Oktober 2007


Macam-Macam: Muzik klasik galak ayam bertelur banyak

LONDON: Seorang penternak Britain mempunyai cara tersendiri untuk menggalakkan ayamnya bertelur lebih banyak dengan memainkan muzik klasik kepada ternakannya.

Edisi terbaru majalah Farmer’s Weekly melaporkan, Charles Bourns yang juga Pengerusi Kesatuan Petani Kebangsaan, mendakwa dia dapat melihat sendiri faedah alunan muzik klasik berkenaan.

Malah, dia memainkan muzik berkenaan selama 24 jam sehari semalam kepada ayam betinanya yang didakwanya tidak hanya menggalakkan penghasilan telur, tetapi turut membantu pembesaran ternakan itu.

“Saya pernah cuba memainkan muzik pop, tetapi rentak dan suara penyanyi yang laju terbukti tidak membantu. Ayam itu sebaliknya lebih suka mendengar siaran radio klasik yang sebaliknya dibenci anak-anak saya,” katanya. – Agensi

***Penternak2 ayam kat Malaysia ni boleh le mencuba kaedah tersebut…mainkan lagu P. Ramlee ke…mana tahu ayam tak berenti bertelur ke apa..hehehe***

Di Malaysia nanas merupakan tanaman buah-buahan yang penting dan diberi keutamaan. Pada tahun 1994, kawasan tanaman nanas proses dianggarkan seluas 7 730 hektar, iaitu 35% ditanam oleh pekebun kecil dan bakinya ditanam di estet-estet. Hampir keseluruhan kawasan ini terdapat di negeri Johor. Anggaran pengeluaran adalah sebanyak 160 000 tan setahun.

Nilai purata nanas proses yang dieksport adalah sebanyak RM 70 juta setahun. Ini merangkumi hampir 80% daripada jumlah semua buah-buahan yang diproses bagi Malaysia dan 5% daripada jumlah eksport nanas proses di pasaran dunia.

Berasaskan perangkaan 1994, anggaran keluasan kawasan nanas di Semenanjung Malaysia ialah 13,470 hektar, iaitu 85% didapati di Johor, 4% di Kelantan dan 3.8% di Selangor. Eksport nanas segar masih lagi kecil. Pada tahun 1990, nilai eksport adalah sebanyak RM3.56 juta dan telah meningkat kepada RM 7.1 juta pada tahun 1994. Hampir 96% jumlah eksport adalah ke negara Singapura. Prospek pasaran bagi nanas segar adalah baik di Jepun, Hong Kong dan negara-negara Timur Tengah selain permintaan tempatan.

Moris dan Sarawak merupakan varieti nanas segar yang ditanam masa kini. Nanas Moris kecil, dengan isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah nanas Sarawak besar serta mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Kelemahan utama varieti Moris ialah buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya.

Varieti Sarawak pula menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendah terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti ini peka terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) (BHD) akibat penyimpanan pada suhu rendah.

Berasaskan perangkaan 1994, anggaran keluasan kawasan nanas di Semenanjung Malaysia ialah 13,470 hektar, iaitu 85% didapati di Johor, 4% di Kelantan dan 3.8% di Selangor.

PERIHAL JOSAPINE

Asal usul

Pemilihan dibuat di Stesen Penyelidikan MARDI, Pontian daripada populasi hibrid F1 hasil daripada kacukan antara Nanas Johor (induk betina) dan Sarawak (debunga)

Ciri-ciri tampang

Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.

  • Daun hijau keunguan, tidak berduri.
  • Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu
  • Biasanya 1-2 sulur buah/pokok
  • Sulur dan ratunnya baik.

  • Ciri-ciri pembungaan dan pembuahan

    Tindak balas pembungaan dengan bahan mengaruh sangat baik (90-100%). Berbuah awal – dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.

  • Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari
  • Hasil 60 tan/ha bagi tanaman pertama.
  • Ciri-ciri buah

    Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.

  • Buah berbentuk silinder
  • Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish
  • Buah bersaiz sederhana (1.2-1.5 kg.)
  • Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering
  • Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang
  • Penyimpanannya baik, mutu buah tidak berubah walaupun buah sudah terlalu masak
  • Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10 °C selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
  • PROGRAM PENGHIBRIDAN NANAS DI MARDI

    Satu program penghibridan yang sistematik telah dimulakan di Stesen Penyelidikan Tanah Gambut Bersepadu MARDI, Pontian, Johor pada tahun 1984. Objektif program ini adalah untuk membaiki hasil dan mutu varieti-varieti nanas yang sedia ada. Empat kultivar yang mewakili tiga kumpulan utama nanas iaitu Sarawak (Cayenne), Moris (Queen), Johor (Spanish) dan Masmerah (Spanish) telah dikacuk secara dialel lengkap. Lima puluh ribu anak benih telah dibiak daripada kacukan ini dan seterusnya dinilai. Dalam tahun 1987, 300 pemilihan telah dibuat untuk penilaian seterusnya. Daripada populasi ini, 13 pemilihan dibuat pada tahun 1990 untuk penilaian ketiga. Dalam tahun 1991, pemilihan yang lebih teliti telah dibuat untuk memilih enam varieti yang paling berpotensi untuk dibuat penilaian di tiga lokasi iaitu Pontian, Bukit Tangga dan Kluang.

    Penilaian tersebut telah menunjukkan bahawa salah satu pemilihan seperti Josapine mempunyai banyak ciri-ciri yang diingini untuk pengeluaran buah segar dan didapati lebih baik berbanding dengan varieti seperti Moris dan Sarawak.

    AMALAN KULTUR

    Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.

  • Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.
  • Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163 kg `Muriate of potash’ sehektar setiap kali pembajaan pada 2, 5 dan 8 bulan selepas ditanam. Manakala di tanah mineral, baja N:P:K 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan N:P:K:Mg 12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan
  • Baja semburan mengandungi campuran 42 g kuprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air. Penyemburan dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanam bagi kedua-dua jenis tanah
  • Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 mL sepokok)
  • Buah dipetik pada peringkat `dua mata’ matang.
  • BAHAN TANAMAN

    Sehingga kini, MARDI telah menyediakan 700 ribu anak pokok hibrid baru ini. Bahan-bahan tanaman ini akan dibekalkan kepada pekebun kecil, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta untuk ditanam dan meningkatkan pembiakan bahan tanaman hibrid baru ini.

    KESIMPULAN

    Hibrid baru nanas Josapine yang dihasilkan oleh MARDI selepas penyelidikan selama satu dekad mempunyai mutu yang jauh lebih baik daripada varieti segar masa kini (Moris dan Sarawak). Hibrid ini istimewa kerana lebih rintang terhadap teras hitam. Oleh itu, hibrid baru ini lebih berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan pembekalan bahan tanaman sedang giat dijalankan.

    KOD AMALAN AKUAKULTUR (TERNAKAN IKAN AIR TAWAR)
    (Code of Practice for Aquaculture [Freshwater Fish Culture)

    PENGENALAN

    Industri akuakultur telah berkembang pesat di Asia sebagai pengeluaran bahan makanan, sumber pendapatan kepada penguasa dan menjadi sumber pendatapan eksport yang penting kepada ekonomi negara berkenaan. Walaupun begitu industri ini juga telah menghadapi kontravesi yang dikaitkan dengan impak negatif terhadap alam sekitar, kualiti dan keselamatan makanan, kesan sosio ekonomi dan seterusnya kepada kemapanan projek-projek akuakultur.Terdapat kesedaraan di peringkat antarabangsa keperluan pembangunan industri perikanan tangkapan dan akuakultur dilaksanakan secara bertanggungjawab. Negara pengimport ikan dan udang telah memperkenalkan syarat import untuk melindungi pengguna mereka dari segi pengesahan mutu
    dan keselamatan makanan dan kawalan kemasukan agen penyakit. Terdapat juga gerakan di negara maju untuk menyediakan produk akuakultur dengan ‘eco-labelling ‘ demi kepentingan alam sekitar.Untuk membolehkan industri akuakultur dapat membangunan negara secara mapan dan tidak terus mendapat tomahan negatif. Pertubuhan Makanan Sedunia ( FAO ) telah menggesa Kod Amalan Akuakultur diperkenalakn dikalangan penguasa setiap sistem akuakultur. Ini adalah untuk memastikan industri tersebut dapat dibangunkan secara bertanggungjawab, mengeluarkan bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk para pengguna dan kerosakan alam sekitar dapat dikurangkan.

    SKOP

    Kod amalan ternakan ini disediakan untuk memperakukan tanggungjawab dan matlamat aktiviti ternakan ikan airtawar di Malaysia sebagai salah satu pengguna sumber alam sekitar yang boleh menyumbang kepada penggurusan dan pemuliharaan sumber alam sekitar secara mapan dan bertanggungjawab.

    TUJUAN

  • Menyediakan panduan praktikal aspek-aspek utama dalam aktiviti ternakan ikan airtawar.
  • Menyediakan panduan untuk ikuti secara sukarela oleh penternak.
  • Menyedikan panduan untuk menghasilkan produk yang berkualiti kepada kesihatan pengguna.
  • Menyedikan panduan untuk menjamin pulangan yang berpatutan kepada pengusaha.
  • Menyedikan panduan supaya aktiviti ternakan tidak merosakan alam sekitar.
  • PEMILIHAN TAPAK

    Tanah

    Kawasan Yang Digalakan:

  • Kawasan yang telah dizonkan oleh pihak berkuasa negeri sebagai kawasan pembangunan akuakultur air tawar.
  • Kawasan tanah yang terbiar dan tidak produktif tetapi sesuai.
  • Kawasan yang tidak menjejaskan aktiviti lain-lain sektor ekonomi yang berdekatan.
  • Kawasan yang mempunyai prasarana asas.
  • Kawasan Yang Tidak Digalakan:

  • Kawasan yang bermasalah seperti banjir, hakisan, pencemaran dan sebagainya.
  • Kawasan hutan simpan.
  • Air

    Kawasan yang mempunyai bekalan air yang mencukupi dan berterusan tanpa menjejaskan lain-lain aktiviti. Kawasan yang mempunyai mutu air yang sesuai. Penggunaan air dari punca bawah tanah tidak digalakan

    Pembersihan kawasan

  • Penebangan pokok di kawasan ladang hendaklah diminimumkan.
  • Zon penanaman perlu disediakan bagi kawasan yang berhampiran dengan sungai atau lain badan perairan.
  • Elakan hakisan dan pencemaran sumber air semasa pembinaan kolam.
  • Elakan cara pembinaan yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
  • REKABENTUK LADANG

  • Mempunyai Kolam takungan yang sesuai.
  • Mempunyai kolam atau kawasan untuk rawatan kumbahan sesuai dengan saiz ladang.
  • Mempunyai sistem air masuk dan keluar yang berasingan.
  • Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan.
  • Ladang hendaklah mempunyai kemudahan operasi dan pekerja yang sesuai.
  • Rekabentuk ladang hendaklah bercirikan keselamatan dan kerbersihan.
  • PENGURUSAN TERNAKAN

    Penyediaan kolam

  • Bersihkan dasar dan kawasan persekitaran kolam.
  • Gunakan racun yang dibenarkan dengan kadar yang sesuai.
  • Pengurusan Benih

  • Benih yang digunakan hendaklah berkualiti dan dari sumber yang mempunyai rekod yang baik.
  • Sistem ternakan dan pengurusan yang diamalakn hendaklah disesuaikan dengan saiz benih yang digunakan.
  • Gunakan benih yang sama saiz dan umur.
  • Pengendalian benih hendaklah mengurangkan ternakan kepada benih.
  • Pengurusan Air

  • Jika perlu bekalan air hendaklah dirawat sebelum digunakan.
  • Air yang berkeladak hendaklah diendapkan terlebih dahulu dalam kolam takungan dalam tempoh yang sesuai.
  • Kadar pertukaran air hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur ternakan.
  • Kaedah pengudaran air hendaklah sesuai dengan sistem ternakan.
  • Penggunaan bahan-bahan rawatan air hendaklah dengan kaedah yang betul.
  • Hanya baja bukan organan digalakan.
  • Pengurusan Makanan

  • Gunakan makanan rumusan yang berkualiti tinggi.
  • Bahan mentah makanan basah hendaklah terdiri daripada bahan yang segar, halal dan selamat.
  • Bahan adetif hendaklah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
  • Makanan hendaklah digunakan sebelum tempoh luput dan di simpan ditempat yang sesuai.
  • Kadar dan jadual pemberian makanan hendaklah disesuaikan dengan sisitem dan peringkat ternakan.
  • Penggunan antibiotik mengikut tempoh luputnya hendaklah yang dibenarkan dan dipatuhi.
  • Pengurusan Kesihatan

  • Sistem, peralatan dan pekerja hendaklah mematuhi keperluan kebersihan yang ditetapkan.
  • Laporkan kejadian penyakit kepada Jabatan Perikanan yang terdekatan dengan segera.
  • Pengurusan Bahan Kumbahan

  • Air kumbahan dari sistem ternakan hendaklah dirawat sebelum dialirkan ke perairan umum.
  • Bahan kumbahan hendaklah diletakan di tempat yang sesuai.
  • SPESIES EKOSTIK

    Ternakan spesies ikan ekostik hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia dan mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan.


    PENGUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN LEPAS TUAI

    Pengutipan hasil

  • Gunakan peralatan yang bersih dan mempunyai ciri-ciri yang tidak meroskkan ikan.
  • Kuantiti hasil yang akan dikutip hendaklah sesuai dengan kapasiti alat pengendalian.
  • Bahan-bahan asing hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada hasil ikan.
  • Pengendalian Hasil Lepas Tuai

  • Bagi kolam ternakan yang menghadapi masalah bau lumpur, rawatan yang sesuai hendaklah dilaksanakan
  • Penggunaan bahan kimia tidak digalakan semasa pengendalian hasil lepas tuai.
  • Tempat pengendalain dan peralatan yang digunakan untuk pengendalain hasil hendaklah sentiasa bersih.
  • Gunakan ais secukupnya dan dengan segera bagi ikan yang dikendalikan secara mati.
  • Pekerja yang mengendalikan hasil lepas tuai hendaklah menggunakan pakaian dan peralatan yang bersih.
  • Pengendalian dan pengangkutan secara hidup hendaklah menggunakan air bersih.
  • REKOD DATA TERNAKAN DAN PENGENDALIAN

    Data Ternakan

  • Rekod aktiviti pengurusan sir ( kualiti, rawatan dan pertukaran air ).
  • Rekod pengurusan benih ( sumber, tarikh dan kadar penebaran ).
  • Rekod pengurusan makanan ( pembekal, jenama, kualiti, harga, kadar pemberian dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan makanan ).
  • Rekod penggunaan ubat-ubatan dan bahan kimia sepanjang ternakan ( jenis, kadar penggunaan, masa dan lain-lain ).
  • Rekod kejadian penyakit ( jenis, ciri-ciri dan lain-lain ).
  • Rekod hasil tangkapan ( peratus hidup, jumlah hasil ).
  • Rekod pekerja.
  • Rekod kewangan projek.
  • Pengendalian Hasil Selepas Tuai

  • Rekod aktiviti pembasmian bau lumpur.
  • Rekod aktiviti pengendalian ( jumlah pembungkusan, kadar penggunaan ais ).
  • Introduction

    Pusat Ternakan Haiwan (PTH) Air Hitam is a one stop recreational spot for real back-to- nature experience. Here you see cattle and horses grazing on gentle rolling hills and plains. You can actually hear, see and smell rabbits in their hutches, cows in the milking parlor and calves frolicking on green meadows. You can also touch and cares foals in the stables and experience the thrill of horseback riding, canoeing, boating and fishing.

    Come for a day or evening trip to enjoy a Bar-B-Queue by the lakeside or simply watch the sun set over the water. You can also stay over the night and catch the glorious sunrise over the green meadows. You are sure to have an exciting and lots of fun while enjoying of nature at the farm.

    Agro-Tourism Activities

    Visitor will be exposed to variety of Dairy Farming Activity such as milking of cows, calf rearing and feeding of farm animal. Visit to National Veterinary Museum will give more understanding about farm development and farming technology since opened. Visitor will also be exposed to lives animal such as cows, horses, ponies, rabbits, and “Selembu” (Malaysian Gaur Crossed With Cattle) the only such animal found in the world, View the vast pastureland and beautiful sites. Visitor can come to the farm for a day visit or overnight in the farm where overnight facilities are also available. Upon request tour guide or in-house guide can be provided to assist your tour.

    Penginapan di Ladang

    Pelawat yang bercadang untuk bermalam di ladang akan berkesempatan untuk merasa suasana bekerja di ladang ternakan dengan pelbagai kesibukkan aktiviti dan tugasan harian diwaktu pagi dan kedamaian dan ketenangan diwaktu petang akan menjadikan kunjungan anda menjadi satu ingatan yang indah.

    Kemudahan penginapan juga disedikan iaitu 7 buah chalet yang dapat memuatkan 125 orang dan tapak perkhemahan yang dapat menempatkan 300 orang

    Chalet
    Sri Selasih dan Sri Gelugor Sargiah Green
    Sri Kantan Sri Ketapang dan Sri Pulai
    Sri Pandan Tapak Perkhemahan
    Tempahan & Informasi

    Tel : 607-7596934 Fax : 607-7596933

    email : pthah@maxis.net.my

     

     

    Animal Farming

    Visitor will be exposed to rearing of cattle, horses, ponies and other species under farm situation. The highlight will be calf rearing, milking and feeding of farm animals.

    Calf age 1 – 21 days

    Milking Parlor
    Feeding and Grazing
    Artificial Insemination

    Natural Service

    Horse and Pony

    ANNUR AQUACULTURE DEVELOPMENT adalah syarikat perniagaan yang didaftarkan pada Januari 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia . Syarikat ini ditubuhkan khas untuk projek yang berkaitan dengan perikanan, khasnya pembenihan udang Galah dan ikan air tawar kerana kepakaran pengarah operasinya bekerja selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut.

    galakan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap pengeluaran sektor pertanian, untuk memenuhi permintaan domestik dan ekspOt serta mengurangkan jumlah impot barangan makanan, telah menggalakkan pelaburan dalam bidang ini.

    permintaan terhadap produk makanan berkaitan ikan / udang akan meningkat sehingga 1.6 juta tan metrik menjelang 2010. jabatan perikanan telah menetapkan sasaran pengeluaran akuakultur sebanyak 600,000 tan metrik, bernilai rm 6.5 bilion dapat dihasilkan daripada aktiviti akuakultur menjelang tahun 2010. ANTARA STRATEGI PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG, ADALAH DENGAN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI SISTEM PENGELUARAN DAN MEMBANGUNKAN PROJEK TERNAKAN SECARA BESAR-BESARAN MELALUI PENYERTAAN SYARIKAT SWASTA.

    OLEH ITU FAKTOR-FAKTOR YANG DI ATAS TELAH MEMBUKA PELUANG PENDAPATAN DAN PERNIAGAAN YANG BERPOTENSI UNTUK DICEBURI OLEH MEREKA YANG BERMINAT.

    KURSUS YG DITAWARKAN

    Terdapat banyak kursus yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui badan-badan yang bertanggung-jawab termasuk juga daripada pihak swasta. Kami di Annur-Auaqulture juga menyediakan latihan, kursus dan khidmat nasihat dalam bidang akuakultur merangkumi pembenihan, pembiakan, penyediaan ladang/kolam ternakan dan sebagainya bagi ikan air tawar dan udang galah, antara kursus-kursus dan latihan yang disediakan:

  • Pembenihan Udang Galah
  • Pembenihan Ikan Air Tawar
  • Sistem kolam penternakan/pembenihan komersial
  • Tangki Fiber
  • Ikan Hiasan
  • Setiap kursus disediakan dengan cara yang mudah difahami dan praktikal. Dengan mengikuti setiap kursus, kaedah dan tunjuk-ajar yang disediakan ianya mampu memberi pulangan dalam pelaburan anda.

    Sila Hubungi:

    ANNUR AQUACULTURE DEVELOPMENT,
    KG. TANAH LESEN, JALAN TANAH WAKAF,
    PEKAN BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR,
    45300 . SELANGOR DARUL EHSAN ,
    MALAYSIA .
    NO.TELEFON : 03-32162840
    MOBILE : 019 2597570 / 019 6479129
    WEBSITE : http://www.annuraquaculture.com.my
    E-MAIL : enquiry@annuraquaculture.com.my

    Akuakultur merupakan penternakan atau pembiakan menggunakan sumber air (ikan, karang, alga dan organisma akuatik), juga dikenali sebagai penternakan-akuatik, terma ini berbeza dengan penangkapan ikan dimana ia melibatkan satu usaha manusia untuk membiak dan menambah organisma-organisma air iaitu dengan mengeluarkannya daripada habitat asal. Subset kepada akuakultur termasuk Matrikultur (akuakultur hidupan laut); Algakultur (rumpai laut dan pelbagai alga); Penternakan ikan (pembenihan dan pembiakan ikan seperti keli, tilapia dan pelbagai jenis hidupan ikan); dan pembiakan mutiara.

    Kerajaan telah memainkan peranan penting dan pertumbuhan dan penggalakan industri akuakultur memandangkan potensi yang besar yang terdapat didalamnya, seperti petikan yang diambil dari laman web http://agrolink.moa.my , Konsortium Perikanan Nasional Berhad, ditulis oleh Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan.

    “Permintaan terhadap makanan berasaskan ikan dijangka terus meningkat dengan meningkatnya penggunaan per kapita ikan negara daripada 49 kg kepada 56 kg menjelang tahun 2010. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan pergantungan yang tinggi terhadap ikan yang diimport, pengeluaran ikan negara perlu ditingkatkan sejajar dengan peningkatan penggunaan isirumah serta permintaan daripada sektor pemprosesan. Pengeluaran akuakultur juga perlu di tingkatkan selaras dengan matlamat Imbangan Dagangan Negara untuk meningkatkan pendapatan eksport makanan.

    Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenalpasti akuakultur sebagai satu subsektor perikanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan pengeluaran ikan negara. Akuakultur yang berskala besar atau komersial juga boleh dibangunkan sebagai satu industri yang dapat meningkatkan pengeluaran ikan. Sehubungan dengan itu, penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran makanan berasaskan ikan akan dipertingkatkan, sama ada melalui akuakultur berskala komersial atau sederhana selaras dengan matlamat DPN3.

    Bagi menjamin penggunaan sumber yang rasional dan mapan, pembangunan akuakultur hendaklah dijalankan secara terancang melalui pengezonan kawasan pembangunan akuakultur supaya lebih berpusat dan tersusun, “

    A. Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut?

    Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut.
    Secara ringkas struktur organisasi sistem integrasi ternakan ayam daging adalah seperti Rajah 1.

    			INTEGRATOR
    			     |	<-- Ladang Ayam Pembiakan
    			     |	<-- Pusat Penetasan
    			     |	<-- Kilang Makanan
    			     |	<-- Kesihatan & Khidmat Nasihat
    			     |	<-- Loji Memproses/Prosesan Lanjutan
    			     |	<-- Pemasaran
    			     |	
    		Pemeliharaan |
    PENTERNAK  ---> dan -------->|
    		Pengeluaran  |
    		Ayam Daging  |
    			     V
    			PENGGUNA
    

    Rajah 1: Struktur Organisasi Sistem Integrasi Ternakan Ayam Daging

    B. Siapakah integrator-integrator ini?

    Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
    C. Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak?

    Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
    D. Kenapa berkontrak?

    Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
    E. Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian?

    1. Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.

    2. Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara.

    3. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.

    4. Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.


    Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
    F. Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut?

    Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat.

    Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
    G. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut?

    1. Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban.

    2. Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api.

    3. Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut.


    Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
    H. Adakah latihan dan pengalaman diperlukan?

    Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
    I. Siapakah yang menyediakan latihan?

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
    J. Di manakah latihan ini dijalankan?

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:

    1. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.

    2. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.

    3. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.


    Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
    K. Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator?

    Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.

    Ladang Penternak Ayam Kontrak

    L. Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?

    Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-

    1. Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.

    2. Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.

    3. Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.

    4. Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.

    5. Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.


    Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

    Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
    M. Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?

    1. Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).

    2. Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.

    3. Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.

    4. Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
    N. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?

    Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
    O. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?

    Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
    P. Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?

    Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 – $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
    Q. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?

    Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.

    Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
    R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?

    Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 – 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 – 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
    S. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?

    Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 – 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
    T. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?

    Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 – 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 – 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
    U. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?

    Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.

    Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-

    1. Kuatiti dan baka anak ayam

    2. Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan

    3. Kadar kematian.

    4. Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.

    5. Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.


    Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.

    Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
    V. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?

    Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:

    1. kematian yang melebihi 5%

    2. kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
    W. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya.

    Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
    X. Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?

    Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
    Y. Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak

    1. Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.

    2. Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.

    3. Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
    Z. Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut?

    Disertakan senarai integrator serta alamat dan nombor telefon untuk tindakan anda seterusnya. Hubungilah pegawai yang menguruskan ternakan secara kontrak di alamat yang disediakan.

    AYAM PENELUR

    A. Kriteria Wajib

    1. Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

    • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang
    • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang
    • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh JabatanPerkhidmatan Haiwan.

    2. Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang bersistematik
    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

    3.. Kemudahan/Kelengkapan Pengendalian Telur

    • Bilik Pengredan Telur
    1. Bilik pengredan telur haruslah dingin, pengudaraannya baik, bersih dan sucikuman
    2. Kelengkapan pengredan telur haruslah bersih
    3. Keadaan bekerja di bilik pengredan telur haruslah selesa di dalam pakaian biasa
    • Bilik Penyimpanan Telur
    1. Bilik penyimpanan telur harus berasingan daripada bilik pengredan telur
    2. Bilik penyimpanan telur haruslah dingin, bersih dan sucikuman

    4. Pembasmian Kuman Ke Atas Kenderaan

    Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan pencelup roda bertutup dan alat penyembur

    5. Pemagaran Sempadan

    Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam harus dipagari sepenuhnya dengan ‘chain-link’ atau bahan seumpamanya yang sesuai.

    6. Pencelup Kaki

    Setiap bangksal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

    B. Kriteria Tambahan

    1. Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

    Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

    Pintu masuk ke ladang harus disediakan dengan bilik persalinan lengkap dengan paip hujan dan /atau alat penyembur

    2. Pengasingan Bangsal Ayam

    Jarak diantara bangsal-bangsal ayam disyorkan sekurang-kurangnya 30 kaki

    3. Pengurusan Sampah Sarap

    Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

    4. Kebersihan Am

    Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

    Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

    5. Rekod

    Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

    Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, ‘parenteral’, ‘oral’) di sepanjang masa.

    AYAM PEDAGING

    A. Kriteria Wajib

    1. Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

    • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang
    • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang
    • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

    2. Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang bersistematik
    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

    3. Amalan Semua – Masuk – Semua – Keluar

    Pihak ladang haruslah mengamalkan sistem semua masuk-masuk-semua keluar. Perbezaan diantara umur-umur ayam di ladang tidak melebihi 2 minggu

    4. Pembasmian Kuman ke Atas Kenderaan

    Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan seperti di bawah

    •   Saiz Ladang Kemudahan
    •   Bawah 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda
    •   Lebih 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda bertutup

    5. Pemagaran Sempadan

    Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam haruslah dipagari sepenuhnya dengan bahan yang sesuai

    6. Pencelup Kaki

    Setiap bangsal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

    B. Kriteria Tambahan

    1. Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

    Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

    2. Pengurusan Sampah Sarap

    Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

    3. Kebersihan Am

    Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

    Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

    Pihak ladang harus mempunyai kemudahan untuk pembasuhan sangkar ayam yang telah digunakan

    4. Rekod

    Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

    Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, ‘parenteral’, ‘oral’) di sepanjang masa.

    ITIK PEDAGING

    Kriteria untuk komoditi adalah seperti kriteria untuk ternakan ayam pedaging oleh itu sila rujuk kriteria ayam pedaging

    Ternakan Ruminan

    Ternakan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan “monogestrik”.

    Bagi ternakan lembu perutnya mempunyai isipadu antara 120 – 170 liter yang mana memenuhi 3/4 daripada bahagian abdomen dan rumen merupakan bahagian yang terbesar sekali meliputi 80%, retikulum 5%, omasum 6-8% dan abomasum 7- 8%.

    Apabila makanan berada didalam rumen dan retikulum, ia akan diceranakan oleh mikrooganisma, berjuta-juta bakteria dan protozoa jenis anaerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasilkan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan fermentasi. Bahan makanan berada didalam rumen selama lebeh kurang 60 jam. Hasil daripada proses ini daripada proses fermentasi ini meruapkan asid-asid lemak, contohnya seperti asid asetik, propionik dan asid butirik. Asid-asid ini diserap kedalam sistem darah melalui dinding rumen dan dibawa kehati. Fementasi juga menghasilkan gas, kebanyakanya karbon dioksida ( CO2 ) dan metana dikeluarkan melaluai proses sendawa.

    Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bekteria) ke bahagian omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai lebeh kurang 100 lipatan yang permukaanya mengandungi unjuran papila. Bahan bendalir terus memasuki abomasum. Bahan makanan yang kasar akan tersangut pada lipatan diantara papila dan disini berlaku lagi proses penceranaan. Akhir sekali semua makanan (termasuk bakteria) akan sampai ke abomasum. Di abomasum penceranaan dijalankan oleh enzim yang dikeluarkan oleh haiwan sendiri.

    Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis penceranaan, iaitu pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku didalam rumen dan retikulum, dan kedua pula penceranaan oleh enzim yang berlaku didalam abomasum dan usus kecil.

    Pada haiwan monogestrik sebahagian besar proses penceranaan dilakukan oleh enzim oleh yang demikian haiwan-haiwan tersebut tidak mampu mencerana makanan berserabut tinggi

    Ternakan memerlukan nuterian untuk terus hidum serta mengeluarkan hasil, nuterian yang diperlukan itu terdiri daripada Protein, Kabohidrat, Lemak, Vitamin dam Mineral disamping Air. Nutirean ini diperolehi didalam bentu makanan, makanan dihadzamkan dan diserap masuk kedalam darah untuk digunakan oleh tisue badan ternakan.

    Protein

    Protein merupakan bahan organik yang mengandungai unsur-unsur nitrogen, karbon dan oksigen yang terdapat didalam semua jenis organisma. Tisu haiwan dan tumbuhan mengandungi berbagai-bagai jenis proten didalam kuantiti yang berbeza, protein berfungsi sebagai struktur bagi sel dan tisu, penting bagi mengendalikan pelbagai proses metabolisma didalam badan organisma. Bagi mamalia protein menyumbangkan hapir setengah bahagian daripada anggota badan (berdasarkan berat kering) iaitu hampir satu pertiga terdapat didalam otot, satu perlima dalam tulang, satu persepuloh dalam kulit yang lainnya dalam cecair darah dan limfa.

    Fungsi utama protein ialah untuk pembenaan tisu, iaitu untuk pertumbuhan, pengeluaran susu, telur, bulu dan pembiakan, selain fungsi-fungsi ini, protein yang dimakan dan diserap oleh haiwan digunakan untuk penggantian dan pembaikan tisu-tisu yang rosak dan lama. Tisu-tisu didalam badan haiwan sentiasa berada didalam keadaan dinamik dan berubah, tisu lama diserap dan tisu baru yang mengantikan tisu lama sentiasa dibina. Jadi proses pembenaan dan penyerapan protein sentiasa berlaku dan perlu dibekalkan dari semasa ke semasa melalui makanan. Hasil penguaraian tisu dan protein ialah sebatian-sebatian yang bernitrogen, seperti urea dan lain-lain yang perlu dibebaskan dari badan setiap hari. maka haiwan perlu memakan makanan berunsur protein untuk mengantika protein yang hilang.. Protein yang diperlukan untuk proses-proses tersebut dipanggil protein untuk keperluan asas atau saraan dan merupakan keperluan yang paling minimum setiap hari..

    Protein juga diperlukan pembinaan hormon dan enzim yang penting dalam mengawal dan mengendalikan berbagai-bagai jenis proses metabolisma yang sentiasa berlaku didalam badan. Antibodi iaitu bahan pelindung utama yang menjaga haiwan daripada diserang penyakit, juga dibena daripada protein. Jika keadaan memerluka protein juga boleh diuraikan dalam badan untuk dijadikan tenaga, Hal ini berlaku misalnya jika haiwan kekurangan karbohaidrat dalam makanan atau apabila tenaga simpanan dalama bentuk kabohaidrat dan lemak telah habis digunakan. Dalam keadaan biasa haiwan tidak mengunakan protein untuk menghasilkan tenaga..

    Protein berbeza daripada kabohaidrat dan lemak kearana kehadiran nitrogen (N) dalam molekulnya. Jumlah N yang terdapat didalam protein lebeh kurang 16% . Oleh sebabitu, peratus protein kasar dalam makanan boleh dikira dengan menentukan kandungan N dan mendarabnya dengan faktor 6.25.

    Unit kecil yang diperolehi apabila protein diceranakan ialah asid amino. Ada berbagai-bagai jenis asid amino didalam sesuatu molekul protein. Semua asid amino mengandungi kumpulan amino (NH2) dan kumpulan karboksil (COOH). Sebenarnya kumpulan protein bagi haiwan mengambil kira keperluan asid-asid amino yang terdapat dalam protein tersebut. Ini telah terbukti didalam kajian yang menunjukan bahawa haiwan yang diberi campuran ‘asid amino perlu’ tetapi tidak diberi protein, memberikan kadar pertumbuhan yang setara dengan haiwan yang diberi makan protein. Asid-asid amino boleh diceraikan apabila protein dihidroliskan atau diceranakan oleh enzim pepsin dan tripsin.

    Asid amino perlu

    Kebbolehan tumbuhan mensentisiskan asid amino sendiri dan seterusnya membentuk protein daripada unsur-unsur asas, merupakan perbezaan penting pada haiwan. Beberapa jenis asid amino boleh disentisiskan oleh haiwan, tetapi proses sentisis tidak sempurna jika tidak mengunakan asid amino yang lain. Ada beberapa asid amino yang tidak boleh disentisiskan oleh haiwan dan perlu ada dalam makanan mereka. Asid-asid amino tersebut dipangil ‘asid amino perlu’, kerana daripada asid-asid amino ini juga asid-asid amino lain disintesiskan. Ada lebeh kurang 10 asid amino perlu, yang lain dikatakan ‘tak perlu’. Jika salah satu atau lebeh daripada asid-asid amino perlu tadi berkurangan dan tidak dapat memenuhi keperluan harian, pertumbuhan ternakan akan terjejas desebabkan perencatan dalam pembinaan protein badan haiwan dan juga tumbuhan.

    Asid amino perlu

    lisina
    metionina
    valina
    histidina
    leusina
    isoleusinafenilalanina
    fenilalanina
    triptofana
    arginnina

    Asid amino tak perlu

    glisina
    alanina
    serina
    sisteina
    tairosina
    asid aspartik
    asid glutamik
    hidroksiprolina
    sitrulina

    Haiwan ruminan tidak memerlukan asid amino perlu dalam makanan kerana mikroorganisma didalam rumen berpaya mensintesis asid amino tersebut. Ruminan memperolehi asid amino dengan menceranakan sel-sel mikroorganisma. Oleh sebab itu, ruminan memerlukan unsur N sama ada dalam bentuk protein atau bukan protein bagi membolehkan mikroorganisma mensitesis asid-asid amino perlu.

    Karbohidrat

    Karbohaidrat adalah sebatian organik yang mengandungai karbon, hidrogen dan oksigen, ianya merupakan bahan yang terbanyak sekali terdapat didalam tumbuhan-tumbuhan dan haiwan ruminan memerlukanya sebagai sumber tenaga. Tumbuhan-tumbuhan berupaya mensintesis karbohaidrat melalui klorofil didalam proses fotosintesis. Tenaga dari sinar matahari disimpan didalam karbohaidrat, apabila molekul CO2 bercantu membentuk molekul glukos. Apabila haiwan memakan karbohaidrat, molekul glukos digunakan untuk menghasilkan tenaga didalam berbagai proses metabolisma. Apabila dioksidakan, glukos membebaskan CO2 dan H2O. Pada amnya , CHO boleh dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut susunan molekul gula yang terdapat didalamnya iaitu monosakarid, disakarid dan polisakarid.

    Monosakarid
    Wujud dalam keadaan molekul tersendiri dan tidak bercantum dengan molekul gula yang lain.

    Disakarid
    Merupakan kumpulan gula yang mengandungi dua molekul monosakrid seperti glukos dan fruktos. Molekul-molekul tersebut bercantum dan wujud sebagai satu molekul besar. Disakarid yang penting dalam pemakanan haiwan ialah sukros, maltos dan laktos. Sukros terdapat didalam rumput muda (lebeh kurang 10% bahan kering), tebu dan molases (masing-masing 25%). Gula laktos pula merupakan gula terpenting dalam susu dan juga bahan yang berasal daripada susu. Kandungan laktos didalam susu tepung dan whey hampir mencapai 25%.

    Polisakarid
    Merupakan kumpulan karbohaidrat yang mengandungi molekul-molekul gula yang besar. Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada pentosan yang mengandungi molekul berantai lima karbon, dan heksosan yang mengandungi rantai enam karbon. Dari aspek pemakanan ruminan, polisakarid adalah penting kerana mudah dan banyak didapati selain dapat membekalkan sumber tenagautama. Contohnya kanji, dekstrin, glikogen dan selulos. Kanji wujud dalam berbagai-bagai jenis makanan seperti ubi kayu, ubi kentang, bijirin (50-70%) dan daun-daun (15%). Kanji tidak mudah dicerana oleh haiwan berperut tunggal, tetapi apabila dimasak ia mudah dicerana dan diserap.

    Lemak (lipid)

    Lipid atau lemak dan minyak, wujud secara semula jadi pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Merupakan rezab atau tenaga simpanan yang berlebihan sesudah digunakan untuk keperluan asas dan pertumbuhan haiwan atau tumbuh-tumbuhan tersebut. Kandungan tenaga didalam didalam lipid 2.25 kaliganda jika dibandingkan dengan karbohidrat. Rezab ini akan dikeluarkan dari simpanan dan digunakan apabila haiwan atau tumbuh-tumbuhan menghadapi kekurangan tenaga. Minyak dalam biji beneh tumbuh-tumbuhan digunakan sewaktu beneh mula bercambah menakala lemak didalam telur haiwan adalah untuk pertumbuhan janin semasa peringkat awal. Ternakan yang dipelihara dinegara sejukembina tisu-tisu adipos (tisu lemak) sewaktu musim panas supaya “tenaga” ini dapat digunakan dalam musim sejuk apabila makanan sukar didapati.

    Seperti karbohaidrat, lipid mengandungi atom-atom karbon, hidrogen dan oksigen, tetapi didalam nisbah yang berlainan. Lipid boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan strukturasasnya, sama ada gliserol atau bukan gliserol. Semua lipid berasaskan gliserol mengandungi unit-unit asidak berantai karbon panjang dan mempunyai kumpulan karboksil (- COOH). Dari aspek pemakanan haiwan , lipid berasaskan gliserol lebeh penting daripada yang tidak berasaskan gliserol kerana ia boleh dicerana dan digunakan oleh haiwan sebagai sumber tenaga.

    Apabila merumus rangsum, pastikan bahan makanan yang mengandungi lemak diberi pada aras rendah kerana aras yang terlalu tinggi menjadikan makanan mudah rosak dan cepat tengik.

    Sebahagian besar lemak dalam tisu disintesis daripada karbohaidrat yang berlebihan. Tetapi kandungan lemak yang ada dalam makanan boleh juga mempengaruhi jenis lemak yang dibina didalam badan. Jika asid lemak yang dihasilkan terdiri daripada asid lemak tak tepu, maka lemak yang terkumpul akan mengandungi asid lemak tak tepu. Ini akan menjadi daging kelihatan berminyak dan mudah menjadi busuk. bahkan makanan yang boleh menghasilkan kesan-kesan ini ialah seperti jagung, hampas sawit dan hampas kekacang, terutama sekali apabila diberi pada aras yang tinggi.

    Note: Rujukan nota krusus pemprosesan
    bahan-bahan makanan ternakan
    MARDI

    Rumput kering ialah rumput yang diotong dan dijemur hingga kandungan airnya dalam lingkungan 12 – 14 %. Rumput kering ini boleh disimpan beberapa lama dan dikekalkan mutunya.
    Pengunaan jentera untuk memotong dan membuat rumput kering telah lama dijalankan di ladang-ladang ternakan. Cara ini agak sukar dipraktikkan  dikawasan penternak kecil kerana kawasan yang kecil dan tidak setempat. Oleh yang demikian pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mengalakkan  penternak-penternak menanam rumput secara kecilan (homeplot) dan jika terdapat hasil rumput berlebihan, penternak-penternak disyorkan membuat rumput kering sendiri dengan menjemurnya mengunakan cahaya suria.

    Faedah rumput kering (Hay)

    • Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang  terjamin kesediaanya

    • Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang  sesuai

    • Senang diangkut dan digunakan.

    Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-

    • Segar dan bebas dari rumpai

    • Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga)

    • Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %)

    Jadual  Nilai Pemakanan Rumput Segar dan Silaj

    Jenis Rumput

    Jumlah Nutrien Terhadam

    Protein Kasar (%) Kehadaman Protein Kasar (%)
    Rumput Napier Segar 53.3 8.7 60.5
    Silaj Rumput Napier 52.8 7.2 41.0
    Rumput Guinea Segar 50.8 9.0 51.7
    Silaj Rumput Guinea 45.8 5.7 32.3

    Purata bahan kering dan nilai analisis proksimat rumput kering yang disimpan untuk beberapa jangkat waktu

    Jangka waktu penyimpan(bulan) Bahan Kering % Protein Kasar % Gentian Kasar % Lemak Kasar % Jumlah Abu % Ekstrak Tanpa ‘N’ %
    2 79.18 10.26 31.41 1.42 6.56 41.05
    4 74.45 10.48 34.85 1.16 9.08 43.93
    6 90.57 11.36 37.91 1.17 3.35 41.21
    8 90.57 10.56 35.01 0.97 8.01 45.45
    10 89.34 11.03 36.53 0.96 7.33 44.15
    12 87.34 9.20 33.08 1.02 7.01 49.69

    Laman Berikutnya »

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 160 other followers