Jun 2007
Arkib Bulanan
Jun 27, 2007
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal,
warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Jun 27, 2007
Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang.InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.
Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).
Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)
APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!!itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 – 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu siibu’ dlm hidupnya. Pecayalah.
Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.
Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai… (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami.
Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta ‘sunarti’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belai roh’ suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa … apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.
Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi… semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit…malu org tenguk…tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, … kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit… tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’???
Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.
Jun 26, 2007
Wanita yang terdedah kepada asap rokok semasa mengandung berisiko dapat anak mengalami masalah kesihatan terutamanya masalah hiperaktif.
Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata masalah hiperaktif atau dalam istilah perubatan dipanggil ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD) dikesan dialami oleh lapan sehingga 10 peratus kanak-kanak sekolah di negara ini.
“Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Bebas Tembakau peringkat Kampus Kesihatan USM di sini, hari ini.
Beliau berkata, ibu-ibu mengandung yang terdedah kepada situasi itu juga berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan, cacat, lemah otak dan lahir tidak cukup bulan.
Kementerian Kesihatan melaporkan pada akhir 2006, jumlah perokok di Malaysia adalah seramai 3.8 juta.
Daripada jumlah itu Orang Melayu merupakan kategori perokok paling ramai iaitu 50 peratus berbanding Cina (21 peratus) dan India (9 peratus).
Dr Mafauzy berkata, setiap tahun kira-kira lima juta penduduk dunia mati akibat merokok dan di Malaysia, bilangan kematian akibat penyakit yang berkaitan dengan rokok adalah kira-kira 10,000 orang setahun.
“Sebanyak 30 peratus kematian adalah disebabkan kanser, 25 peratus sakit jantung dan 25 peratus strok.
“Dua pertiga daripada semua jenis penyakit kanser boleh dielakkan, dan caranya sangat mudah iaitu dengan berhenti merokok,” katanya
Jun 26, 2007
1,000 hektar kawasan tanaman di daerah Batu Pahat diserang penyakit ganjil sejak tujuh bulan lalu
BATU PAHAT: Kejadian ratusan hektar tanaman pisang di sekitar daerah ini diserang penyakit ganjil, memberi banyak kesan negatif terhadap bekalan buah itu di pasaran tempatan.
Selain perusahaan makanan ringan, penyakit dikenali sebagai layu veskular mula dikesan menyerang tanaman terbabit sejak Oktober tahun lalu itu, bakal menyebabkan ramai penggemar pisang goreng mengeluh panjang.
Ini berikutan penyakit berpunca daripada sejenis bakteria, ralstonia solana cearun, menyebabkan banyak pokok pisang matang dan sedang berbuah di kawasan terbabit mati.
Serangan bakteria baru ditemui itu, menyebabkan pokok pisang menjadi layu sebelum mati. Malah, ia turut merosakkan buah matang yang sedia untuk dituai.
Setakat ini, dianggarkan 1,000 hektar kawasan tanaman pisang di sekitar daerah ini, terutama di Rengit diserang penyakit ganjil berkenaan, sejak tujuh bulan lalu.
Penyakit yang hingga kini belum ditemui penawarnya itu, menyebabkan petani di kawasan terbabit kerugian hampir RM2 juta, sekali gus hilang punca pendapatan.
Antara kawasan paling teruk mengalami masalah berkenaan ialah beberapa kampung di Mukim Sungai Punggor, Mukim Kampung Bahru, Mukim Sungai Kluang serta Mukim Minyak Beku.
Serangan penyakit itu, kini dikatakan menjadi punca utama berlaku kekurangan bekalan pisang di pasaran tempatan, sekali gus menjejaskan operasi pengusaha makanan ringan serta penjual pisang goreng.
Bagi penjual pisang goreng, kekurangan bekalan pisang nipah atau kepok yang menjadi bahan utama perniagaan mereka, menyebabkan harganya kini meningkat lebih 15 peratus.
Peniaga, Halaji Majid, 63, berkata harga pisang berkenaan yang diperoleh daripada pemborong kini dijual sekitar RM0.80 sen sekilogram (kg), berbanding RM0.60 sen setiap kg beberapa bulan lalu.
“Saya terbabit dalam perniagaan pisang goreng di bandar ini, sejak lebih 20 tahun lalu dan pada masa itu, satu kilogram pisang berkenaan dijual kira-kira RM0.35 sen saja.
“Selain harganya berpatutan, kalangan peniaga pisang goreng di bandar ini tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan. Bagaimanapun, kini harga bahan itu meningkat kepada RM0.80 sen,” katanya.
Halaji berkata, walaupun harga borong bahan berkenaan sejak beberapa bulan lalu meningkat lebih 30 peratus, namun harga jualan pisang goreng di warungnya masih kekal RM0.10 sen sebiji.
Katanya, secara purata sebanyak 60 kg pisang nipah mentah digunakan menjadi pisang goreng di warungnya dalam sehari, sekali gus membolehkannya menyerap kos berkaitan.
“Walaupun jualan pisang goreng hanya mampu mengembalikan modal, saya tetap memperoleh sedikit keuntungan hasil jualan minuman serta makanan lain seperti pelbagai jenis kuih dan mi rebus,” katanya.
Peraih, Sidek Hussein, 31, berkata beliau mendapat bekalan pelbagai jenis pisang daripada petani di sekitar Kampung Sungai Ayam serta Sungai Suluh, di Batu Pahat.
Katanya, dulu harga satu kg pisang nipah yang diperoleh daripada petani di kawasan sekitar kira-kira RM0.40 sen, tetapi kekurangan bekalan menyebabkan ia meningkat kepada RM.060 sen.
“Pisang yang diperoleh daripada pembekal terbabit, terutama pisang nipah kemudian dijual kepada beberapa pengusaha warung pisang goreng di sekitar bandar berkenaan.
“Bagaimanapun, saya terpaksa mendapatkan bekalan daripada petani dari beberapa kawasan lain seperti Sungai Pulai di Muar, untuk menampung permintaan,” katanya.
Petani, Sadali Mahat, 50, berkata banyak tanaman pisang yang diusahakan di kebunnya di Kampung Baru, Parit Yaani, mati selepas diserang penyakit berkenaan kira-kira lima bulan lalu.
“Sebelum diserang penyakit, kebun seluas kira-kira satu hektar itu, mampu menghasilkan kira-kira 600 kg pisang setahun. Kini, hasilnya kurang daripada 100 kg sekali tuai.
“Selain menyerang tanaman pisang yang diusahakan di kawasan tanah pamah, beberapa rakan saya yang menanam pokok pisang di kawasan bukit, juga terkena serangan penyakit itu,” katanya.
Pekebun, Abdul Rahim Mohd Tahir, 61, berkata penyakit yang menyerang pokok pisang di kawasan berkenaan, termasuk di kebunnya di Kampung Sungai Punggor itu, belum pernah dialami sebelum ini.
“Saya sudah mengusahakan tanaman pisang sejak lebih 40 tahun lalu dan yakin masalah ini kali pertama dialami pekebun kecil di kawasan terbabit.
“Jika gagal diatasi segera, saya bimbang masalah ini akan menjadi lebih serius, termasuk menjejaskan pendapatan pekebun kecil di kawasan terbabit.
“Jadi, saya berharap pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Pertanian segera menjalankan kajian terperinci, bagi mengenal pasti punca serta kaedah berkesan mengatasi penyakit berkenaan,” katanya.
Abdul Rahim berkata, buah pisang yang diserang penyakit berkenaan, menjadi hitam dan tidak boleh dijadikan pisang goreng atau digunakan untuk membuat kerepek.
Beliau berkata, kalangan petani sudah menggunakan pelbagai cara seperti meracun rumpun pokok pisang yang terkena serangan penyakit itu, tetapi tidak berkesan.
Katanya, masalah berkenaan menyebabkan pendapatan mereka merosot mendadak dan sekali gus menjadi punca utama penyumbang kekurangan bekalan pisang di pasaran tempatan.
“Berikutan itu, ramai pekebun mengeluh dan terpaksa mengawal perbelanjaan harian mereka, berikutan kemerosotan pendapatan yang mendadak. Ada di antara kami hanya mampu memperoleh RM150 sebulan,” katanya.
Jun 26, 2007
MARDI telah berjaya mengeluarkan dua jenis pisang kacukan (MB1 dan MB2) hasil dari penyelidikan selama 8 tahun (Laporan The Sun bertarikh 19 Oktober 1999).
Ciri-ciri pisang tersebut :
* Pokok rendah
* Cepat berbuah dalam masa 6 hingga 8 bulan
* Rintangan kepada penyakit kulat seperti Fusarium
* Hasil yang tinggi iaitu keluaran sebanyak 35kg satu tandan
Pisang kacukan (hibrid) baru ini adalah khusus untuk pemprosesan seperti kerepek dan kurang sesuai untuk dimakan kerana rasa yang kemasaman. Mungkin ramai yang meminati keluaran pisang terbaru ini memandangkan ciri-cirinya yang baik.
Cara yang mudah untuk mendapat anak benih baru ini dengan cepat dan berganda besar jumlahnya adalah melalui kaedah “kultur tisu”.
| Apa dia kaedah kultur tisu?
Kultur tisu adalah satu kaedah di mana bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, batang atau tangkai bunga dan sebagainya digunakan dan disemai dalam tabung uji yang mengandungi bahan-bahan nutrien seperti vitamin dan garam-garam inorganik ataupun bukan organik serta hormon.Kaedah ini dilakukan dalam keadaan steril (basmi kuman).
|
|
Kebaikan kaedah kultur tisu
Cara tradisional menanam pisang adalah mengguna sulur yang diperolehi daripada pokok yang matang. Tetapi kualiti tandan pisang yang diperolehi tidak seragam dan juga jumlah sulur terhad. Malah penyakit pisang dibawa daripada satu generasi ke generasi yang baru. Melalui kaedah kultur tisu, beribu-ribu anak pisang yang kecil dapat dikeluarkan dengan serentak.
|
Pisang sering diserang oleh sejenis kulat Fusarium. Walau bagaimanapun MARDI telah menjalankan kajian dan mengeluarkan 3 jenis klon pisang yang mempunyai ciri rintangan penyakit yang disebabkan oleh Fusarium. Jenis-jenis pisang tersebut adalah seperti berikut :
a) Abu Baru
b) Embun Baru (jenis Cavendish)
c) Gold finger
Selepas padi, gandum dan jagung; pisang adalah jenis tanaman yang keempat penting dalam aktiviti tanaman kontan. Penanaman pisang berguna unuk memberi teduhan kepada tanaman yang lain seperti; koko kopi dan lada hitam. Pisang mempunyai banyak khasiat seperti zat fosforus, kalium dan vitamin seperti B6. Kandungan lemak pun rendah. Serabut daripada daun dan batang boleh digunakan untuk membuat tekstil.
 |
TropBio Research Sdn Bhd. telah berjaya mengkomersialkan beberapa jenis pisang yang tersebut di atas dengan bermacam rasa dan rupa seperti “Gold finger” yang manis dan enak rasanya seperti pisang rastali, tetapi saiz buah besar dan lebih padat. Ini membolehkan “Gold finger” digoreng atau dimasak cara lain.
Jenis pisang lain yang juga dikeluarkan oleh TropBio adalah Berangan Juara, Sri Latina dan Sri Manila (jenis Cavendish) |
Adakah penanaman pisang hasil daripada kultur tisu menguntungkan?
| Varieti |
Ketinggian pokok
(cm) |
Tempoh masa pucuk keluar (hari) |
Tempoh masa daripada keluar pucuk hingga menebang tandan (hari) |
Berat tandan
(kg) |
| Gold finger |
200 – 240 |
180 – 220 |
90 – 100 |
25 – 35 |
| Embun Baru |
230 – 280 |
200 – 240 |
90 – 100 |
30 – 35 |
| Abu Baru |
290 – 330 |
200 – 260 |
80 – 90 |
25 – 35 |

Mengapa tidak!
Data-data di atas menunjukkan penanaman pisang daripada kultur tisu menguntungkan.
Jun 21, 2007
PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
- mempunyai daya hidup yang tinggi
- bebas dari kecacatan
- penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
- menghasilkan telur yang berkualiti
- berat antara 65 – 75 gm sebiji
- kulit telur adalah keras
- warna kuning telur kemerah-merahan
- saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
- ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
- Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
- Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
- Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:
- Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
- Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
- Sarang bertelur
- Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
- Makanan komersil
- Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
|
Umur
|
Jenis Makanan
|
Kandungan
|
|
Protin
|
Tenaga
|
| 0 – 2 minggu |
“Duck Starter” |
20 %
|
2700-3000
|
| 2 – 3 minggu |
“Duck Starter” dicampur “Duck Grower” |
-
|
-
|
| 4 – 16 minggu |
“Duck Grower” |
16 %
|
2500 – 2800
|
| 16 minggu dan semasa bertelur |
“Layer” |
17 %
|
2600 – 2900
|
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
|
Umur
|
|
| 0 – 4 minggu |
1.2 kg. – 1.6 kg. |
| 5 minggu – 22 minggu |
11.0 kg – 11.8 kg |
| 22 minggu ke atas (semasa bertelur) |
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari |
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
- Menjaga kebersihan ladang setiap masa
- Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
- Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
- Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
- Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
- Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
- Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
- Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
- Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
- Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
- Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
- Persediaan sebelum ketibaan anak itik
- Pemeliharaan semasa perindukan
- Pengurusan semasa membesar
- Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
- Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
- Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
- Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
- Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
- Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
- Beri antistress selama 3 hari.
- Beri makanan duck starter crumble tanpa had
- Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
- Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
- Keluarkan alat pemanas dan pembentung
- Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
- Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
- Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
- Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
- Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
- Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
- Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
- Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
- Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
- Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
- Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
- Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
- Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
- Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
- Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
- Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
- Rekod pemeliharaan/pengurusan
- Rekod kewangan
Galeri Penternakan itik Muscovy

Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.

Antara bangsal ternakan itik muscovy.

Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor

Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.

Projek Itik kg.Tok Jembal
| ANALISA MARGIN KASAR |
| PROJEK TERNAKAN AYAM PENELUR |
| UNTUK SATU PUSINGAN |
|
|
|
|
|
| Bilangan ayam sepusingan |
|
100,000 |
ekor |
|
| Kadar kematian sepusingan |
|
15% |
|
|
| Kemasukan anak ayam dara (pullet) |
|
100000 |
ekor |
|
| Bilangan ayam penelur pada minggu ke 72 |
|
85000 |
|
|
| Purata pengeluaran telur |
|
75% |
|
|
| Tempoh pengeluaran telur |
|
52 |
minggu |
|
| Kadar Penggunaan makanan ayam penelur |
|
0.108 |
kg/ekor/hari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Perkara |
Unit |
Harga/ Unit |
Kuantiti |
RM/Pusingan |
| Hasil |
|
|
|
|
| Jualan telur ayam |
biji |
0.19 |
27,375,000.00 |
5,201,250.00 |
| Jualan ayam tua |
ekor |
3.00 |
85,000.00 |
255,000.00 |
| Jualan tinja |
bag |
2.50 |
78,000.00 |
195,000.00 |
| Jumlah Hasil |
|
|
|
5,651,250.00 |
|
|
|
|
|
| Kos Berubah 1 |
|
|
|
|
| Makanan penelur |
kg |
1.04 |
3,931,200.00 |
4,076,654.40 |
| Ayam dara (pullet) |
ekor |
10.41 |
100,000.00 |
1,041,392.66 |
| Jumlah Kos Berubah 1 |
|
|
|
5,118,047.06 |
|
|
|
|
|
| Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil – Jumlah Kos berubah 1) |
|
533,202.94 |
|
|
|
|
|
| Kos Berubah 2 |
|
|
|
|
| Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin |
|
(RM 0.03 /ekor) |
|
3,000.00 |
| Elektrik + Air |
|
(RM 0.4 / ekor) |
|
40,000.00 |
| Upah/Gaji |
|
( RM 2.10 / ekor) |
|
210,000.00 |
| Pembaikan dan senggaraan |
|
|
|
25,000.00 |
| Pelbagai |
|
|
|
10,000.00 |
| Jumlah Kos Berubah 2 |
|
|
|
288,000.00 |
|
|
|
|
|
| Margin Kasar 2 ( Margin Kasar 1- Jumlah Kos Berubah 2) |
|
245,202.94 |
|
|
|
|
|
Jun 21, 2007

Pendahuluan
Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-
- Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
- Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
- Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
- Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
- Tidak banyak masalah penyakit
- Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
- Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).
Perancangan Projek
- Kos/Modal
- Ladang
- Pengurusan
- Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.
Kos/Modal
Diperlukan untuk:-
- Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
- Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
Ladang
Pemilihan kawasan:-
- Keluasan tanah
- Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
- Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
- Jauh dari kawasan penternakan lain
- Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
- Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran
Sistem dan Bentuk Perumahan:-
- Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
- Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban
Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Peredaran udara yang sempurna
- Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
- Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
Peralatan
- Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
- Bekas minuman
- Tirai/Bidai
- Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
- Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
- Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
- Alat pembentung (lantai bawah)
- Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)
Pengurusan
* Baka
|
Jenis
|
Asal
|
Umur Jualan
|
|
Bob White
|
US
|
6-16 minggu
|
|
Contrunix Japonica
|
Japan
|
6 minggu
|
|
Cross bred
|
Tempatan
|
6 minggu
|
|
IKTA
|
JPH
|
6 minggu
|
Pemakanan
Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
- Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
- Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
- Tenaga = 2600 – 3200 ME
- Protin Kasar = 24 – 25 %
Cara Pemberian
Cara Pertama
- 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
- 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
- 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- - Quail Starter Mash
Cara Ketiga
- 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
- 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet
Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
- Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh
- Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
- Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
- Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
- Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
- Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
- Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
- Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
- Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
Membesar
- Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
- Pastikan air/makanan sentiasa ada
- Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
makanan
- Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
- Jual pada umur yang ditetapkan
- Rekod semua aktiviti harian.
Pengurusan Rekod
Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan
Rekod Pengurusan
Catatkan yang perlu ada antaranya:-
- Kumpulan pemeliharaan – kali ?
- Baka
- Punca penetasan/tempat dibeli
- Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
- Tarikh terima/beli puyuh
- Bilangan yang dibeli
- Tarikh/bilangan dijual
- Berat puyuh dijual
- Bilangan mati
- Lain-lain.
Rekod Kewangan
Catatan yang perlu ada antaranya:-
- Hasil/Jualan
-Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
- Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
- nilai bangunan dan peralatan
- Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan
- Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
- Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
- Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
- Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”
- Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
- Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
-
“Breading “
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
-
“Predust”
- Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
-
“Batter”
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)
Jun 21, 2007
Untuk mengurangi perasaan tertipu ketika membeli durian, berikut ini disajikan beberapa panduan dalam memilih durian di pinggir jalan, walaupun tidak selalu tepat namun dapat dijadikan pegangan secara umum :
a. Pilih buah yang kelima juringnya terisi sempurna. Kalau ada juring yang kosong (tidak berisi daging buah), biasanya bentuk buah menjadi tidak simetris (melengkung), duri mengecil, dan mengumpul.
b. Periksa seluruh permukaan kulit buah, jangan sampai ada lubang bekas ulat. Biasanya lubang ini berukuran sebesar kepala jarum pentul, kulit di sekelilingnya menjadi kecoklatan, dan sering terdapat bekas kotoran ulat (kalau belum dibersihkan oleh si penjual). Jangan percaya kalau si penjual mengatakan : “Aah, ini nggak apa-apa, cuma luarnya saja kok!”, karena di dalamnya daging sudah habis dan ulatnya gemuk-gemuk!
c. Pilih bentuk buah yang bulat membola karena biasanya mempunyai daging buah yang lebih tebal daripada buah yang berbentuk bulat memanjang. Ini logis karena ruang untuk daging buah menjadi lebih lebar, dan pembengkakan ini menyebabkan kulitnya agak lebar.
d. Jangan membeli buah durian yang dibungkus dengan daun aren, karena daun tersebut dapat menyembunyikan bagian yang cacat atau mungkin ujung kulit buahnya ternyata sudah merekah, sehingga dagingnya sudah masuk angin.
e. Durian yang sudah masak biasanya beraroma tajam, terutama pada bagian ujung buah. Perhatikan agar kulit di ujung buah belum merekah, tapi sudah mengeluarkan aroma. Tetapi berhati-hati jugalah pada ulah penjual yang nakal, karena dapat saja durian mentah diciprati oleh air cucian tangan (kobokan) orang yang baru saja makan durian, sehingga durian mentah pun dapat beraroma semerbak.
f. Durian yang sudah masak juga bisa diketahui dari suara gema bila kulitnya dipukul menggunakan gagang (tangkai) pisau. Bila bunyinya “…bluk…bluk…bluk…” itu tandanya buah sudah masak betul. Sebaliknya bila bunyinya “…plek…plek…plek…” tandanya belum enak dimakan. Seorang penjual durian yang sudah ahli bahkan cukup menggarukkan kukunya di atas duri-duri tajam, dan dengan ketajaman telinganya sudah bisa “mendengar” mana durian yang masak dan mana yang masih mentah.
g. Tangkai buah yang dipotong dengan pisau menunjukkan bahwa buah dipetik sebelum masak (mengkal), sehingga baru enak dimakan setelah diperam selama 2-3 hari. Durian jatuhan mempunyai ciri ujung tangkai buah yang tidak rata karena lepas dari dahannya secara alami, berarti buah tersebut sudah enak untuk langsung dimakan.
h. Tebal tipisnya daging durian dapat juga ditebak dari ketebalan tangkai buahnya. Tangkai buah yang tebal dan pendek cenderung menghasilkan daging buah yang tebal, karena semakin besar diameter dan semakin pendek tangkai buahnya maka akan semakin cepat dan banyak karbohidrat masuk dari daun ke dalam buah, sehingga akhirnya daging buah menjadi lebih tebal. Sebaliknya, bila tangkai buah kurus dan panjang, maka daging buah yang dihasilkan cenderung tipis.
i. Untuk menentukan apakah ukuran biji besar atau kecil, angkatlah dua buah durian yang besarnya sama. bila salah satu terasa lebih ringan, maka isinya berbiji kecil, dan kemungkinan daging yang dapat dimakan lebih banyak.
j. Buah yang berduri kecil dan rapat cenderung berdaging lembek (kadar airnya tinggi), sedangkan buah yang berduri besar dan jarang akan berdaging lebih kering.
k. Warna daging buah agak sulit untuk ditebak dari penampilan luar buah durian. Tetapi ketika masih di pohonnya, coba tengok warna bagian belakang daunnya. Bagian atas daun jelas berwarna haijau, tetapi bagian belakangnya dapat berwarna keperakan atau keemasan. Daun yang keperakan biasanya menghasilkan buah berdaging putih, sedangkan daun yang keemasan akan berdaging buah kekuningan.
l. Jangan membeli buah yang berukuran terlalu besar (lebih dari 4 kg), karena seringkali daging buahnya masak tidak merata. Bagian tengah dan ujung sudah cukup empuk dan enak dimakan, tetapi bagian pangkalnya masih keras dan belum manis.
m. Bila satu buah contoh yang dibuka ternyata berkualitas baik, maka carilah buah dari varietas yang sama (berasal dari satu pohon), karena besar kemungkinan kualitasnya akan sama pula. Cirinya adalah warna kulit, bentuk duri, dan bentuk buah sama.
Jun 21, 2007
“Hidup bukan setakat untuk hidup tetapi hidup mesti sihat” — Martial
Vitamin dan mineral adalah khasiat pemakanan utama yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat makanan atau nutrien ini memainkan peranan penting dalam pelbagai proses tubuh dan membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan, menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit kronik.
Apakah vitaman dan mineral?
Vitamin biasanya dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kepada keterlarutannya: larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak – A, D, E, dan K – memerlukan lemak diet betul-betul diserap dan diangkut di dalam tubuh. Vitamin larut lemak disimpan dalam bahagian sel lemak dan tisu badan.
Vitamin larut air – C dan vitamin B kompleks (seperti vitamin B6, B12, niasin, riboflavin, dan folat) diserap di dalam usus perut dan tidak disimpan dengan jumlah yang besar di dalam tubuh. Vitaman C atau B yang tidak digunakan oleh badan dibuang (kebanyakannya menerusi air kencing). Jadi, kita memerlukan bekalan baru setiap hari.
Vitamin adalah bahan organik (dihasilkan oleh tumbuhan dan haiwan) dan mineral pula adalah elemen bukan organik yang berasal dari tanah dan air dan diserap oleh tumbuh-tumbuhan atau dimakan oleh haiwan. Sesetengah mineral diperlukan dalam jumlah yang besar (lebih daripada 100
mg/hari) seperti zat kalsium dan fosforus. Mineral lain seperti kromium, kuprum, iodin, besi, selenium dan zink, yang dinamakan mineral surih, hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit setiap hari (kurang daripada 15mg/hari atau dalam mikrogram sahaja).
Perubahan berlaku
Kajian diet di kalangan penduduk Malaysia mendapati bahawa kebanyakan kita tidak mengambil vitamin dan mineral tertentu secukupnya terutamanya vitamin B, kalsium, zat besi dan iodin.
Kita juga harus sedar bahawa apabila umur meningkat, tubuh kita mungkin mengalami kesukaran untuk menyerap dan menggunakan sesetengah nutrien yang wujud semula jadi dalam makanan.
Kalsium juga menunjukkan penurunan yang berkaitan dengan usia di kalangan wanita selepas menopaus (putus haid), sebagai tambahan kepada penurunan yang berlaku semasa menopaus.
Vitamin dan mineral utama
Berikut adalah ringkasan beberapa vitamin dan mineral utama dan sumber makanan masing-masing.
Vitamin A
Vitamin A, yang mengelakkan masalah mata dan menggalakkan sistem imun yang sihat, penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel dan mengekalkan kesihatan kulit. Vitamin A juga dikenali sebagai vitamin antijangkitan, kerana ia diperlukan untuk fungsi sistem imun yang normal.
Sumber yang kaya vitamin A termasuk produk tenusu, organ dalaman, keledek, minyak ikan kod dan bijirin yang diperkuat. Sayur-sayuran hijau juga mengandungi karotenoid, walaupun pigmennya dilindungi oleh pigmen hijau daripada klorofil. Oleh itu, lobak merah, tomato, labu, mangga, betik, tembikai, cekur manis, cili merah, pucuk paku, kailan dan sawi kaya vitamin A.
Vitamin C
Vitiamin C diperlukan untuk membentuk kolagen, iaitu tisu perantara yang menghubungkan sel-sel. Vitamin C penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi serta saluran darah. Ia membantu tubuh menyerap zat besi dan kalsium, menyembuhkan luka dan untuk fungsi otak. Vitamin C selama ini dipercayai mampu mencegah atau mengubati selesema, tetapi umumnya, vitamin C dalam dos yang tinggi tidak membawakan kesan yang ketara dalam kejadian selesema yang biasa.
Sumber vitamin C yang baik termasuk cili hijau, brokoli, betik, oren, mangga, jambu batu dan banyak lagi buah-buahan lain. Mengambil dua hidangan buah-buahan sehari pasti akan memberi anda vitamin C yang secukupnya. Perokok pula mungkin memerlukan jumlah vitamin C yang lebih banyak berbanding individu biasa.
Vitamin D
Kekurangan vitamin D mungkin boleh menyebabkan riket, reumatoid artritis, sklerosis berbilang dan kanser. Nutrien ini melindungi kita daripada terjatuh dan patah tulang, di samping menggalakkan penyerapan kalsium untuk mengelakkan osteoporosis. Vitamin D didapati daripada kuning telur, ikan laut dalam, minyak ikan dan makanan diperkuat seperti susu dan marjerin.
Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan. Ia juga penting untuk kesihatan sel darah merah. Vitamin E boleh didapati dalam banyak makanan seperti olein sawit, kekacang dan sayur berdaun hijau. Begitu juga dengan bijirin dan roti gandum penuh.
Tiamina (B1), riboflavin (B2) & niasin (B3)
Kumpulan vitamin B yang penting ini membantu badan menukar karbohidrat menjadi tenaga dan diperlukan untuk membolehkan kulit, jantung, otot dan sistem saraf berfungsi dengan sempurna. Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuk roti, nasi, mi dan bijirin, khususnya jenis bijian penuh. Selain itu, daging, pis, lentil, kekacang, produk tenusu dan sayuran berdaun hijau juga banyak vitamin B.
Vitamin B6 (Piridoksina)
Vitamin B6 diperlukan untuk fungsi otak dan saraf yang normal. Ia juga membantu badan memecahkan protein dan menghasilkan sel darah merah. Pengambilan vitamin B6 yang rendah dikaitkan dengan kecacatan fungsi imun, terutamanya dalam golongan yang berusia. Vitamin B6 mungkin membantu menangani kemurungan dan keresahan dan dengan gabungan folat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pilihan makanan yang pelbagai mengandungi vitamin B6, dan ini termasuklah kentang, pisang, sayur kacang, bijian, kekacang, daging merah, daging ayam dan itik, telur, ikan, bayam dan bijirin bijian penuh.
(Rencana ini disumbangkan oleh Jacob’s – jenama biskut dan kraker yang dipercayai untuk pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif dan sihat).
Jun 21, 2007
LELAKI kalau bab kereta nombor satu. Teruja habis menjaga kenderaan lebih daripada diri mereka sendiri. Membuat penalaan (tune-up) setiap 3,000 hingga 5,000 kilometer? Sudah tentu. Memeriksa brek pada jarak 30,000km? Tiada banyak soal. Minyak hitam dan air yang mencukupi? Kereta berkilat? Semestinya!
Kalaulah mereka begitu bersemangat tentang penjagaan tubuh badan dan tangkas bertindak balas terhadap tanda-tanda amarannya seperti bunyi berdecit yang keluar daripada kereta anda, alangkah baiknya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada awal minggu ini menyeru orang ramai agar membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun atau dua kali untuk mereka yang berisiko dan bukannya melakukan prosedur tersebut hanya apabila sudah berada di peringkat kritikal.
Terdahulu, beliau menarik perhatian tentang kanser kolorektal yang kini muncul kanser paling banyak meragut nyawa lelaki di negara ini pada tahun lalu, mengatasi kanser paru-paru yang sebelum ini menjadi pembunuh nombor satu.
Kekerapannya semakin meningkat setiap tahun dengan risiko yang bertambah bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Kenyataan itu sedikit sebanyak menggambarkan betapa masih ramai kaum Adam di negara ini yang belum mendapat mesej jelas tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan yang boleh menyelamatkan nyawa mereka, mengatasi perasaan macho dan sikap tunggu dan lihat yang tidak bertempat.
Bayangkan anak-anak anda terpaksa menyambut Hari Bapa dengan hanya mengingati memori tentang ayah mereka tanpa kehadiran anda di sisi seperti kebahagiaan yang dikecapi oleh anak-anak orang lain di seluruh dunia.
Selain melakukan ujian imbasan seperti yang disarankan sebagai daya usaha untuk kekal sihat, lain-lain yang penting termasuklah membebaskan diri dari belenggu tembakau, aktif secara fizikal, diet sihat dan seimbang, kekalkan berat badan unggul dan jika perlu, ambil ubat-ubatan pencegahan.
Ujian imbasan berupaya mengesan penyakit pada peringkat awal dan sebarang keabnormalan yang dikenal pasti lebih mudah dirawat.
Berdasarkan bukti-bukti saintifik, Pasukan Gerak Khas Perkhidmatan Pencegahan Amerika Syarikat (AS) telah menyarankan beberapa ujian imbasan khusus untuk lelaki. Berbincanglah dengan doktor anda mengenainya – yang mana sesuai untuk anda dan bila serta berapa kerap anda perlu menjalaninya.
Jadual penalaan: Berjumpa doktor dua kali semasa berusia 20-an, tiga kali dalam usia 30-an dan empat kali, 40-an. Dari umur 50 tahun ke atas, dapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tahun
Minyak: Jangan merokok. Makan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein haiwan serta protein sayur. Hadkan lemak tepu. Elakkan pengambilan alkohol.
Hidupkan enjin: Bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap hari.
Ujian jalanraya
Kolesterol tinggi: Periksa kolesterol anda secara berkala (teratur) mulai usia 35 tahun. Mulakan pada usia seawal 20 tahun sekiranya anda merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan mempunyai sejarah penyakit jantung di kalangan ahli keluarga.
Kanser kolorektal: Lakukan kolonoskopi pada usia 50 tahun dan setiap 10 tahun kemudiannya. Mulakannya lebih awal dan lakukan secara lebih kerap jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser kolon. Doktor akan membantu anda membuat keputusan mengenai ujian yang mana satukah sesuai untuk anda.
Kanser prostat: Lakukan ujian darah antigen spesifik prostat (PSA) dan/atau pemeriksaan rektal (bahagian akhir usus besar) pada setiap tahun bermula umur 50 tahun, lebih awal jika kanser prostat berlaku di dalam keluarga anda
Tekanan darah tinggi: Lakukan pemeriksaan ini setiap kali melakukan pemeriksaan fizikal (lihat jadual penalaan di atas) atau sekurang-kurangnya setiap dua tahun. Tekanan darah adalah tinggi sekiranya bacaan menunjukkan 140/90 atau lebih
Diabetes: Juga setiap kali pemeriksaan fizikal, lakukan ujian gula (glukos) darah. Ini penting terutamanya jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.
Obesiti: Setiap kali anda melakukan pemeriksaan kesihatan, minta doktor mengukur tinggi dan berat badan bagi mengira indeks jisim tubuh (BMI) bagi menyukat lemak tubuh keseluruhan di dalam tubuh orang dewasa.
BMI hanya boleh digunakan untuk orang dewasa yang berumur 16 hingga 64 tahun kerana mereka mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil. Anda boleh mengira tahap BMI anda dengan menggunakan formula ini:
Sekiranya BMI anda melebihi berat badan unggul, anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.
Emosi: Kesihatan emosi anda adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda. Sekiranya anda berasa sedih, kecewa, putus harap atau gembira berlebihan (manik) dalam tempoh lebih dua minggu atau tidak berminat untuk melakukan sesuatu, anda mungkin mengalami kemurungan. Bergantung jawapan yang anda berikan, doktor akan menentukan jika ujian selanjutnya perlu.
Termostat seksual: Doktor juga mungkin akan menanyakan tentang sejarah seksual anda dalam masa beberapa hari kebelakangan ini bagi menilai risiko penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin (STD) seperti gonorea, siflis, chlamydia dan lain- lain.
HIV: Berundinglah dengan doktor anda mengenai imbasan HIV jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan seperti memakai kondom, melakukan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina, melakukan hubungan seks dengan pelacur dan berkongsi jarum suntikan untuk penagihan dadah.
Aneurisme aorta abdominal: Sekiranya anda berusia di antara 65 hingga 75 tahun dan pernah merokok (100 atau lebih rokok seumur hidup), anda perlu melakukan sekali imbasan untuk mengesan aneurisme aorta abdominal, iaitu pembesaran abnormal atau pembuluh darah yang membengkak di dalam abdomen (perut) anda.
Kerja-kerja pelinciran
Aspirin: Tanya doktor tentang pengambilan aspirin berdos rendah jika anda berusia lebih 40 tahun atau jika anda bawah 40 tahun tetapi merokok atau disahkan menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol.
Tip kesihatan harian
Jangan merokok. Jika anda merokok, anda boleh bercakap dengan doktor tentang cara-cara untuk berhenti merokok. Doktor anda dengan senang hatinya akan membantu mengatasi masalah ketagihan ini.
* Bersenam. Berjalan pantas, memesin rumput, menari, berenang dan berbasikal merupakan antara beberapa contoh aktiviti fizikal sederhana. Jika anda tergolong dalam kategori orang yang tidak aktif, mulakan dengan senaman ringan atau aktiviti fizikal sederhana sehingga 30 minit atau lebih pada kebanyakan hari dalam seminggu.
* Makan diet seimbang. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan susu serta produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Begitu juga dengan daging tanpa lemak, ternakan, ikan, kekacang, telur. Makan makanan rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, garam dan gula tambah.
* Kekalkan berat badan unggul. Seimbangkan kalori daripada makanan dan minuman dengan jumlah kalori yang anda bakar melalui aktiviti yang dilakukan. Untuk menghalang pertambahan berat badan secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang, kurangkan kalori dalam makanan dan minuman anda sedikit demi sedikit dan tingkatkan aktiviti bersenam.
Laman Berikutnya »