
DR. Abd. Shukor Abd. Rahman menunjukkan portal myfruits bagi mencari maklumat buah-buahan tempatan.
Adakah anda sukar mendapatkan maklumat-maklumat terperinci mengenai buah-buahan utama negara ini?.Sekarang dengan adanya portal myfruits.org sesiapa saja boleh mendapatkan apa saja maklumat mengenai 10 jenis buah-buahan utama yang dikehendaki.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman berkata, myfruits. org merupakan saluran maklumat buah-buahan tropika berbentuk `One-Stop-Shop’.
“Portal ini diwujudkan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor buah-buahan tropika yang terdapat di negara ini.
“Ia mengandungi lebih 1,000 helaian maklumat merangkumi pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Edisi yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai lepas memaparkan 10 jenis buah-buahan tropika yang disenaraikan dalam Dasar Pertanian Negara ke 3 (DPN 3)
Buah-buahan berkenaan adalah belimbing, mangga, betik, nanas, jambu batu, tembikai, limau, nangka, rambutan dan durian.
Menurut Abd Shukor, portal myfruits.org dibangunkan oleh MARDI, International Tropical Fruits Network (TFNEt) dan CABI melalui pembiayaan Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS) yang diuruskan oleh MIMOS.
Portal yang dibangunkan bermula Oktober 2003 sehingga Julai 2004 memberikan tumpuan kepada lima kumpulan sasar iaitu penyelidik, pengeksport, pemproses, agen pengembangan dan petani.
Abd Shukor berkata, myfruits. org amat sesuai bagi lima golongan sasar berkenaan kerana terdapat:
* lebih 1,000 helaian maklumat berkaitan biologi, varieti, taburan geografi, penggunaan, pemakanan, agronomi, pasca tuai, pemprosesan, pemasaran dan perdagangan.
* halaman informasi yang mudah dilayari termasuk informasi teknikal dalam kotak dialog
* maklumat komprehensif mengenai makhluk perosak, penyakit dan musuh semulajadi
* informasi harga pasaran buah-buahan yang dikemaskini
* tayangan video daripada pelbagai aspek industri buah-buahan
* lebih 300 imej
* forum penghubung antara komuniti buah-buahan
* pencarian teks penuh dengan keseluruhan pangkalan data maklumat
* berita dan acara berkaitan
* maklumat komprehensif piawaian antarabangsa dan garis panduannya
Beliau menambah, bilangan buah-buahan di dalam portal berkenaan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.
“Selain itu pihak MARDI juga mempunyai kakitangan terlatih bagi mengemaskini portal berkenaan.
“Di samping itu kakitangan berkenaan juga akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai soalan yang bakal diajukan,” katanya.
Mereka yang berminat bolehlah melayari http://www.myfruits.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Di samping itu mereka yang berminat mengenai teknologi maklumat dalam pertanian bolehlah menghadiri persidangan kebangsaan AgriICT 2005 anjuran MARDI di Berjaya Times Square pada 27 dan 28 September ini.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi ibu pejabat MARDi di talian 03-89437230
(Dr. Ibni Hajar), 03-89437041 (Ramlah Mohd Isa) atau 03-89437149 (Rosna Amir).
Julai 6, 2009 at 8:20 pm
interesting
Julai 24, 2009 at 7:24 am
salam..boleh tak saya dapatkan harga pasaran untuk buah tempatan..
Ogos 3, 2009 at 7:22 pm
salam…sya ingin mencari pembekal buah2han tempatan.maksud saya ,saya mencari pekebun yg menjual hasil mereka secara borong.
Jun 18, 2010 at 4:21 pm
Yang Berbahgia Dr Shukor Abd Rahman,
Saya telah pun menyenarai hampir 80 jenis buah-buahan tempatan, sama ada yang popular mahupun yang diklasifikasi sebagai buah nadir. Dalam senarai saya terdapat beberapa buah yang perlukan bantuan tuan untuk mendapatkan nama botani. walaupun terdapat beberapa buku dalam pasaran mengenai buah-buahan tempatan, namun saya bertekad untuk mengeluarkan lagi sebuah buku untuk tatapan anak cucu saya. mudah-mudahan berhasil. Terima kasih
mohd rodhi puteh