PERANCANGAN PROJEK

 


Di dalam mengusahakan sesuatu projek, empat perkara perlu diberi perhatian, iaitu:

  • Modal
  • Ladang
  • Pengurusan
  • Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai satu kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan, besar kemungkinan usaha tersebut akan menemui kegagalan.


MODAL

Di dalam menjayakan projek ini, modal yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • KOS TETAP:
  • Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 1 ekor 1 – 1 kaki persegi)
  • Tangki air (serta sambungan pvc)
  • Alat pemanas (jika menggunakan hover : 1 hover kecil = 500 ekor anak ayam)
  • Bekas minuman anak ayam ( 4 biji = 100 ekor)
  • Bekas makanan anak ayam ( palung panjang : 3 biji = 100 ekor)
  • Bekas minuman automatik ( 2 biji = 100 ekor)
  • Bekas makanan ayam jenis gantung (2 biji = 100 ekor)
  • Setor minyimpan peralatan dan makanan ayam
  • Lain-lain perbelanjaan luar jangka
    • KOS BERULANG
  • Anak ayam
  • Makanan Ayam – makanan permulaan dan makanan penghabisan
  • Elektrik/minyak tanah atau gas/air
  • Vaksin dan ubatan
  • Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
  • Susut nilai atas alatan (3 tahun)
  • Faedah pinjaman bank
  • Lain-lain perbelanjaan luar jangka

KEPERLUAN ASAS LADANG

Pemilihan Kawasan

  • Keluasan yang mencukupi

 

  • Mempunyai pengaliran yang sempurna
  • Seelok-elok di kawasan yang tinggi supaya mendapat udara yang baik
  • Jauh dari kesibukan, mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan letrik, bekalan air yang bersih dan selamat dari musuh ayam

 

  • Tidak bercampur aduk dengan ternakan lain seperti itik dan ayam kampong

 

  • Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan
  • Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan

Rumah atau bangsal ayam mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

  • Peredaran udara yang sempurna. peredaran udara yang baik menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis ayam.
  • Saiz rumah, mestilah sesuai dengan jumlah ayam. Jangan membina terllu kecil atau besar kerana ianya tidak menguntungkan. Saiz yang sesuai ialah 1 kaki persegi bagi satu ekor ayam dewasa.

Contoh: 5000 ekor ayam ialah 5000 kaki persegi.

  • Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki (1 bangsal) atau 25 kaki x 100 kaki (2 bangsal)
  • Kedudukan bangsal, seelok-eloknya hendaklah dibina mengikut arah Timur ke Barat supaya dapat mengurangkan kesan panas kepada ayam.

Sistem Perumahan

Boleh dibahagi kepada 2 iaitu:

  • Sistem Lantai Atas
  • Sistem Lantai Bawah

PENGURUSAN

Maju atau mundur sesuatu projek adalah bergantung kepada kecekapan pengurusan. Penternak yang cekap akan menitikberatkan semua aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos perbelanjaan yang minima.

Di dalam pengurusan ayam daging, beberapa aspek pengurusan mestilah tersemat di dalam diri penternak. antaranya ialah:


PEMILIHAN BAKA

Ciri-ciri anak ayam yang berkualiti

  • Aktif, mata terang dan bulat, kaki kuat, berdiri dengan baik dan bulunya kering dan lembut.
  • Saiznya tidak terlalu kecil dan mempunyai saiz yang sama .
  • Bebas dari kecacatan seperti kaki bengkok, tali pusat yang tidak kering, kepak patah, buta dan sebagainya.
  • Belilah anak-anak ayam daripada pembekal atau mendapat keterangan lanjut.

PEMAKANAN

Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan oleh penternak. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan. Penternak mestilah memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan dan menyimpan.

Terdapat 2 jenis makanan ayam pedaging:

  • Makanan permulaan untuk ayam berumur 1 hari – 4 minggu

(kandungan protin kasar = 22 – 24 %)

  • Makanan pengemok/penghabisan untuk ayam berumur 5 minggu – 7 minggu/jual

(kandungan protin kasar = 19 – 20 %)

  • Makanan diberi tanpa had.


PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Terdapat banyak jenis penyakit ayam. Penyakit yang biasa menyerang dan memerlukan kawalan diperingkat awal ialah:

  • Sampar
  • Puru ayam
  • Saluran Pernafasan
  • Pullorum (Berak Kapor)

Oleh itu jadual untuk menyuntik ayam-ayam bagi melawan serangan penyakit seperti sampar dan puru ayam perlulah diadakan.jadual suntikan yang mesti diikuti oleh setiap penternak ialah:

Umur 1 hari – Sampar “F”

Umur 3 minggu – Cacar puru

Umur 6 minggu – Sampar “S”

Selain itu penternak haruslah mengawal kawasan rumah ayam tersebut dari dicerobohi oleh anasir-anasir pembawa kuman seperti burung, ayam kampong dan lain-laian ternakan. Kemasukan orang luar dan pelawat haruslah ditegah sama sekali.


PEMASARAN

Pemasaran ayam yang telah meningkat dewasa adalah patut difikirkan. Pasaran yang baik dari segi permintan dan harga menjamin kejayaan projek.

Strategi Pemasaran

Empat faktor penting yang boleh dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaannya:

  • Tempat (Berdekatan dengan pasaran, tiada masalah perhubungan).
  • Pengeluaran (Boleh dijual dalam bentuk hidup, bersih dibekukan, dan bahagian berpotong dll.)
  • Harga (Berbeza mengikut tempat dan saluran pemasaran)
  • Pengiklanan (Biasanya dilakukan oleh pengusaha besar)

Pendapatan

Pendapatan – Kos Berulang


Kos Pengeluaran Se kg

Kos Berulang
Berat ayam


PENYIMPANAN REKOD

Penternak hendaklah menyediakan catitan setiap aktiviti melibatkan kewangan. 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah:-

1. Rekod Pengurusan

  • Untuk membaiki kelemahan pengurusan disetiap peringkat
  • Menentukan baka ayam yang baik
  • Menentukan jenis makanan yang baik
  • Mengurangkan kadar kematian
  • Menggunakan ubat-ubat yang sesuai.

2. Rekod Kewangan

  • Menentukan paras keuntungan/kerugian
  • Mengurangkan kos-kos yang membazir
  • membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan projek dimasa-masa akan datang.
About these ads