Archive for September, 2007

Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 . Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.

Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini. Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara. Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang).

Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan. Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang 50 ekor.

Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.

TUJUAN PEMELIHARAAN:

  • *Sebagai rekreasi dan kegemaran
  • *Sebagai tindakan mencegah kepupusan
  • Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
  • Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
  • Sebagai makanan enak
  • Sebagai Perhiasan

INFRASTRUKTUR LADANG

Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.

Tabiat

Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi. Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.

Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat¬-tempat yang tertentu

Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok. Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi tempat laluan ternakan ini.

Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.

Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok

Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik

Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan

Pagar Sekeliling

Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .


Kawasan ragutan dan makanan

Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa. Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi. Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.


Pedok Kawalan

Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa. Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap

Rumah Gelap

*Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
*Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
*Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
*Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
*Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
*Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap

Bangsal Untuk Meletak Makanan

Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang berbumbung bagi meletak bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh. Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.

Kolam Mandi

Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik. Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.

Update me when site is updated

Itik muscovy tempatan dikenali sebagai itik nila atau itik serati. Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.

Pusat Pembiakan Itik, Jabatan Perkhidmayan Haiwan, Kg Paya Jaras Hilir adalah satu- satunya ladang yang menghasilkan anak itik komersil pedaging jenis muscovy di Malaysia. Pada tahun 1992, pusat ini telah mengimport sebanyak 500 ekor induk baka tulen dari Perancis bagi menghasilkan anak itik komersil yang bermutu dan dibekalkan kepada penternak- penternak kecil sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Sejak itu pengeluaran terus di tingkatkan.

Pusat ini terus giat memperkenalkan dan meningkatkan pengeluaran selari dengan permintaan orang ramai. Dari tahun ke tahun didapati ‘trend’ permintaan bagi setiap tahun kebiasaannya meningkat mengikut musim perayaan kaum cina seperti pada perayaan Kuih Bulan dan Tahun Baru Cina tetapi keadaan ini mula berubah sejak akhir- akhir ini kerana telah dipengaruhi oleh permintaan dan penyertaan pesawah padi/ petani melayu secara kecil- kecilan tajaan Jabatan Pertanian di seluruh negara di bawah kawalan makhluk perosak.

Anak itik yang dihasilkan oleh pusat ini kebanyakkannya ( 60% ) dibekalkan kepada penternak- penternak kecil yang menternak antara 100- 300 ekor secara ‘ all in all out ‘ selebihnya kepada penternak semi komersil yang menternak 300-1500 ekor sepusingan. Oleh kerana perusahaan ini masih baru dan keistimewaan yang ada pada itik muscovy memberi peluang kepada industri ini berkembang dengan baik, seterusnya menyumbang dalam memenuhi keperluan daging negara dan juga untuk eksport.

Pembangunan Ladang

Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai sangat penting dan memulakan perancangan yang baik
agar suasana dan persekitaran nyaman dan selesa untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian. Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada. Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.

Cuaca negara kita sentiasa panas dan lembap, reban perlu direka bentuk untuk mengurangkan tegasan iklim, memberi pelindungan itik semasa peringkat membesar sehingga peringkat jual. Reban dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink. Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan. Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan. Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual. Selain bahagian reban penyediaan bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas.Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.

Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada. Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.

Peralatan:

  • Kepungan
  • Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.

  • Bahan sarap.
  • Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.

  • Alat pemanas.
  • Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.

  • Bidai.
  • Bidai/ dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.

  • Bekas makanan dan minuman.
  • Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapat makanan dan minuman yang mencukupi.Bekas air
    berbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.


    Operasi dan pengurusan

    Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-

  • Peringkat perindukan – 1 hingga 2 minggu.
  • Peringkat umur – 3 hingga 4 minggu.
  • Peringkat membesar – 5 hingga 13 minggu.
  • Tempoh perindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangat penting dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Pada hari ketibaan anak itik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan. Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera. Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius. Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal. Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.

    Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban. Keadaan suhu dalam reban yang sesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itik di dalam kepungan. Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat. Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan. Bidai mula diselak secara beransur- ansur selepas 2 minggu. Peringkat 3 hingga 4 minggu, bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

    Peringkat membesar 5 hingga 13 minggu, pada peringkat ini makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.

    Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik

    Pengeluaran yang baik bergantung pada makanan ternakan yang bermutu.Makanan permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP dan makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP. Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu dan makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.Dedak komersial boleh didapati di pasaran.

    Kesihatan dan Amalan yang Baik

    * Itik yang sihat menentukan keuntungan. Pengurusan yang baik dapat mengawal kadar kematian di paras 3 % setiap kumpulan.
    * Program suntikan pelalian perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit berpunca dari virus tertentu. Khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan perlu diterap dalam pengurusan harian.
    * Memotong paruh juga perlu dilakukan kerana itik muscovy mempunyai paruh yang mencangkuk ( tajam). Dalam keadaan stress selalunya pada umur 2-3 minggu itik akan patuk-mematuk bahagian belakang dan bulu yang baru tumbuh.
    * Mengawal kemasukan penyakit dengan mengawal pergerakan pelawat, pekerja, kenderaan. Menyediakan ‘foot-bath’ membasmi kuman di hadapan setiap pintu masuk ladang/reban sangat-sangat diperlukan.
    * Hapuskan tikus dan burung yang berkeliaran di dalam reban kerana binatang-binatang ini pembawa penyakit dan bakteria.
    * Penternakan itik juga perlu diurus dengan baik dan mesra alam.
    * Air cucian dari reban perlu di salurkan ke dalam kolam kumbahan yang disediakan oleh pihak ladang.Itik yang mati tidak wajar di buang merata- rata bagi mengelakkan pencemaran bau dan penaykit.
    * Lubang pembuangan itik mati yang bertutup papan tebal sedalam 4 hingga 6 kaki dalam perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini.

    Ladang perlu mewujudkan dan mengamalkan sistem rekodan yang baik.Data- data boleh membantu pengusaha menganalisis pengurusan bagi membaiki kelemahan dan meneruskan usaha, pencapaian yang baik bagi menjamin keuntungan yang lumayan dan berterusan.

    Pemasaran

    Daging muscovy pasarannya masih kecil berbanding dengan pemasaran itik peking, pemasarannya masih terhad dan hanya tertumpu pada musim perayaan. Ianya di jual diperinggkat ladang, diproses di rumah sembelih dan dipasar segar di seluruh Malaysia.

    Sistem integrasi bersepadu pemeliharaan itik pedaging jenis peking telah dimulakan oleh beberapa syarikat.
    Penternak itik dipilih oleh syarikat dengan syarat penternak mesti mampu membina reban sendiri. Syarikat bertanggungjawab membekal anak itik dan makanan kepada penternak dan kemudiannya membeli balik itik yang
    telah memcapai umur sembelihan dengan harga yang telah dijanjikan sebelumnya. Itik muscovy juga diharapkan akan diusahakan secara sepadu seperti ini tidak lama lagi.

    Pasaran dalam negeri terhad kepada itik yang bersaiz kecil (betina) dan itik jantan yang berumur dalam lingkungan umur 11 minggu dengan berat 3.8 kg. Pasaran Singapura terutama musim perayaan mengkehendaki itik jantan
    yang bersaiz besar purata 4.5 kg.

    Pentarnak kecil memasarkan itik kepada pemborong atau orang tengah. Itik dimuatkan kedalam bakul yang serupa dengan bakul ayam yang boleh memuatkan antara 8 hingga 10 ekor dan diangkut ke rumah sembelih
    dengan menggunakan lori. Itik yang sudah diproses (chilled) diedarkan kerestoran-restoran cina dan juga hotel.

    Harga pasaran itik hidup di semenanjung ialah diantara RM3.80 hingga RM4.20 dan meningkat kepada RM6.50 pada musim perayaan. Manakala harga itik proses ialah antara RM6 hingga RM9 dan meningkat kepada RM12 pada musim perayaan.

    Promosi merupakan satu elemen yang penting bagi meningkatkan penjualan di mana ianya dapat memberi dan meningkatkan kesedaran serta pendidikan di kalangan masyarakat terhadap khasiat dan keenakan daging muscovy terutama kepada masyarakat melayu dan india. Promosi haruslah dijalankan secara berterusan dan berkesab melalui media massa dan elektronik seperti program pendidikan di sekolah, promosi prodak dan masakan di seluruh Malaysia. Daging muscovy amat sesuai dimasak dengan cara merebus (stew) dan ianya sangat popular di Pulau Pinang, Sarawak dan Singapura. Ia juga sesuai untuk masakan melayu dan india seperti rendang dan kari.

    Update me when site is updated

    Pengurusan Ternakan

    Output yang maksimum memerlukan

    * kualiti anak ayam yang dibeli,
    * kualiti dan pengurusan makanan / minuman,
    * pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.

    Pengurusan Sisa Ladang

    Sisa ladang mengakibatkan

    * tempat pembiakan lalat
    * penarikan pemangsa ke ladang
    * penyakit
    * bau

    Lokasi Ladang

    Ciri-ciri dalam pemilihan tapak ladang -

    1. Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
    2. Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
    3. Jauh dari lain – lain ladang
    4. Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
    5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

    Binaan Reban

    Reban yang dibina hendaklah dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.

    Kilang Makanan

    Pada masa ini terdapat lebihkurang 47 buah kilang makanan ternakan di Malaysia. Sebanyak 38 buah terdapat di Semenanjung manakala 9 buah lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan. Bahan-bahan mentah utama makanan ayam seperti jagung dan kacang soya diimport terutamanya dari China, Amerika Syarikat dan Argentina.

    Pengurusan Penyakit
    Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang.
    Kos operasi akan meningkat akibat dari

    * penggunaan ubat rawatan
    * kematian
    * terjejas pertumbuhan
    * kehilangan kualiti selepas diproses

    Vaksin dan Ubatan

    Terdapat beberapa buah syarikat yang membekalkan ubatan dan vaksin yang diperlukan oleh industri. Hampir kebanyakan bekalan ini diimport.

    Amalan Perladangan Yang Baik
    Amalan perladangan yang baik akan memberi beberapa faedah -

    * ladang produktif
    * kos diminimumkan
    * output dimaksimumkan
    * persekitaran dan hasilan yang bermutu

    Teknologi
    Teknologi baru yang diperkenalkan -

    * Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal
    * Penggunaan teknologi automasi

    Peralatan Ladang

    Peralatan hasilan tempatan -

    * bekas makanan
    * bekas minuman
    * raga ayam

    Peralatan dari luar negeri -

    * alat pengeraman
    * alat penetasan

    PEMASARAN AYAM DAGING

    # Lebih dari 80 peratus ayam daging dipasar dalam bentuk ayam hidup kepasar-pasar basah.
    # Antara 15 hingga 20 peratus dihantar untuk disembelih di loji-loji penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai

    * ayam siang bersih
    * keratan ayam

    dan setengah syarikat menggunakan nya untuk diproses menjadi produk hiliran.

    Update me when site is updated

    DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

    Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

    Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

    Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

    Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

    Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

    Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

    Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

    Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

    Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

    Sedang mengalami jangkitan kuman.

    Warga tua dan tinggal bersendirian.

    Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

    Berusia di bawah 12 tahun.

    Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

    Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

    Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

    Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi
    Menggigil
    Terlalu lemah
    Amat lapar
    Berpeluh
    Pucat
    Berdebar-debar
    Gelisah
    Koma (tidak sedarkan diri)
    Kerap buang air kecil
    Terlalu dahaga
    Sangat letih
    Amat dahaga
    Kulit dan lidah yang terlalu kering
    Fikiran terganggu
         

    Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

    Diet – Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

    Sahur Berbuka
    Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
    3-4 keping roti ATAU
    Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
    Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
    Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
    Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.


    Senaman
    – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

    Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

    Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

    Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

    Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

    Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

    Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

    *Sebelum bersahur
    *Dua hingga empat jam sebelum bersahur
    *Sebelum berbuka puasa
    *Dua hingga empat jam kemudian

    Perkara lain yang perlu diberi perhatian

    Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

    Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

    Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

    Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

    Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

    Update me when site is updated

    Warning: Unknown: open(/var/chroot/home/content/g/i/g/gigco/tmp/sess_e0bed5f17b45a9792a42493769417f4c, O_RDWR) failed: No such file or directory (2) in Unknown on line 0

    Warning: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct () in Unknown on line 0