Projek Ternakan Itik Penelur & Pedaging Di Kawasan MADA
Pemeliharaan itik penelur (Khaki Cambell) mula diperkenalkan pada tahun 2002 bagi tujuan pengawalan pembiakan Siput Gondang Emas (Pomacea canaliculata) dan kawalan infestasi padi angin di kawasan Muda. Peladang-peladang yang terlibat dengan program ini diberi bantuan anak itik di antara 40-50 ekor seorang. Pihak MADA telah mengagihkan sebanyak 5,040 ekor anak itik kepada peladang-peladang PPK D-IV, Permatang Buloh dan PPK B-IV, Pengkalan Kundor pada musim 1/2002.
Anak itik dipelihara sehingga berumur 3-4 bulan sebelum dilepaskan ke sawah. Kebiasaannya pelepasan itik ke sawah adalah pada peringkat selepas menuai padi, permulaan putaran tanah atau sebelum menabur benih padi.
Program ternakan itik penelur (Khaki Campbell) secara komersial mula diperkenalkan kepada peladang-peladang MADA pada tahun 2003. Setiap peladang terlibat diberi bantuan anak itik diantara 250-1,000 ekor mengikut keluasan kawasan ternakan.
Pada bulan Mac tahun 2005 program itik pedaging jenis Peking telah diagihkan kepada 38 orang penternak memandangkan bekalan itik penelur tidak dapat dibekalkan dari Thailand oleh sebab wabak selsema burung.
Tujuan Perlaksanaan Projek
Perlaksanaan projek ternakan itik di kawasan Muda adalah untuk mewujudkan lebih ramai usahawantani, mempelbagaikan sumber pendapatan peladang melalui ternakan itik penelur secara komersial dan meningkatkan pengeluaran telur itik di kawasan Muda serta mempergiatkan industri hiliran berasaskan telur itik.
Lokasi Projek
Bagi program Kawalan Pengurusan Perosak Secara Bersepadu, (IPM) tumpuan projek adalah di kawasan sawah padi yang terdapat serangan Siput Gondang Emas atau terdapat padi angin.
Projek Komersial
Program ternakan secara komersial pula akan diberi tumpuan kepada peladang-peladang yang memiliki keluasan kawasan yang sesuai dan berdekatan sumber air. Pemilihan peserta adalah berdasarkan ciri-ciri ialah mampu menyediakan kemudahan asas seperti reban dan kawasan kandang ternakan yang mencukupi, persekitaran yang sesuai(berdekatan kawasan sawah dan persisiran pantai yang mempunyai sumber air yang baik), melibatkan peladang-peladang daripada program IPM dan diberi latihan secukupnya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Status Semasa Projek
Kedudukan kemajuan perlaksanaan projek ternakan itik penelur mulai Julai 2003 sehingga Jun 2005 adalah sebanyak 15,000 ekor mula diagih pada bulan Julai 2003 kepada 51 orang peladang dan mencapai kemajuan sehingga Jun 2005 sebanyak 2,750 ekor dengan bilangan peladang seramai 34 orang manakala bilangan telur adalah sebanyak 804,043.
Strategi Pelaksanaan Projek
Pengagihan bantuan anak-anak itik penelur kepada penternak-penternak itik yang berpotensi dan berdaya maju serta menwujudkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan, industri hiliran berasakan telur itik, rangkaian pemasaran dengan kerjasama pihak FAMA / swasta, memberi latihan dan membangunkan sumber manusia di peringkat pegawai dan penternak.
Pengurusan Projek
Peserta-peserta akan menerima bantuan benih daripada MADA dan menguruskan aktiviti penternakan di bawah bimbingan pegawai pengembangan MADA dengan bantuan khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Bagi memastikan semua peserta mendapat manfaat daripada projek ini, satu jawatankuasa projek peringkat Ibu Pejabat, Daerah dan PPK serta Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang sedia ada akan meneruskan pemantauan dan penilaian kemajuan ternakan di samping memberi cadangan-cadangan serta panduan ternakan yang sesuai.
Analisa Keperluan Tenaga Kerja
Berdasarkan kepada amalan biasa keperluan tenaga kerja bagi menjayakan projek ini ialah untuk ternakan komersial kurang 1,000 ekor memerlukan 2 orang tenaga kerja, ternakan 1,000-2,000 ekor memerlukan 3 orang pekerja sementara 2,000-3,000 ekor perlukan tenaga kerja seramai 4 orang.
Pemasaran
MADA dan FAMA dengan kerjasama pihak swasta akan terus membantu peladang-peladang yang terlibat di dalam pemasaran hasil ternakan bagi mencapai harga jualan yang kompetatif. Kedudukan harga jualan telur itik dan saluran pemasaran masa kini ialah secara borong bagi gred A adalah di antara RM 0.28-RM 0.30 sebiji manakala gred B ialah RM 0.23 sebiji. Harga jualan telur secara runcit bagi gred A adalah di antara RM 0.30-RM 0.32 sebiji manakala gred B antara RM 0.25-RM 0.28 sebiji.
Galeri itik;

Ogos 7, 2008 at 12:16 am
salam en. saya ingin beberapa aklumat penting dalam penternakan itik penelur. untuk pengetahuan pihak tuan , keluarga saya turut memelihara beberapa ratus itik penelur. saya juga ingin bertanya bagaimana pemakanan itik pihak en sebagaimana kita tahu harga makanan tenakan di pasaran semakin meingkat. saya mengaharap input daripada pihak tuan . saya harap pihak tuan dapat berkongsi maklumat dengan saya.
Ogos 12, 2008 at 5:03 pm
salam..sy br nk ternak itik pedaging jenis muscovy?adakah pihak tuan menyediakan anak itik dan bagaimanakah pasaran tok itik pedaging?
Ogos 16, 2008 at 11:18 pm
dari malaysia banyak kirim itik peking ke singapura? kalau bapak di sini ada pengalaman ,atau pernah ada info pengiriman telur ke singapura
November 2, 2008 at 10:40 pm
saya baru bercadang nak menternak itik secara besar-besaran.adakah pasaran malaysia dapat membantu kepada p[rojek penternakan itik saya?bagaimana saya nak mendapat modal untuk anak2 itik secara percuma untuk diternak di ladang sya nanti?
Januari 22, 2009 at 1:03 pm
saya penternak yang baru saja bermula menternak itik penelur,dan baru 2 bulan mula menuai hasil (telur).saya mo tanya kenapa/apakah satu kebiasaan itik itu tidak bertelur selepas banjir?
Mei 11, 2009 at 12:26 am
Minta tolong teknik ternak itik muscovy,
Jun 18, 2009 at 9:23 am
salam. Saya bercadang untuk menternak itik peking telur dan daging pada skala 1000 ekor. Saya mempunyai tempat yang sesuai di Kubang Pasu. Bagaimana untuk memohon baka itik dan teknik membelanya. t.kasih
Jun 29, 2009 at 7:05 pm
saya menternak muscovy. tiap bulan jual 1200-1500 ekor muscovy matang. saya juga pernah bela itik peking tapi gagal menembusi pasaran . sekarang pun kena main main dgn cina.
Julai 9, 2009 at 6:02 pm
sy assunaidi n ingin mncari itik jenis muscovy…sblm ini sy mnternak itik jenis peking sbanyak 1500 ekor….sy trtipu oleh pembekal yang mngatakan itik yang sy ternak dari baka mucovy..lokasi pnternakan sy cukup strategik di jalan kuala jerlun daerah kubang pasu.no tel sy 0174259289..0124319289
Disember 24, 2009 at 1:14 am
saya mau bli bibit bebek penelur tp dak tau tempat ny kakalu bole tau di mana jual dan gimana tata cara budidaya bebek tersebut
Januari 27, 2010 at 8:50 am
salam .. saya ingin mendapat maklumat dimana dapat saya pasarkan telur itik .. no tel. 017 – 9031222
Mac 16, 2010 at 12:54 pm
saya nk tanya…cm maner nk bagi makanan yang paling terbaik untuk itik penelur supaya hasil pengeluaran telur memuaskan…ingredent & kuantiti yang paling terbaik…
Mei 21, 2010 at 7:20 am
ANAK MUSCOVY RM 3.80 . BAKA BESAR
ANAK KHAKI CAMPBELL RM 3.80. GRED A
ANAK AYAM BELANDA RM 10.00
ANAK AYAM API API RM 10.00 (WARNA BIASA)
ANAK AYAM API API PIED & LAVENDER TENGOK & BINCANG .
ANAK ANGSA PUTI RM 90.00.. KELABU RM 60.00
Harga adalah bergantung pada usia.
MURNI SHARIFF
03 92004828 03 92835268 PEJABAT KL
0122269119 LADANG RAUB PAHANG
0192299119 PENGURUS
Mei 31, 2010 at 12:21 am
slm,disini saya ingin bertanya kepada pihak tuan dimana saya dapat membeli anak itik penelur khaki champbell dlm kuantiti yang byk kerana saya baru hendak memulakan projek pemeliharaan dan untuk mendapatkan maklumat dimana saya dapat memasarkan telur-telur tersebut.terima kasih.
Jun 28, 2010 at 12:33 pm
Slm, saya baru nak memulakan penternakan itik pedaging dari jenis peking. Disini sy ingin bertanya bagaimana nak mendapat pasaran bagi tujuan tersebut. Adakah itik jenis peking ini mudah untuk mendapat pasaran? Sekian, terima kasih.
Ogos 5, 2010 at 3:41 pm
salam kpd sesiapa yg berkenaan saya ingin bertanya dimanakah boleh mendapatka baka itik penelur dan apakah ada sejenis vitamin yg boleh memastikan itik penelur betahan atau hidup lebh lama dan lasak t.q
Oktober 4, 2010 at 4:42 pm
salam, sy dari johor berminat utk menceburkan diri dalam ternakan itik maskovi… bole sy dptkan harga anak itik maskovi utk 500 ekor… dan berapa nilai pasaran telur itik maskovi. tq
hubungi sy di talian : 0177196404..
Julai 25, 2012 at 12:45 pm
salam….sy bercadang hendak memelihara itik telur….mcmna sy nk mulakan dl?adakah sy kena ikuti kursus apa2 dulu sblum memelihara itik untuk pasaran seterusnya?
Mei 4, 2013 at 1:48 pm
Salam. saya ada memelihara itik pedaging jenis ‘peking’ di Pasir Puteh KELANTAN. sekiranya ada pemborong yang berminat, sila hubungi saya 0179690096 atau 0199736726. harga sekitar RM8 ke RM10 per/kg