Panduan Ternakan Puyuh

coturnix.jpg

Pendahuluan

Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-

  • Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
  • Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
  • Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
  • Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
  • Tidak banyak masalah penyakit
  • Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
  • Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).

Perancangan Projek

  • Kos/Modal
  • Ladang
  • Pengurusan
  • Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.

Kos/Modal

Diperlukan untuk:-

  • Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
  • Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.

Ladang

Pemilihan kawasan:-

  • Keluasan tanah
  • Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
  • Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
  • Jauh dari kawasan penternakan lain
  • Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
  • Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan:-

  • Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
  • Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

  • Peredaran udara yang sempurna
  • Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
  • Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.

Peralatan

  • Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
  • Bekas minuman
  • Tirai/Bidai
  • Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
    lampu minyak.
  • Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
  • Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
  • Alat pembentung (lantai bawah)
  • Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)

Pengurusan

* Baka


Jenis

Asal

Umur Jualan

Bob White

US

6-16 minggu

Contrunix Japonica

Japan

6 minggu

Cross bred

Tempatan

6 minggu

IKTA

JPH

6 minggu

Pemakanan

Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-

  • Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
  • Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:

  • Tenaga = 2600 – 3200 ME
  • Protin Kasar = 24 – 25 %

Cara Pemberian

Cara Pertama

  • 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
  • 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet

Cara Kedua

  • 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
  • – Quail Starter Mash

Cara Ketiga

  • 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
  • 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

Perindukan

Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

  • Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh
  • Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
  • Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
  • Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
  • Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
  • Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
  • Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
  • Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
  • Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

Membesar

  • Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
  • Pastikan air/makanan sentiasa ada
  • Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
    makanan
  • Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
  • Jual pada umur yang ditetapkan
  • Rekod semua aktiviti harian.

Pengurusan Rekod

Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan

Rekod Pengurusan

Catatkan yang perlu ada antaranya:-

  • Kumpulan pemeliharaan – kali ?
  • Baka
  • Punca penetasan/tempat dibeli
  • Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
  • Tarikh terima/beli puyuh
  • Bilangan yang dibeli
  • Tarikh/bilangan dijual
  • Berat puyuh dijual
  • Bilangan mati
  • Lain-lain.

Rekod Kewangan

Catatan yang perlu ada antaranya:-

  • Hasil/Jualan
    -Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
  • Perbelanjaan Operasi
    – Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
  • nilai bangunan dan peralatan
  • Keuntungan/Kerugian
    – Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan

Pemasaran

Strategi Pemasaran

Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan

  • Tempat
    – Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
    – Tiada masalah kemudahan air dan letrik
    – Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
    – Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
  • Pengeluaran
    – Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
  • Harga
    – Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
    – Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
  • Pengiklanan/Promosi
    – Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.

Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”

  • Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
  • Pemotongan
    – Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
    – Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
    – Dipotong mengikut permintaan

Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

  • “Breading ”
    – Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
    – Biasanya halus atau sederhana
    – Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
  • “Predust”
    – Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
    – Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
    – jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
  • “Batter”
    – Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
    – kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

141 thoughts on “Panduan Ternakan Puyuh

  1. salam sejahtera,
    sy mmg brcadang utk menternak puyuh,
    tp sy belum dpt lg pembekal utk puyuh,
    utk pengetahuan,sy tinggal d kemaman,di mana sy boleh dptkan benih puyuh? & kursus puyuh?
    harap dapat menolong.

  2. Assalamualaikum,

    Utk bekalan puyuh di Terengganu.
    »
    » Bekalan boleh dibeli dari En Zakaria Hussin, Kg Padang Machang, Belara K.Terengganu.No. Tel: 09-6153513 @ HP:012-9226993.( Penetasan Sendiri)

    • Terimakasih harizamrry kerana memaparkan maklumat contact saya disini…untuk pengetahuan semua,pihak kami juga mengeluarkan beberapa model mesin penetasan….puyuh,ayam ,itik dll unggas yang bertelur.

      • Salam en Zakaria,

        Sy ingin cuba memelihara burung puyuh,bagi permulaan atau studay stage, sy nak cuba secara kecil2an dulu…
        Boleh saya belajar ngan encik mcmmn nak memlihara puyuh and melawat tempat encik….
        Boleh bincang pasal anak benih skali….

    • assalamualaikum en.zakaria, saya ingin mengetahui bagaimana cara saya hendak menjual telur puyuh saya………………saya berharap semoga en.zakaria dapat menolong saya menjual telur puyuh kepada pemborong.

  3. sy berminat untuk menjalankan penternakan puyuh.tetapi saya ingin tahu dimana saya boleh mendapatkan anak benih puyuh di selangor,dan berapa kos harga untuk seekor anak puyuh.adakah kursus penternakan puyuh masih dijalankan oleh pihak jabatan?.bila?.bagaimana pula dengar pasarannya.tolong bantu saya..sy masih baru dalam bidang ni!

  4. assalamualaikum…ade sape2 yg boleh bg sy nombor kontek sape yang ade bekalkan anak puyuh telur area tampoi or johor bahru….saya nk bela puyuh telur la,,,,,tp xtau mana nk dapt bekalan….huhu…tolong ye….

  5. Assalammualaikum,

    Saya adalah pengusaha ternakan puyuh baka IKTA di negeri Johor dan buat masa ini membekalkan anak burung puyuh di sekitar daerah Pontian dan Simpang Ranggam.

    Ingin menyediakan contrak farming kepada sesiapa yang berminat untuk ternakan ini tetapi masih mencari pemborong atau frozen food yang ingin membeli daging burung puyuh. Daging puyuh segar sedia dipasarkan jika ada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

    Harga boleh dirunding dan saya boleh dihubungi ditalian 013-7321324

    • saya nak tanya. di mana saya boleh dapatkan baka puyuh dan berapa harganya bg benih anak puyuh?
      Terima kasih.

    • Assalamualaikum,

      Saya ingin menceburi dalam bidang penternakan Burung Puyuh Daging & Telur di Johor.
      Saya harap Tuan dapat menolong saya cara dari mula dari segi tiori & praktikal dan sanggup menghabiskan masa 2-3 hari untuk saya, sila hubungi saya atau email untuk kita berbincang.
      tel : 016-7213110
      email : ctudin@yahoo.com.my

      Sekian,
      Dengan harapan besar,
      Din.

  6. Tuan Saya masih belum dapat pengusaha yang menjual anak puyuh di Shah Alam Selangor. kalau sesiapa dapat bekalkan anak puyuh tolong telephone saya 017-2460140.

  7. sy ingin bertanya.. berapakah kos anggaran untuk membuat reban puyuh jika sy ingin membela puyuh sebanyak 1000 ekor.. berapakah keluasan reban yang diperlukan..

  8. Saya berminat sekali untuk sukses dalam ternakan puyuh ni, masa memang terluang, tempat pun dah ada, tp modalnya tak ada lg, peluang pun mungkin tak sampai lg, ilmu pun tak banyak sangat, kalau ada sesiapa yang baru berjinak-jinak dgn bidang ni blh lah contact saya utk berkongsi apa-apa. AZAHA. (atiha@azmatisma.com) – (0132729119).

  9. boleh sesiapa beritahu dimana saya boleh dapatkan anak burung puyuh penelur anggaran 200-500 ekor ? buat pengetahuan saya di kwsan kuantan . jadi amat sukar mendapatkan benih burung puyuh ini. saya baru saja ingin berkecimpung dalam bidang ini. setelah melihat potensi ternakan ini. sila email kepada saya . tqvm.

    • salam,,,,,sy dr kemaman,sy ada terbaca email awak,tempat sy ada penjual puyuh, kalau berminat email kat sy,,,,,,sy pn baru nk cuba2 ternak juga

  10. a’kum..ade sesape boleh crite kat saya kat mane tempat kursus burung puyuh ni…..tak kisah anjuran goverment atau swasta…mane-mane pun boleh…..nak dapatkan info lebih detail psal puyuh ni..

  11. asalamualaikum…
    sy brasal dari sebuah kpg di negeri perak,berumur 25tahun..
    Sekrg sy sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.. Persoalan sekarang sy cukup berminat dlm bdang perusaan ternakan terutama puyuh..
    Buleh saudara mcm mn sy nk memulakan hajat sy ini.

  12. asalamualaikum…
    sy brasal dari sebuah kpg di negeri perak,berumur 25tahun..
    Sekrg sy sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.. Persoalan sekarang sy cukup berminat dlm bdang perusaan ternakan terutama puyuh..
    Buleh saudara bantu terangkan serba sedikt mcm mn sy nk memulakan hajat sy ini. emailkan kpd adm_town@yahoo.com

  13. assalamualikum..tunang sya baru nak berjinak2 dengan pertenakan puyuh nie..bangsal puyuh pun tlh siap di buat..tapi sya x yakin..betl ke gan pertenakan puyuh dpt menjamin kehdpn?berapa purata keuntungan dalm sebulan yer? puyuh yg ada dlm 3000 ekor…

  14. saya berminat utk kursus penternakan burung puyuh
    saya tinggal di kemaman,
    boleh sesiapa tolong saya utk menjalani kursus yang berdekatan di kawasan kemaman ataupun terengganu?
    sila hubungi saya di talian
    017-9700359 (firdaus)
    email: stvn_grdr@ymail.com

  15. Saya dulu penternak puyuh daging IKTA di Semenyih, Selangor tapi oleh kerana bekalan dedak puyuh naik tinggi, saya dah berhenti.Di mana saya boleh dapatkan dedak yg murah? Sila hubungi saya 016-2432312

  16. Kami ada banyak burung puyuh. Sekiranya anda mahukan puyuh dalam kuantiti yang banyak sila tel saya: 012-8681168

    • Salam amir,

      Saya sedang menembusi market burung puyuh keluar negara, penting utk saya mengetahui capability awak….. consistency awak….

      International puyoh trader

    • Saya pemborong puyuh secara besar-besaran di kawasan selangor, shah alam dan rawang. Sedang mencari stok puyuh beku/fresh utk pasaran tempatan. keperluan 2-4 kali seminggu. Preferably berat 135gm/ekor. Boleh bagi harga dengan segera? TQ

  17. saya pelajar dpim jengke ingin mengetahui bagaimana unt merancang ternakan burung puyuh secara kecil-kecilan dan anggaran kos berapa

  18. saya sedang butuh stok telur puyuh yang lumayan banyak (15.000 butir/minggu). lokasi saya dijakarta selatan. mohon informasinya yang dapat membantu saya mendapatkan telur puyuh itu. makasih

  19. saya ada menjual daging puyuh pelbagai gred
    serta telur.
    sesiapa yang berminat blh lah hubungi saya
    019-9259605
    017-9002914
    Kuantan, pahang

  20. assalamualaikum semua.. saya ada menjual anak puyuh daging baka ikta umur 3 hari harga RM 0.70 sekor.

    hubungi saya
    019-9259605

    Lokasi Kuantan

    • Saya ingin mencuba menternak puyoh secara kecil2lan…

      sebagai percubaan shj

      bagaimanakah boleh saya dapat anak benih dr awak?

  21. rmy say

    Tak lama lagi teman nak balik kg beruas perak,
    rasa nyea nak cuba ternak kecil2an ,kat manaleh dapat bekalan? ada tak krusus

    Jan 22,2010 11am

    • salam,
      ingin bertanya kepada saudara mohd fadli bin ngaimin yg membekalkan puyuh sekitar pontian di atas(01 307321324) masih adakah lagi buat kontrak farming kepada penternak puyuh?
      saya telah berkusus puyuh pedaging di ITU masjid tanah melaka,sekarang sdg belajar ternak puyuh sedikit.saya ada kawasan dan reban 20’x 60′.saya tinggal diJasin melaka.sya dah sms tp tiada jawapan.tk

  22. macam mana nak beli hover gas (alat pemanas burung puyuh 1 hari ke 10 hari,

    tempat nak beli anggaran harganya

    sy berasal dr kg olak lempit, banting,
    019-222 7727/013-2777126

  23. Salam,

    Saya berminat membela puyuh,
    1.dimanakah kursus berkaitan boleh ambil?
    2.Siapa yang mengadakan kursus tersebut?
    3. Dimanakah boleh sy dapat anak benih?
    4. Bagaimana dgn pasaran?

    KEMAMAN, TERENGGANU
    -Nasa

  24. saya ingin mengetahui bagaimana unt merancang ternakan burung puyuh secara kecil-kecilan dan anggaran kos berapa

  25. saya peminat baru bidang ini dan ingin mendapt info mengenai kursus penternakan puyoh daging dan telur. Sila berikan info terima kasih

  26. saya sebelum ternak pergi kursus,dulu.ilmu dah ada sikit.cari pengusaha puyoh yg berjaya,timba ilmu penjagaan,proses.tak bela lagi.belajar buat pemasaran.pemasaran o.k.pelanggan dah ada.start ternak dgn jumlah 1000 ekor.alang seluk pekasam,biar sampai dipangkal lengan.alang -alang buat biar menjadi duit.mesti ada step by step.

  27. Salam…
    Kat mana nak tahu kalau ada kursus ternakan puyuh sekitar pahang @ KL…lagi satu pembekal ank puyuh sekitar temerloh,kuantan,jerantut@jengka…saya nak dptkan anak puyuh ni…

      • Salam Nabilla, kalu nk benih@baka puyuh leh kontek saya. Area Mentakab n bentong. Berminat blh contek saya 012-9186109 (Along)

    • wkmslm wbr. Farud. kalu kt phg, benih pyuh blh carik kt Mentakab n bentong, nak Incubator penetasan tu pu blh.. bila2 sng bleh call saya 012-9186109 (Along)

  28. saya bercadang menternak puyuh , saya dari pahang (kuantan) ,saya ingin menternak puyuh sebagai sumber pendapatan saya,
    a)di mana saya boleh dapatkan bekalan anak puyuh?

    b)dimana saya boleh dapatkan tempat penetasan telur dan berapa harga?

    c)saya bercadang hendak menjual anak puyuh,telur puyuh dan daging puyuh tetapi saya tidak mempunyai pelanggan.bantulah saya…….

  29. saya sedang menternak puyuh telor dan pedaging sebanyak 4000 ekor..dan inkubator manual yang boleh ram telor puyuh sebanyak 500 biji…sesiapa yang beminat cal saya ..013-5211953

  30. assalamualaikum…..
    saya baru sahaja berjinak2 untuk membela puyuh,tetapi selepas dua hari membela,saya dapati burung puyuh saya mati tanpa diketahui sebabnya……padahal saya letak didalam reban yang luas,suasana yang baik….makananan dan minuman mencukupi

  31. a’kum semua…
    sy ingin mengetahui sesiapa yg ada menjual burung puyuh di sekitar sungai petani, kedah.. ayah sy ingin mengusahakan ternakan burung puyuh…msj sy..0162770995

  32. kami membekal anak puyuh, daging puyuh segar, telur puyuh…
    area sg buloh selangor…
    sebarang pertanyaan…..
    016-6219995
    aiza farm….

  33. saya nak tanya, kenapa burung puyuh saya yang saya pelihara suka mematuk belakang burung puyuh yang lain sehingga menyebabkan burung itu mati.

  34. salm..sy ada bela puyuh 2 3 bln tp puyuh tidak mengeluarkan telor,apesal eaa??makan je byk..hehe..satu lg,mcm mne nk kenal jantina burung puyuh?

  35. saya ingin mencuba menternak puyuh telur..adakah ia lebih risiko dari puyuh daging.buat masa sekarang sebagai hobi ,saya ingin membela sebanyak 50 ekor.berapa kos anggarn dan kandang yang sesuai…kalau boleh gmbarajahnya sekali… jika berjaya mungkin ia satu bienes buat saya pada masa akan datang… bantulah saya..

  36. sekor umur sehari 1.00sen, 28hari 2.50. sen. kos buat sendiri lbih kurang 500 sedap lah tu,,ada baki lagi kot.muat hmmm 200 boleh adjust..

  37. sy berminat untuk menjalankan penternakan puyuh.tetapi saya ingin tahu dimana saya boleh mendapatkan anak benih puyuh di melaka,dan berapa kos harga untuk seekor anak puyuh.adakah kursus penternakan puyuh masih dijalankan oleh pihak jabatan?.bila?.bagaimana pula dengar pasarannya.tolong bantu saya..sy masih baru dalam bidang ni!

  38. saya hairi from selangor saya berjaya memjaga sebnayak 130 ekor puyuh sehingga umur 2 minggu iaitu setelah keluar bulu,,, malagnye bile saya pindahkan,,, hari ke hari ada kematian disebabkan patukan di bahagian ekor atau tongkeng,,, saya pisah kan puyuh ini kepada

  39. assalamualaikum…..sy tggl kat bhau n9,sy brhjat nk mncuba ternak puyuh,sy nk tw kat mana sy dpt ikuti kursus penternakan puyuh??

  40. sy penternak puyuh penelur….sy juga menjual anak-anak yg berumur 1 hari dgn harga seekor rm0.50……telur puyuh sebiji rm0.10
    dr batu hampar dalam bruas perak

  41. salam,, saya nak tanye.. ade x kursus untuk perusahaan ternakan puyuh? kalaw ade tolong bg tahu secepat mungkin kerana kawan sy berminat untuk menyertainya dan mahu membuka perusahaan puyuh..bley hntr ke email sy.. faraha.umar@yahoo.com..
    tq 🙂

  42. salam,, saya nak tanye.. ade x kursus untuk perusahaan ternakan puyuh? kalaw ade tolong bg tahu secepat mungkin kerana kawan sy berminat untuk menyertainya dan mahu membuka perusahaan puyuh..bley hntr ke email sy.. faraha.umar@yahoo.com..
    tq 🙂

  43. Salam.. Tumpang tanya. Ayah saya ada hobi baru nak bela puyuh. Saya hanya nak menggembirakan hati ayah saya. Di mana saya boleh dapatkan puyuh hidup dalam 10-20 ekor di kota tinggi johor?

  44. salam,, saya nak tanye.. ade x kursus tahun 2014 untuk ternakan burung puyuh? kalaw ade tolong bg tahu secepat mungkin kerana kawan sy berminat untuk menyertainya dan mahu membuka perusahaan puyuh..bley hntr ke email sy.. elmihamid34@gmail.terima kasih…..

    Balas

    • salam,, saya nak tanye.. ade x kursus tahun 2014 untuk ternakan burung puyuh? kalaw ade tolong bg tahu secepat mungkin kerana sy dan kawan berminat untuk menyertainya dan mahu membuka perusahaan puyuh..bley hntr ke email sy.. elmihamid34@gmail.terima kasih…..

      Balas

  45. assalamualaikum…..saya dari kedah,teringin nak try buat bisnes puyuh.tempat dah ada.tinggal lagi nak carik modal…tapi nak buat kecik2 dulu…kat mana nak amik kusus ni.mohon bgtau sat kat mana nak p…tq.salam….

  46. salam..sya divva..sya menternak n mnjual puyuh n ayam d langkawi…sbarang tempahan blh hubungi sya d 0194278932

  47. Assalamualaikum otai otai semua. Saya baru mulakan ternakan puyuh induk 20 ekor & berjaya menetaskan 50 ekor anak puyuh. Saya nak menuntut ilmu ternakan puyuh. Di mana saya boleh dapatkan kit makanan & minuman, dedak penelur, dedak pedaging di sekitar johor atau melaka. Sesiapa yang boleh cadangkan saya untuk mesin incubator automatic boleh tinggalkan no.telefon. terima kasih

  48. assalammualaikum…di mana nk dapatkan anak burung puyuh yg berumur satu ari di area kuala ketil or sungai petani kedah..saya ada usahakan ternakan puyuh

  49. assalammualaikum,saya nk mencari anak burung puyuh di kuala ketil or sungai petani atau kawasan yg berhampiran denganya…saya ada usahakan ternakan puyuh

  50. assalammualaikum…..saya mizi…sya menternak dan mnjual puyuh serta ayam kampung mardi di kuala terengganu …sbarang tempahan blh hubungi sya 010 3422499

Tinggalkan Jawapan kepada shahrulshuhaida bt ibrahim Batal balasan