PANDUAN PENANAMAN CILI

Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti petua yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM

Penyediaan Kawasan

  • Meletakkan Sungkupan
  • Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
  • Pengubahtanaman
  • Penyiraman
  • Pembajaan
  • Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
  • Pungutan Hasil
  • Penyediaan kawasan

  • Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
  • Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
  • Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.
  • Batas

  • penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
  • penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 – 150 sm
  • jarak antara batas : 60 –100 sm
  • antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
  • Meletakkan sungkupan

  • Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga
  • Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
  • Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.
  • Penyemaian dan penyediaan anak benih

    Biji benih

  • 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
  • Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).
  • Kaedah penyemaian

  • Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
  • diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
  • Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
  • Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
  • Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
  • Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.
  • Pengubahtanaman

  • Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
  • Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
  • Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
  • Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
  • Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat.
  • Penyiraman

    Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang

    Pembajaan

  • Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
  • Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
  • Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
  • Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
  • Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
  • Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
  • Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
  • Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit

  • Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
  • Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
  • Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
  • Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.
  • Pungutan hasil
    Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.

    55 thoughts on “PANDUAN PENANAMAN CILI

    1. blh prof terangkan pasal penanaman cili guna sistem fertigasi. saya ade tanah stengah ekar. bagaimana nak mula dan kosnya.

    2. pndpt sy klu pkok jdi bantut,cube2 try buang ceding pkok……..klu daun pkok 2 jdi kerinting,berkemungkinan dier kena serang oleh ktu trip

    3. asalam.. saya amat berminat dengan penanaman cabai ini. saya ingn mintk penjelasan daripada pihak tuan.. adakah dalam jangka masa selama 4 bulan.. dapat memberi pulangan keluasan tanah 100×400 kaki

    4. Salam, saya amat berminat tentang tanaman cili bangi ni, hasrat saya ialah untuk menambahkan pendapatan dalam bidang pertanian. Pertanyaan saya ialah, bagaimana nak tanam cili bangi ni di tanah yang sepatutnya di tanam getah, tanah berbukit dan keras. saya juga nak tau berapa banyak kos yang terlibat untuk saiz 3 ekar tanah. terima kasih

    5. Saya telah banyak membuat testimonial bagi penanaman cili.Hasil dari kajian saya,saya telah dapat menghasilkan satu produk baja cecair untuk pokok cili dan juga bahan kawalan perosak.jika ada sesiapa yang ingin mencuba produk tersebut bolehlah menghubungi saya melalui e-mail bioind@streamyx.com atau hishambiotech@hotmail.com
      Kesan dari penggunaan produk ini:
      1. Tanah akan menjadi lebih subur
      2. Penghasilan micro-nutrien untuk tanamam lebih banyak terhasil.
      3. Pengeluaran bertambah dan kualiti hasil lebih baik.
      4. Jangkamasa tuaian pertama dapat dipercepatkan.
      5. Selamat digunakan dan mesra alam.

    6. Saya mempunyai tanah di kampung. tapi xdak dibuat apa2. oleh itu saya berminat utk memjalankan penanaman chili merah. Saya ingin tahu selok-belok permulaan penanaman cili itu.

    7. selamat petang prof.
      saya menanam cili sebelah rumah saya lebih kurang 100 polibag. pokok cili sudah 2 bulan tapi pokok tak besar dan daun mula kerinting.
      saya gunakan baja cecair (15:30:15) setiap minggu. saya minta pandangan dari prof.
      terima kasih

      • Hi kumar, pokok u kena panyakit kerinting. biasanya disebabkan kutu trip, U kena banyakkan meracun utk serangga. Bukan bagi baja lagi…

    8. saya mempunyai tanah 1 hekar tak buat apa-apa olehb itu saya berminat utk menanam cili merah atau cili padi saya ingin tahu selok belok permulaan penanaman cili itu, brp perberlanjaan cili merah atau cili padi adakah sama perbelanjaanya. terima kasih prof

    9. saya ada menanam pokok cili di halaman rumah sebanyak 4 pokok usia 4 minggu (Polybag & pasu). Soalan: mengapakah belum ada tanda-tanda pokok ini akan berbuah?

    10. SY CUME NAK TANYE.BOLEHKAH KITE MENANAM CILI MENGGUNAKAN SISTEM SPRINKLER..BKNKAH KALAU KITE GUNAKAN SISTEM INI BONGA DARI POKOK CILI AKAN GUGUR.??MINTA TUNJUK AJAR…..

    11. saya mengalami masalah kerinting daun cili pada keseluruhan pokok. masalah ini berkembang dari satu pokok ke pokok lain. saya menggunakan racun hama,kulat,dan racun2 serangga lain seperti malathion ,tetapi masih tiada nampak kesan. adakah boleh kita campurkan semua racun ini sekali. adakah sesuai jika kita meracun setiap hari untuk menghapuskan masalah penyakit ini?

    12. saya amat berminat dgn penanaman cili ini….tp bukan di atas tanah…ianya di tanam mengunakan kaedah di dalam polibag…blh terangkan kepada saya bagaimana caranya untuk saya menjayakan penanaman cili dalam kaedah di dalam polibag ini..terima kasih..

    13. salam..
      jika pokok telah berumur 2 bulan dan diserang penyakit daun kerekut dan perang. apa yang perlu saya lakukan………

    14. saya mempunyai 2 ekar tanah dan ingin mengusahakan penanaman cili dengan kaedah polibag. boleh terangkan cara,modal dan kaedah2 untuk menjayakan penanaman saya, terima kasih

    15. SAYA MEPUNYAI 3 EKAR TANAH DAN SAYA INGIN MEGUSAHKAN TANAMAN CILI. BOLEH ERRANGKAN BAGAIMANA KAHEDAH UNTUK MEMULAKAN PENANAMAN CILI DAN SIAPA SAYA HARUS HUBUNGI.

    16. hye en harizamrry,

      saya atika..skang ni tgh praktikal..projek kami ialah my kitchen garden di salah sebuah rumah kebajikan..masalahnye..kami ada tanam cili dalam polibag..tapi cili tersebut mati..ape masalahnye ye..boleh kongsi tips sikit?ni emel saya tedigiggle@yahoo.com..tq (^_^)

    17. Saya teringin nak tanam chili merah . ada sesiapa boleh tolong saya cara permulahan chili macam mana cara dan kos penanaman .

    18. Asalamualaikum,
      Saya berminat nak mengusaha dan membekal tanaman chili merah kat P.Pinang INSHAALLAH..
      Panduan & Nasihat amat diperlukan..
      Sesiapa yang sudi berkongsi maklumat ..
      Teramat dihargai (Balik Pulau) tnah 1Hekar

    19. Asalamualaikum,
      Saya berminat nak mengusaha dan membekal tanaman chili merah kat P.Pinang INSHAALLAH..
      Panduan & Nasihat amat diperlukan..
      Sesiapa yang sudi berkongsi maklumat ..
      Teramat dihargai (Balik Pulau) tnah 1Hekar

      (04-6441730)

    20. saya mengalami masalah kerinting daun cili pada keseluruhan pokok. masalah ini berkembang dari satu pokok ke pokok lain. saya menggunakan racun hama,kulat,dan racun2 serangga lain seperti malathion ,tetapi masih tiada nampak kesan. adakah boleh kita campurkan semua racun ini sekali. adakah sesuai jika kita meracun setiap hari untuk menghapuskan masalah penyakit ini?

      • sepatutnya, pokok yang terkena serangan perlu diasingkan, dibakar, dan gantikan dengan pokok lain sebelum ia merebak ke pokok lain…

    21. Hello .. saya berminat untuk memulakan penanaman cili api , Ingin meminta tunjuk ajar secara details dan ingin memulakan dengan segera , saya memiliki tanah yang kosong sekitar 7 ekar dan apakah perkara2 yang perludibuat untuk memulakan penanaman ini sehingga berjaya .. terima kasih

    22. Saya ada tanah 2 ekar dan berhasrat nak tanam cili padi. kawasan tanah di port dickson. Apakah langkah2 yang perlu saya lakukan untuk memulakan penanaman ini

    23. salam prof.

      saya ada persoalan tentang prosedur dan teknik menanam pokok cili padi.

      1. bolehkah kita menanam cili di dalam polybag yang diisi tanah dan bukan menggunakan sabut kelapa atau sekam padi. apa kesannya pada tumbesaran, kualiti pokok dan hasilnya. mana lebih baik.? menggunakan tanah atau sabut kelapa.

      2. baja apa yg sesuai. ? baja 15, 17? komen tuan ttg penggunaan baja?

      3. bagaimana utk mengoptimumkan hasil atau buah pada setiap pokok cili. ada kaedah atau pengguanan baja yg lebih baik x?

      4. daun pokok cili menjadi kerinting. apa sebabnya? taruk racun puradan boleh x?

    24. Askum, saya nak tanya kalau cili dah boleh jual siapa yang nak beli???kena cari buyer sendiri ke??boleh x sesiapa bagi tau saya boleh ambil email saya:khanifkhan@yahoo.com..salam

    25. Saya amat berminat dgn penanaman cili dah telah mengusahakannya secara kecil-kecilan. Masalah yang saya hadapi adalah spt berikut:
      1. Daun cili saya menjadi keriting dan terbantut. Apa yg patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
      2. Bagaimana caranya untuk menyediakan tanah sebelum penanaman cili(tanam di tanah)?
      3. Apakah kadar naungan yang sesuai utk cili?

    26. Saya juga amat berminat didalam bidang pertanian terutama sekali penanaman pelbagai jenis cili.Saya sudah mencuba dengan membuat penanaman secara kecil-kecilan didalam kawasan rumah saya.Masalah yang saya hadapi ialah.
      1.Daun cili cepat kering selepas 2 minggu menanam.
      2.berapa kerap sekali kita perlu memberi baja kepada setiap tanaman cili kita
      3.berapa biji benih yang perlu untuk satu tanaman

    27. adakah keadaan tanah dan cuaca di taiping tidak sesuai untuk penanaman cili.ini kerana saya telah menanam pokok cili tetapi daun pokok itu menjadi kerinting dan buah cili belum masak tetapi gugur.

    28. Saya telah mula menanam cili api 2 bulan lepas.
      pokok telah pun berbuah.
      tapi skrg daunnyer dah mula kerinting dan buah banyak yg rosak sebelum masak.
      Racun ape yg harus saya gunakan untuk atasi masalah ni?

    29. saya telah menanam cili besar dlm pasu/polibeg beberapa bln yg lalu sbg hobi. pokok cili tersebut membesar,berbunga dan berbuah dgn baik.masalahnya buah cili tersebut akan gugur,berulat dan layu setelah hampir dia nak kemerahan (masak). saya dah cuba pelbagai baja dan racun tetapi sama je.minta pandangan ikhlas dari tuan yang arif.

      • rasanya itu disebabkan lalat buah (Fruit Fly). Biasanya lalat buah akan bertelur di dalam buah dan membuatkan buah itu busuk, gugur sebelum masak. Cara penyelesaian, buatkan perangkap lalat buah. Sila google.

    30. saya ada tanam cili. pokoknye hidup subur dan sentiasa berbunga.. masalahnya kenapa selepas bunga dia gugur, tangkai nya jd kuning dan gugur juga. pokok makin membesar tp smoi sekarang tak jd bbuah.. blh tolong saya atasi masalah ni?

    31. Salam Tuan, saya ingin bertanya.

      1.Sekiranya kita menanam cili padi kampung, adakah kita perlu menggunakan netting orkid untuk menggelakkan pokok kepanasan?

      2.Adakah Tuan membuat consultancy? atau bolehkah kita membuat temu janji untuk mendapatkan khidmat nasihat?

      Wassallam.

    32. saya ada tanah 2 eker..adakah saya mampu utk mengerjakannya seorang diri utk penanaman chili…saya berminat utk memulakan penanaman chili…

      • 2 ekar… cuba carik lagi 2 3 org pekerja. Cili ni perlu pemantauan yg kerap. Kena belek2 pokok tu, sbb pokok cili antara yg senang diserang oleh virus dan serangga…

    33. salam,
      xpaham nape sume yg komen cakap minat sgt ngn cili la,ada tanah pastu tnya camne nk mula pulak.aduh!xde planning ke?nampak mcm dorg ni xde basic lgsg.kalu btol minat ngn cili,usaha la cari tok guru.bkn stakat blaja ngn teori dr sini je.ni bkn minat namanya.nih malas! nk duit dtg golek2 dpn mata.terikut2 dgn ckp mulut org.org buat,aku pun nk buat!kalu minat,g tgk org yg buat tu,g ladang dia.sumenye nk jln mudah nk ade kt ujung jari je.org yg jwb kt cni blum tentu taw pape pn.g tgk live kt ladang.

      • sokong2… kat sini boleh dapat teori dan pengetahuan sikit2 je, mungkin 1% je kot…haha… Bila dah gi ladang, tengok, buat, alami benda tu, baru tau…haha…

    34. korang nk tnm cili lebih baik ambil kursus dgn jabatan pertanian, kalau xde mse nk kursus buat dulu atas tanah dalam 20 pokok bljr sndiri nk jd rezeki adalah insan yg boleh bg tunjuk ajar percuma bila tgk korang dh try dpn umah

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s