008 at 4:15 pm
Adakah En azmi masih mencari rakan kongsi menternak itik. Sbb sekarang ni saya dah menternak itik dan ingin memgembangkan bidang penternakan itik telur ini… 017- 432 7228 @ 019-907 8228.
November 4, 2008 at 7:02 pm
rubie…saya berminat untuk menternak itik telur..tapi makananya mahal sgt..boleh ke untung …?
November 12, 2008 at 2:20 pm
saya ingin berkongsi pengalaman dengan yang berminat memelihara itik. suami saya dapat menjimatkan kos makanan dengan mengambil nasi2, remah-remah di sekolah berasrama. jadi kos membeli makanan dapat dikurangkan. cuma di peringkat tertentu sahaja dedak telur akan dicampurkan dengan nasi untuk tujuan itik memulakan proses bertelur. setakat ini pendapatan yang diperolehi dari telur itik alhamdulillah. kami bela tak banyak, dalam 200 ekor lebih ikut peringkat. ada yang dah matang, ada yg baru. seminggu telurnya adalah dalam 300-350 biji. dapatla jual telur biasa dan telur masin.
November 12, 2008 at 3:50 pm
saya sedang mengusahakan penternakan itik telur walaupun kadangkala timbul masalah kerana kekurangan modal.
sekarang itik2 saya telah bertelur. Tetapi saya menghadapi masalah pasaran.
seperkara lagi, betul ke telur itik ni x boleh dicuci?
November 27, 2008 at 4:41 pm
wak dah buat projek itik telur 500 ekor. wak cadang nak besarkan lagi projek sehingga 3000 ekor. cam ner cara dan kat mane nak dapatkan bantuan modal kalo boleh yang percuma?…
Januari 21, 2009 at 8:15 pm
saya ingin bertanya..saya pelajar diploma pengurusan perniagaan,dan telah memilih penternakan itik bagi final projek,dan rancangan perniagaan..saya tiada pengetahuan dalam bidang penternakan itik dan sedang membuat reserch mengenai itik pedaging dan itik penelur
Februari 12, 2009 at 7:40 pm
Malas nak type balik, baca je la kat post2 terdahulu kat forum2 ni.
http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=1491&page=7
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=67082&highlight=itik+penelur&page=4
Februari 22, 2009 at 3:57 pm
Saya berasal dari seberang ,saya ada pengetahuan pengalaman membuat alat tetas telur ,menetaskan telur menternak itik petelur.Saya tinggal di Port klang . sape yang minat Hub En.Naserun 0143224842
April 7, 2009 at 10:59 am
saya na tahu macammana penjagaan itik telur dan mana nk dpatkan benih yang baik,…terima kasih.
April 24, 2009 at 9:07 am
salam..
sy tQa dr pum melaka mrsm tgb..nk tny pcl projek ney..klu bley bg sy cket mklumt pcl projek ney n cre2 nk jd ejen or anythink..
k, dats all..thnx..eply me,A.S.A.P..
Mei 15, 2009 at 2:27 pm
salam..sesuaikan tap zink digunakan untuk reban itik..dikawasn sawah padi..takut itik kepanasan waktu tghari nanti..
Mei 20, 2009 at 10:45 am
salam, saya cadang nak bela itik secara komersel, ada x sesapa yg ternak di SELANGOR & N SEMBILAN. saya nak buat visit sambil belajar.. bole tinggalkan no hp nti saya contact. or sms saya, saya call back.. tq friends
Mei 20, 2009 at 10:46 am
lupo bg no.. 019-9137685- anuar
Mei 21, 2009 at 1:45 pm
hi..
saya baru mendapat info mengenai penternakan itik ni. saya mempunyai tanah seluas 1 ekar di kelantan. kawasan tanah ini adalah tanah sawah.
soalan saya
1. adakan kawasan tanah ini bersesuaian
2. macammana nak menguruskan tanah saya dan tanah orang sekeliling.
3. berapa modal permulaan utk memulakan penternakan ini
Mei 25, 2009 at 1:00 am
saya sudah lama berminat untuk mengusahakan ternakan itik penelur. saya sudah memohon untuk menyertai kursus berkaitan tetapi masih belum ada sebarang tawaran. sekiranya sesiapa mempunyai maklumat berkaitan kursus, silalah hubungi saya secepat mungkin.. saya sudah mempunyai tempat yang sesuai untuk ternakan di tanah merah,kelantan. saya hanya perlu mengikuti kursus bagi membolehkan saya membuat pinjaman. (017-2348929/019-2925607)-alwi. terima kasih.
Mei 26, 2009 at 6:52 pm
saya ada berminat tentan ternak itik
boleh emil peper wok
Mei 28, 2009 at 10:52 pm
MEMBEKALKAN ANAK ITIK TELUR SERTA ANAK AYAM KAMPUNG.
BERKEMAMPUAN MEMBEKALKAN DLM KUANTITI YANG BESAR 1000-8000 EKOR SEBULAN.PADA KOS RM4.50/EKOR ITIK DAN RM2.50/EKOR AYAM.
LOKASI N9.
BERMINAT HUBUNGI:
017-3021542
0176101956-HARIS
Ogos 24, 2009 at 3:32 pm
salam
saya ada itik telur sebanyak 250 ekor dan dah boleh bertelur. masalah sy sekarang itik saya kurang bertelur sehari paling banyak 30 biji itu pun sebulan sekali manakala penah sahari hanya 3 sahaja. secara purata seharian 10-15 sehari. sesiapa leh membantu saya dalam perkara ini. pemberian makan campuran dedak itik + jagung + hampas padi + kelapa. tq
November 11, 2009 at 7:59 pm
REZEKI KETENTUAN ILLAHI,DAH MENCUBA TAPI TAK BERHASIL ,JAWAPAN NYA DOA DAN SABAR INSYALLAH PASTI MAHA PEMBERI.
Januari 19, 2010 at 6:53 pm
PENDAPAT SAYA CUBA BAGI MAKANAN TERNAKAN BERBENTUK PALLET YANG KHUSUS UNTUK ITIK PENELUR DALAM TEMPOH SEBULAN BAGI TUJUAN UNTUK MERANGSANG ITIK BERTELUR.MELALUI CARA INI JUGA KITA DAPAT PASTIKAN ADAKAH ITIK TELUR IM MAMPU BERTELUR ATAU TIDAK.
November 11, 2009 at 7:50 pm
TERNAKAN ITIK YANG ADA SEKARANG AMAT DI KHUATIRI KEBERSIHAN NYA.TELUR ITIK YANG DI JUAL DI PASARAN DAN ITIK YANG ADA AMAT MENGECEWAKAN. MALANG NYA RAMAI YANG TIDAK SEDAR TENTANG PEKARA INI.CARA MEMPROSES DAN MENTERNAK.YANG PENTING SEBAGAI UMAT ISLAM DAN MELAYU HARUS SEDAR.JANGAN DI BIAR KAN IA NYA BETERUSAN.
November 11, 2009 at 7:55 pm
ITIK OH ITIK APAKAH MAKANAN KAMU.HALAL ATAU TAK HALAL YANG DI BERI KEPADA KAMU.KALAU HALAL ATAU TAK SIAPA TAHU.HANYA TUAN NYA YANG TAHU.HARI INI KAMU DAPAT MAKANAN HALAL ESOK ATAU LUSA BELUM TENTU.TAPI TELUR KAMU TETAP DI JUAL KE SERATA ALAM TAK KIRA DARI MANA DATANG NYA.
November 16, 2009 at 9:46 am
Salam. saya berminat nak menternak itik telur ni secara komersial. Dimana saya nak jual telur yang banyak nanti. Harap rakan sekalian dapat membantu.
Disember 8, 2009 at 6:21 am
Salam dari Razak Liasari.
Kami mengajar menternak secara percuma.
Kami mengedar anak benih itik penelur khaki campbell RM 3.75 dan itik pedaging muscovy / serati RM 3.75.
kAMI JUGA MEMBANTU MENJUALAN ITIK DAN TELUR.
Ladang semi komersial kami seluas 6 ekar di Kpg Ulu Lepar ,Raub Pahang dan pejabat d KL,
sILA LAYARI http://www.unggasliasari.com
Boleh hubungi saya 012 2269119 019 2299119 03 92004828
Mac 5, 2010 at 6:40 pm
saya ada mengushakan ternakan itik telur sebayak 500 ekor,sekarang sudah 2 bulan mula bertelur 270~320 biji sehari dan saiz telur semakin membesar..masalahnya sekarang adalah dari segi pemasaran (kurang)kerana persaingan dari pembekal yg telah sedia ada.Ini meyebabkan telur itik saya menjadi busuk jika lambat dipasarkan …Boleh kah tuan membantu saya dari segi pemasaran untuk meyelesaikan masalah saya ini..
Mac 3, 2010 at 10:17 am
saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang penternakan itik kerana saya amat meminati kegiatan ini.
Mac 3, 2010 at 10:21 am
selain itu saya juga bercadang untuk memelihara itik n lau boleh saya nak tunjuk ajar dari tuan.. itu pun lau tak keberatan..
Mac 10, 2010 at 10:12 pm
Hi! Saya baru terbaca pasal itik penelur nie..ada tak ladang peternak itik nie area KL/Selangor?ada x program mcm praktikal/keje sementara(latihan)ditawarkan oleh usahawan2 itik yg berjaya utk individu/graduan yg berminat??
Mac 24, 2010 at 1:35 pm
salam…hmmm firstly saya nak gtau saya ni bdak ipta umur baru 20 thun.minat pasal bela itik ni sejak kecil lagi…mslah saya skang saya xda modal nak mulakan perniagaan ni.pasal tanah insyaAllah ada walau x luas sangat…mcm mana nak dapatkan modal.mcm mana nak pasarkan product???
April 8, 2010 at 12:05 pm
saya ingin tahu ada berapa jenis itik ?apakah jenis itik sesuai diternak ?
Jun 8, 2010 at 5:28 pm
tahniah mie.selamat maju jaya
September 15, 2010 at 4:37 pm
bagi sesiapa memerlukan anak itik telur rm 3.50 seekor. dan saya juga mencari itik muscovy /nila besar yang untuk dijual. hubungi saya 0196857002
Oktober 20, 2010 at 2:38 am
salam…lin,sy dr UMK,peg.chepa..boleh sy tau ank itik tu species apa?..
Oktober 20, 2010 at 9:28 pm
khaki campbell
November 6, 2010 at 3:58 pm
sy memerlukan bekalan anak itik penelur di kawasan melaka.untuk permulaan sy memerlukan 100 ekor anak itik penelur.diharap dapat jual kepada sy dengan harga yg memuaskn kerana sy br berjinak jinak dlm bidang ini..hubungi sy 019-2658126 johan
Mac 31, 2013 at 11:54 pm
Menjual itik daging yang berminat hubungi saya 0133301541
Mei 17, 2013 at 12:00 am
saya ada menternak 10000 ribu itik pedaging..yang berminat untuk membeli sila hubungai sayaja