Ogos 2007



DR. Abd. Shukor Abd. Rahman menunjukkan portal myfruits bagi mencari maklumat buah-buahan tempatan.

 

Adakah anda sukar mendapatkan maklumat-maklumat terperinci mengenai buah-buahan utama negara ini?.Sekarang dengan adanya portal myfruits.org sesiapa saja boleh mendapatkan apa saja maklumat mengenai 10 jenis buah-buahan utama yang dikehendaki.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman berkata, myfruits. org merupakan saluran maklumat buah-buahan tropika berbentuk `One-Stop-Shop’.

“Portal ini diwujudkan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor buah-buahan tropika yang terdapat di negara ini.

“Ia mengandungi lebih 1,000 helaian maklumat merangkumi pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Edisi yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai lepas memaparkan 10 jenis buah-buahan tropika yang disenaraikan dalam Dasar Pertanian Negara ke 3 (DPN 3)

Buah-buahan berkenaan adalah belimbing, mangga, betik, nanas, jambu batu, tembikai, limau, nangka, rambutan dan durian.

Menurut Abd Shukor, portal myfruits.org dibangunkan oleh MARDI, International Tropical Fruits Network (TFNEt) dan CABI melalui pembiayaan Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS) yang diuruskan oleh MIMOS.

Portal yang dibangunkan bermula Oktober 2003 sehingga Julai 2004 memberikan tumpuan kepada lima kumpulan sasar iaitu penyelidik, pengeksport, pemproses, agen pengembangan dan petani.

Abd Shukor berkata, myfruits. org amat sesuai bagi lima golongan sasar berkenaan kerana terdapat:

* lebih 1,000 helaian maklumat berkaitan biologi, varieti, taburan geografi, penggunaan, pemakanan, agronomi, pasca tuai, pemprosesan, pemasaran dan perdagangan.

* halaman informasi yang mudah dilayari termasuk informasi teknikal dalam kotak dialog

* maklumat komprehensif mengenai makhluk perosak, penyakit dan musuh semulajadi

* informasi harga pasaran buah-buahan yang dikemaskini

* tayangan video daripada pelbagai aspek industri buah-buahan

* lebih 300 imej

* forum penghubung antara komuniti buah-buahan

* pencarian teks penuh dengan keseluruhan pangkalan data maklumat

* berita dan acara berkaitan

* maklumat komprehensif piawaian antarabangsa dan garis panduannya

Beliau menambah, bilangan buah-buahan di dalam portal berkenaan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

“Selain itu pihak MARDI juga mempunyai kakitangan terlatih bagi mengemaskini portal berkenaan.

“Di samping itu kakitangan berkenaan juga akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai soalan yang bakal diajukan,” katanya.

Mereka yang berminat bolehlah melayari http://www.myfruits.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Di samping itu mereka yang berminat mengenai teknologi maklumat dalam pertanian bolehlah menghadiri persidangan kebangsaan AgriICT 2005 anjuran MARDI di Berjaya Times Square pada 27 dan 28 September ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi ibu pejabat MARDi di talian 03-89437230

(Dr. Ibni Hajar), 03-89437041 (Ramlah Mohd Isa) atau 03-89437149 (Rosna Amir).

MELAKA – Sejenis tembikai madu dikenali sebagai “Golden Langkawi” yang mula ditanam di negeri ini secara komersial mempunyai keistimewaan dari segi rasa selain harganya yang tinggi.

Tembikai tersebut yang berkulit keras berwarna kuning keemasan dijual pada harga RM5 setiap kilo di pasaran runcit. Ia didapati lebih manis dan rangup daripada tembikai biasa selain dapat bertahan lebih 20 hari daripada rosak.

Syarikat pertanian, Koon Huat Agricultural Sdn. Bhd., mempelopori tananam tembikai tersebut dengan teknik penanaman moden menggunakan teknologi pertanian dari Taiwan.

Tembikai tersebut ditanam di kawasan 46 hektar di Gapam di sini sejak Mac tahun ini dan kini telah mula dieksport.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Ahmad Hamzah yang melawat ladang itu hari ini memberitahu, Golden Langkawi dijangka menjadi produk pertanian baru untuk negeri ini sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.

Setakat ini, katanya, penanaman tembikai spesies baru itu menggunakan kaedah “mesra alam” iaitu tanpa menggunakan banyak banyak kimia, sebaliknya lebih subur dengan baja organik.

Jabatan Pertanian akan memberikan bantuan teknikal kepada pengusaha persendirian yang berminat untuk menanam tembikai jenis baru itu, kata Ahmad.

Sementara itu Pengarah Urusan Koon Huat Agricultural, Koh Eng Koon menyatakan, Golden Langkawi atau nama asalnya Golden Lady telah menembusi pasaran Taiwan dan Hong Kong.

Beliau memberitahu, percubaan untuk menanam Golden Langkawi telah dijalankan sebanyak empat kali sebelum berjaya menghasilkan buah yang bermutu tinggi.

MELAKA – Sejenis tembikai madu dikenali sebagai “Golden Langkawi” yang mula ditanam di negeri ini secara komersial mempunyai keistimewaan dari segi rasa selain harganya yang tinggi.

Tembikai tersebut yang berkulit keras berwarna kuning keemasan dijual pada harga RM5 setiap kilo di pasaran runcit. Ia didapati lebih manis dan rangup daripada tembikai biasa selain dapat bertahan lebih 20 hari daripada rosak.

Syarikat pertanian, Koon Huat Agricultural Sdn. Bhd., mempelopori tananam tembikai tersebut dengan teknik penanaman moden menggunakan teknologi pertanian dari Taiwan.

Tembikai tersebut ditanam di kawasan 46 hektar di Gapam di sini sejak Mac tahun ini dan kini telah mula dieksport.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Ahmad Hamzah yang melawat ladang itu hari ini memberitahu, Golden Langkawi dijangka menjadi produk pertanian baru untuk negeri ini sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.

Setakat ini, katanya, penanaman tembikai spesies baru itu menggunakan kaedah “mesra alam” iaitu tanpa menggunakan banyak banyak kimia, sebaliknya lebih subur dengan baja organik.

Jabatan Pertanian akan memberikan bantuan teknikal kepada pengusaha persendirian yang berminat untuk menanam tembikai jenis baru itu, kata Ahmad.

Sementara itu Pengarah Urusan Koon Huat Agricultural, Koh Eng Koon menyatakan, Golden Langkawi atau nama asalnya Golden Lady telah menembusi pasaran Taiwan dan Hong Kong.

Beliau memberitahu, percubaan untuk menanam Golden Langkawi telah dijalankan sebanyak empat kali sebelum berjaya menghasilkan buah yang bermutu tinggi.

BUTTERWORTH – Peladang, nelayan dan penternak kini mampu menjadi kaya dengan penggunaan teknologi tinggi dan pendapatannya boleh mencapai antara RM20,000 dan RM100,000 sebulan, kata Menteri Pertanian, Datuk Dr. Mohd. Effendi Norwawi.

Menurutnya, Mohd. Arif Mat Amin, dari Segamat, Johor yang mengusahakan tanaman terung dan tomato dengan teknologi fertigasi dan lindungan hujan, memperoleh pendapatan RM20,000 sebulan.

Abdul Rahman Hamat dari Kelantan tambahnya, yang menceburi bidang perikanan laut dalam dan menggunakan teknologi sonar ‘echo sounder’, alat pengesan arus, radar dan sistem pengesan lokasi (GPS), berjaya memperoleh RM100,000 setiap kali mendaratkan hasil tangkapannya.

Madri Abas dari Pahang yang mempunyai 42 kolam udang harimau pula ujar beliau, memperoleh hasil jualan sebulan sebanyak RM100,000 juga kerana sistem jagaan kolamnya yang berteknologi tinggi.

Mohd. Nazri Md. Hasan dari Rawang Selangor pula yang menternak 1,000 ekor lembu feedlot dengan loji sembelihan sendiri memperoleh pendapatan RM80,000 sebulan hasil jualan antara 200 dan 300 ekor lembu setiap bulan.

”Contoh-contoh ini bukannya dibuat-buat tetapi yang sebenarnya berlaku dan membuktikan bahawa kita mampu menggunakan teknologi bagi memudahkan kerja,” katanya pada majlis perasmian Hari Peladang, Nelayan dan Penternak Pulau Pinang di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh timbalannya, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar.

Effendi berkata, kementeriannya sedang berusaha melakukan perubahan terhadap sektor pertanian secara keseluruhan, bagi merealisasikan wawasan baru negara untuk memodenkan sektor itu dan menyumbang lebih banyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, bagi tahun ini, dijangkakan sektor pertanian akan memberikan sumbangan sebanyak RM17.8 bilion atau 12.8 peratus kepada KDNK.

Bagaimanapun menjelang tahun 2010, tambah beliau, kementerian membuat sasaran untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada RM31.1 bilion atau 10 peratus kepada KDNK.

”Tumpuan penuh adalah kepada meningkatkan pengeluaran komoditi makanan kerana sasaran kementerian menjelang tahun 2010 adalah meningkatkan pengeluaran komoditi makanan kepada RM16.1 bilion atau 5.1 peratus kepada KDNK berbanding cuma RM5.2 bilion pada tahun ini.

”Adalah diharapkan peningkatan itu akan dapat mengurangkan penggantungan negara kepada import bagi keperluan komoditi makanan,” ujarnya.

Menurutnya, oleh itu antara perubahan yang akan dilakukan dalam sektor pertanian ialah mengalihkan kegiatan berteraskan tradisional dan secara kecil-kecilan kepada aktiviti berskala besar, moden dan mampu menyumbang kepada pendapatan yang tinggi kepada petani.

Tambah beliau, segala cabaran seperti daya pengeluaran dan teknologi rendah serta pergantungan kepada pasaran tempatan akan cuba diatasi dengan bantuan semua agensi di bawah kementeriannya.

PERTANIAN bukan lagi bidang yang hanya dianggap sebagai pekerjaan `sekadar cari makan’ semata-mata tetapi sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh dan menggunakan inovasi tertentu ia akan memberi pulangan lumayan.

Buktinya, petani profesional Harrani Dayat, 32, kini mampu tersenyum melihat hasil titik peluhnya setiap kali mengutip hasil.

Bermula sebagai pekerja pertanian di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Harrani mengorak langkah sebagai usahawan tani yang boleh dibanggakan.

Pengorbanannya berhenti kerja atas prinsip ingin berbakti kepada tanah dan kerja `makan gaji’ tidak memberi kepuasan nyata berbaloi kerana gelaran usahawan berjaya sudah dalam genggaman.

Harrani mencuba teknologi tanaman sayur menggunakan kaedah fertigasi, gabungan antara `fertilization dan irrigation’ (pembajaan dan pengairan) atau kaedah titisan baja serta Struktur Perlindungan Hujan (SPH).

Melalui kaedah ini, medium tanaman ditukar daripada kaedah biasa menggunakan tanah kepada campuran sekam padi dan abu sabut kelapa.

Air dan nutrien dicampur dan disalurkan kepada pokok melalui medium tanaman.

Katanya, melalui cara ini kawalan air dan nutrien dibuat lebih mudah berdasarkan kepada fasa pertumbuhan pokok.

Manakala Struktur Perlindungan Hujan dapat mengelakkan tanaman terdedah pada cahaya matahari dan mengurangkan serangan penyakit serta hujan berlebihan.

Menurut Harrani, kaedah ini diperkenalkan oleh juru perunding dari Belanda yang digunakan oleh PPNJ pada 1994.

Beliau mempelajari kaedah itu ketika masih bertugas mengendalikan projek berkenaan bersama PPNJ di Projek Sayur Fertigasi Sungai Lebak, Kota Tinggi.

Harrani kemudian mengambil keputusan mengusahakan sendiri projek tersebut di Kampung Nawi Jawa, Batu Pahat berbekalkan modal permulaan sebanyak RM100,000.

Projek itu berkeluasan 0.4 hektar dengan setiap 0.2 hektar ditanam dengan tomato dan terung.

Projek dimulakan pada Jun tahun lalu dengan fasa pertama membabitkan tanaman tomato berkeluasan 0.2 hektar dengan kos RM70,000.

Kos ini meliputi kerja-kerja pembersihan, pembinaan SPH daripada plastik sebanyak empat unit dengan keluasan 1,538 meter persegi dan satu unit lagi berkeluasan 186 meter persegi.

Kerja-kerja lain termasuk pembinaan sistem pengairan titis dan lain-lain keperluan untuk projek tanaman satu pusingan tomato sebanyak 4,000 pokok yang ditanam dalam beg poli.

Hasil tanaman buah tomato sehingga akhir 2000 ialah sebanyak 25,000 kilogram dengan harga pada masa itu RM1.50 sekilogram.

Dengan perkataan lain, hasil jualan sebanyak RM37,000 berjaya diperoleh bagi fasa berkenaan.

Bagi fasa kedua tanaman terung diusahakan di kawasan seluas 0.2 hektar dengan kos sebanyak RM30,000 meliputi kerja-kerja pembersihan, penyediaan kawasan dan penyediaan pokok terung sebanyak 1,000 pokok.

Menurut Harrani, sepokok tomato mampu mengeluarkan buah sehingga enam kilogram bagi satu pusingan selama enam bulan atau 120 tan sehektar setahun.

Bagi terung, ia mampu mengeluarkan hasil 10 kilogram sepokok bagi satu pusingan antara tiga dan empat bulan.

Katanya, secara keseluruhan bagi satu pusingan kedua-dua tanaman mampu mengeluarkan hasil antara 16 dan 20 tan bagi kawasan seluas 0.2 hektar.

Beliau bercadang mengusahakan tanaman sayuran lain termasuk cili, timun Jepun, kacang buncis dengan menggunakan kaedah fertigasi.

Mengenai pasaran, Harrani yang berkelulusan dari Institut Pertanian Malaysia, Air Itam berkata, pada masa ini beliau memasarkan hasil tanaman melalui jualan borong kepada pemborong tempatan.

Beliau kini dibantu oleh dua pekerja bagi mengusahakan projek tersebut.

Selain projek di Kampung Nawi Jawa, Batu Pahat, beliau juga mengusahakan kawasan tanaman seluas lima hektar di Kota Tinggi dengan bantuan sembilan pekerja.

Harrani berkata beliau menyewa tanah untuk mengusahakan projek itu daripada PPNJ.

Sementara itu, berdasarkan analisis kewangan Jabatan Pertanian, projek berkenaan sangat berdaya maju.

Menurut analisis itu, dengan kadar diskaun 10 peratus bagi tempoh selama 10 tahun hasil bersih 0.4 hektar tomato ialah sebanyak RM529,842.

Walaupun enggan menyatakan angka sebenar pendapatannya, difahamkan melalui projek tanaman itu, anak watan Batu Pahat ini mampu memperolehi pendapatan dalam lingkungan RM4,000 sebulan.

Kejayaan Harrani itulah yang mahu diperbanyakkan oleh Kementerian Pertanian dalam usaha negara mencapai matlamat mengangkat sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

Harapan DPN3 tentulah mahu lebih ramai lagi `Harrani’ dapat dihasilkan melalui projek mengkomersialkan sektor pertanian pada masa akan datang.

bird_of_paradise__phoenix_bird__burung_cenderawasih.jpg

KUALA LUMPUR: Hanya kerana taksub terhadap kepercayaan tahyul burung cenderawasih mampu menarik kekayaan serta membawa ‘tuah’, ada golongan kenamaan dan kerabat diraja sanggup menawarkan RM1 juta bagi mendapat seekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.

Malah lebih pelik apabila helaian bulu burung itu yang direndam dalam minyak masak sebelum dibotolkan turut boleh dijual menjangkau harga RM5,000 sebotol.

Keghairahan luar biasa ini menyebabkan ada peniaga ubat-ubatan tradisional sanggup menipu dengan meletakkan bulu ayam atau burung spesies lain sebelum dijual kepada orang ramai yang taksub terhadap ‘keramat’ burung berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Celescoriano Razond, berkata kegilaan terhadap perkara mistik yang terdapat pada burung cenderawasih itu menyebabkan pemburu haram di negara jiran berlumba-lumba menyeludup masuk bangkai burung spesis ini ke Malaysia kerana menyedari terdapat permintaan tinggi di negara ini.

Anehnya penduduk dan rakyat di Indonesia sendiri tidak mengendahkan kewujudan burung berkenaan yang diyakini ramai penduduk negara ini berkesan sebagai ‘pelaris’ diri dan perniagaan selain turut diyakini boleh menjadi minyak pengasih.

Menurutnya, hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakin bahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwa mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.

“Akibatnya setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.

“Bagaimanapun, menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, terbaru, pegawai Perhilitan sebelum ini pernah memberkas dua lelaki Indonesia berusia 30-an yang didapati menyeludup masuk lebih lima ekor burung cenderawasih ke negara ini.

“Mereka tidak sekadar cuba menjual burung cenderawasih yang awet itu malah turut menawarkan minyak berisi bulu burung cenderawasih yang didakwa boleh dijadikan minyak pengasih. Ini terbukti apabila kami menemui kotak kayu berisi berpuluh botol kecil yang didakwa minyak sakti burung cenderawasih

“Pegawai Perhilitan turut merampas satu kitab mengenai hikmat dan keajaiban doa burung cenderawasih dan pelbagai buku lain yang menceritakan kehebatan burung cenderawasih ini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kitab yang ditemui itu, bulu burung cenderawasih didakwa boleh bertukar menjadi batu permata sekiranya jatuh ke bumi.

“Manakala isi perutnya dicampur dengan minyak kepala hijau dijadikan ubat pelbagai penyakit. Ia turut boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan suami isteri dalam memperoleh kebahagiaan rumah tangga.

“Bulu burung ini pula jika dipakai di kepala atau dijadikan tangkal boleh dijadikan ubat pengasih, pelaris atau penunduk,” katanya.

Namun katanya, apa yang menyebabkan burung cenderawasih digilai golongan kenamaan adalah kerana kepercayaan ia boleh mendatangkan tuah ‘segunung emas’ selain memberi kekuasaan jika disimpan di rumah.

Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan itu tidak berasas dan fakta disampaikan nyata tidak benar kerana cenderawasih sememangnya wujud sebagai spesies burung biasa di bumi dan bukannya berasal dari syurga seperti diwar-warkan.

Difahamkan terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.

Malah menurutnya, Taman Burung Kuala Lumpur sendiri memiliki tiga cenderawasih berjenis Paradisea Apoda yang masih hidup untuk dipamerkan untuk tontonan pengunjung, sejak lima tahun lalu.

“Yang pasti burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsu kononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.

“Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menjual atau menyimpan burung cenderawasih terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki burung liar yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 160 other followers